~ NASIHAT : SEMAK KELAYAKAN DIRI SEBELUM MENERIMA TAWARAN BELAJAR~
Setiap IPT(Institut Pengajian Tinggi) tak kira samaada yang menawarkan pendidikan aliran akademik atau aliran kemahiran ada meletakkan syarat2 kemasukan sesuatu program. Penting !!! Calon pelajar membuat semakan kelayakan diri.
.
SYARAT ASAS KELAYAKAN
=======================
Aliran akademik -
Diploma IPTA : Warganegara Malaysia, 5 Kredit diperingkat SPM dengan syarat subjek tertentu.
Diploma UiTM: BUMIPUTERA, 5 Kredit diperingkat SPM dengan syarat subjek tertentu dan wajib kredit Bahasa Inggeris.
Pra Diploma UiTM : BUMIPUTERA, 3 Kredit diperingkat SPM dengan syarat subjek tertentu dan wajib LULUS Matematik dan Bahasa Inggeris.
Diploma Dalaman /Homegrown IPT : Warganegara Malaysia, 3 Kredit diperingkat SPM dengan syarat subjek tertentu.
Sijil Dalaman IPT:
Warganegara Malaysia, 1 Kredit diperingkat SPM
Aliran Kemahiran -
Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) - Pernah menduduki PMR/SPM , mahir membaca , menulis, mengira dan berminat dengan program yang ditawarkan.
Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) - SKM Tahap 3 bidang yg dipohon
.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan info lanjut tentang sesuatu program, nasihat saya pergilah laman web rasmi IPT/Institusi yang tawarkan program tersebut. Gunakanlah enjin carian Google untuk bantuan.
PENTING juga untuk anda membuat semakan di website MQA www.mqa.gov.my ( untuk program aliran akademik) dan semakan di website JPK- Jabatan Pembangunan Kemahiran www.dsd.gov.my ( untuk program aliran kemahiran).
Jadilah CALON PELAJAR yang bijak sebelum menerima sesuatu tawaran belajar. Buat semakan kelayakan diri.
Sharing is Caring
#puanshaperundingpendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan