Memaparkan catatan dengan label * Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Sijil Kemahiran Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label * Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Sijil Kemahiran Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2019

Tawaran Program Sijil Kemahiran Malaysia Program Automotif dan Jahitan Fesyen - Intake Jun 2019

=================
PERMOHONAN  KINI DIBUKA !!! PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA-SKM DI AKADEMI ILHAM BESTARI(L01973) INTAKE JUN 2019
================
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PERHATIAN lepasan PMR, PT3, SRP, SPM berumur 16 tahun keatas , berminat dengan salah satu Kursus berikut :
  a) Sijil SKM - Automotif Servis Selepas Jualan ( SKM Tahap 2 dan 3 :  TP-300-2/3)
  b) Sijil SKM - Pembuat Pakaian Wanita (SKM Tahap 1 dan 2  : TA-011-1/2)

Daftar segera dengan saya Puan Sha sebelum 24/6/2019 dengan
Whatsapp/Mesej di talian 018-3677856.

Keistimewaan Tawaran
====================
:: Asrama penginapan dalam kawasan Institut (PERCUMA--TAK PERLU BAYAR)
:: TIADA Yuran pendaftaran masuk (PERCUMA--TAK PERLU BAYAR)
:: Pinjaman Penuh Pelajaran dari PTPK ( Yuran pengajian & Elaun sara hidup RM 400 sebulan).

Jangan lepaskan peluang berharga ini !!!


Sharing is Caring
#puanshaperundingpendidikan

Khamis, 6 Jun 2019

~Jom tengok Peluang Kerjaya Bagi Lepasan Sijil /Diploma Kemahiran Malaysia~

~Jom tengok Peluang Kerjaya Bagi Lepasan Sijil /Diploma Kemahiran Malaysia~



Untuk makluman semua, peluang terbuka luas sebenarnya untuk lepasan SKM/DKM ini . Pilihan kerjaya itu terletak pada pemegang Sijil tersebut sendiri .

Di sini saya senaraikan kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat SKM/DKM ::

1. Anda boleh terus bekerja sebagai pembantu mekanik/bahagian operasi dengan syarikat/orang perseorangan tertentu. (Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Syarikat tak perlu pening kepala memberi " latihan berbayar "kepada anda)

2. Anda boleh menjadi tenaga pengajar / cikgu/guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samaada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA,Kolej Komuniti/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Biasanya syarat minima untuk melayakkan anda bergelar tenaga pengajar di PLK ini adalah SKM 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM/DKM tersebut ialah ambil Sijil Tenaga Pengajar (VTO / I-031-3) yang ada dibuat di CIAST /ADTEC /PLK tertentu dan Sijil Induksi PP/PPD.

3. Menjadi seorang usahawan dengan berniaga sendiri ..jadi tauke sendiri..buka bengkel, kedai jahit , kedai komputer atau lain-lain. Kemahiran dah ada apalagi...praktikkan apa yg dipelajari...

4. Haaa ni bukan kerjaya tapi anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu. Nak ambil kat mana?? Senang je...pergi link www.dsd.gov.my

5. Anda juga berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda di 15 Universiti Tempatan (IPTA)

Makluman ini diambil dari laman web rasmi JPK www.dsd.gov.my dalam artikel bertajuk program peringkat ijazah sarjana muda lepasan dkm dlkm.
(anda pergi google, taip "IPTA LEPASAN DKM")
Saya tak reka maklumat ya..ia fakta berdasarkan sumber maklumat dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi..

Jika dilihat dari senarai IPTA tersebut, terdapat 15 IPTA kesemuanya seperti :
UiTM, , UMS, UniMAP, UNIMAS, UPSI, UTeM, UTHM, UTM, UUM , UPM, UMP , USM, UM, UMT dan UKM

So siapapun anda , laluannya tetap ada untuk berjaya. Kena tahu cara dan perlu kuat berusaha... Kena lalui dan lulus semua peringkat berkaitan dengan jayanya....

Semoga Berjaya. Harap maklumat yang dipaparkan ini memberi keyakinan kepada pelajar/bakal pelajar/ibubapa/sesiapa sahaja yang ingin tahu tentang kelebihan SKM/DKM

"Tidak kira di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir"

Wassalam...
Ikhlas
#puanshaperundingpendidikan
wasap.my//60183677856//SKMDKM

Jumaat, 7 Mac 2014

INFO : SESI TAKLIMAT@PENERANGAN PERCUMA MENGENAI PPT - PENYATA PENCAPAIAN TERDAHULU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber Artikel : https://www.facebook.com/jpkselatan

Sukacita dimaklumkan bahawa JPK Wilayah Selatan akan mengadakan Taklimat kepada Individu/Wakil Syarikat bagi Permohonan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) melalui kaedah PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) bagi tahun 2014. Taklimat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Pejabat JPK Wilayah Selatan di Johor Bahru dan Pejabat JPK Wilayah Selatan di UTC Melaka.

Tarikh : Seperti yang tertera
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

*Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon seperti yang tertera.





 
Photo: Sukacita dimaklumkan bahawa JPK Wilayah Selatan akan mengadakan Taklimat kepada Individu/Wakil Syarikat bagi Permohonan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) melalui kaedah PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) bagi tahun 2014. Taklimat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Pejabat JPK Wilayah Selatan di Johor Bahru dan Pejabat JPK Wilayah Selatan di UTC Melaka.

Tarikh : Seperti yang tertera
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

*Tempat adalah terhad. 

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon seperti yang tertera.

Bagi mereka yang kurang jelas apa itu PPT , boleh klik artikel saya terdahulu  http://unikopmalaysia.blogspot.com/2010/11/apa-itu-skm-sijil-kemahiran-malaysia.html

Artikel yang saya tulis ada kaitan dengan PPT nih juga adalah http://unikopmalaysia.blogspot.com/2011/07/panduan-buat-calon-tenaga-pengajar.html

jadi jangan lepaskan peluang terutama untuk warga Bahagian Selatan Johor, Melaka, Negeri Sembilan.
Mana-mana yang ada pengalaman kerja bertahun-tahun dan hendak pengikitirafan dalam bentuk Sijil SKM @ DKM @DLKM jangan lepaskan peluang ..

Berikut adalah jadual syarat kelayakan untuk memohon PPT



Ini saya berikan contoh kes untuk memberi penjelasan berkaitan kaedah mendapat SKM@DKM melalui PPT

Kes 1:
Suriya telah bekerja sebagai kerani disebuah syarikat swasta selama 10 tahun . Semasa memohon kerani dahulu Suriya hanya memiliki SPM sahaja. Oleh kerana itu beliau telah dibayar gaji pokok sebanyak RM 800.00 sebulan. Setelah 10 tahun bekerja gaji pokoknya telah meningkat kepada RM 1050.00 sebulan.

Melalui PPT  ini jika dilihat dari jadual kelayakan , Suriya Layak mendapat pengiktirafan sehingga DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang setara dengan Ijazah). NOSS yang sesuai untuk jawatan kerani adalah FB-024-23 (Office Administration)

Kemungkinan manfaat yang bakal Suriya perolehi  bila ada DLKM tuh

a) Boleh Mengenggam Ijazah biarpun tanpa perlu belajar sepenuh masa dari peringkat Diploma
b)Boleh mohon naik gaji yang setara dengan ijazah dan ini amat praktikal terutama pada organisasi yang meletakkan syarat tangga gaji berdasarkan kelayakan samaada SPM ...Sijil..Diploma Ijazah sekian sekian.... 

Ok... Fikir2kan lah..jangan lepaskan peluang

Sekadar berkongsi info

Puan CtNorNabila.. Kolej Unikop Cawangan Melaka







Isnin, 28 Mei 2012

Fakta Penemuan Kajian Oleh TEVT Tentang Kebolehkerjaan Graduan Persijilan Kemahiran Malaysia

Rujukan : Buletin Skills Malaysia Edisi 1 : September - Oktober 2011(Issn:2231-9468)
Kajian dibuat oleh TEVT - singkatan  kepada Technical Education and Vocational Training

Tempoh Kajian : April - Jun 2011

FAKTA Penemuan Kajian

*  Sebanyak 76.4% graduan SKM telah berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor swasta. Selebihnya adalah bekerja sendiri
* Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektronik iaitu di bawah NOSS Penyaman Udara dan Penyelenggaraan telah mencapai kesepadanan bidang kursus dan pekerjaan pada kadar tinggi iaitu 88.6% , diikuti bidang bangunan & pembinaan sebanyak 69.8%. Bidang ini juga mempunyai kadar permintaan pasaran pekerjaan yang tinggi.
* Bidang pertanian perlu diperkasakan bagi meningkatkan popularitinya dikalangan belia.
* Sebanyak 86.3% lepasan SKM mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang 6 bulan selepas tamat pengajian.
* Sebanyak 27.2% lepasan SKM mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan selepas tamat pengajian.

Ahad, 15 Januari 2012

Keratan Akhbar/ Online : Peluang belajar setara

Diambil dari http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Peluangbelajarsetara/Article/ atau artikel yang sama di tulis dalam akhbar harian metro bertarikh 16/1/2012 MS A 20

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  
Penulis berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM

MINGGU lalu seorang remaja bertanyakan soalan yang agak sukar untuk saya jawab secara spontan sewaktu membeli kuih untuk minum petang bersama keluarga di Pekan Gelugor, Pulau Pinang. Dia adalah anak Mak cik penjual kuih yang kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Remaja berkenaan menyatakan rasa keliru dan bimbang berhubung jenis kursus atau jurusan yang ingin dipohon.
Maka, saya nyatakan secara ringkas bahawa jurusan yang boleh dia pilih, termasuk terus ke tingkatan enam, mengikuti kursus diploma atau sijil berdasarkan kelayakan serta minat.

Saya bersimpati kepadanya kerana mendapati dia sudah membeli semua borang permohonan, termasuk bidang yang tidak berkelayakan. Remaja ini bertambah risau apabila si ibu secara berseloroh bercadang menikahkan anak gadisnya jika dia tidak lagi berpeluang melanjutkan pelajaran.

Saya yakin kisah seperti di atas adalah senario biasa yang terjadi kepada anak remaja kita yang baru menamatkan tempoh persekolahan wajib sebelas tahun iaitu selepas menduduki peperiksaan SPM.


Sebenarnya hal sedemikian perlu kita tangani secara mendalam. Proses bimbingan terhadap hala tuju kerjaya dan pembelajaran lanjutan bukan saja perlu dijalankan oleh guru di sekolah, bahkan juga oleh ibu bapa, waris serta masyarakat setempat, termasuk NGO seperti persatuan belia.

Remaja juga harus rajin dan proaktif. Jangan hanya berharap orang lain menyampaikan maklumat. Dalam suasana ketembusan media baru yang amat tinggi seperti Internet dan siaran televisyen berbayar, bukanlah satu alasan munasabah untuk mengatakan bahawa remaja sukar untuk mendapatkan maklumat daripada laman sesawang agensi yang berkaitan.

Jangan hanya menghadap skrin komputer semata-mata melayan laman sosial seperti facebook dan leka bermain ‘FarmVille’. Bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka adalah golongan yang lebih bertuah kerana terdapat input berkaitan kerjaya dan hala tuju akademik pasca-SPM dalam modul latihan sepanjang program berlangsung.

Terdapat dua pilihan utama pelajar selepas SPM iaitu sambung belajar atau bekerja (walaupun akan ada yang mencadangkan pilihan ketiga iaitu berkahwin, namun ia boleh dimasukkan dalam opsyen kedua iaitu bekerja).

Saya yakin sekiranya diberikan pilihan sebahagian besar remaja kita akan berusaha menempatkan diri bagi menyambung belajar. Umum mengetahui pilihan utama remaja serta ibu bapa ialah untuk belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG). Jumlah kemasukan yang terhad di IPT awam akan mendorong ibu bapa mengeluarkan belanja yang besar untuk remaja beElajar di IPT swasta.

Bagi sesetengah remaja yang kurang berkemampuan dari segi kelayakan akademik serta keupayaan kewangan, akan terus terjun ke dunia pekerjaan. Hakikatnya terdapat kira-kira 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.

Hal ini amatlah membimbangkan kerana ia seolah-oleh membiarkan seseorang yang pergi ke medan perang tanpa sebarang peralatan dan kemahiran untuk bertempur. Sudah pasti ia akan pulang dengan kecederaan yang menyeksakan atau hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa.

Kepada kumpulan ini, saya menyarankan agar anda terus menumpukan kepada proses pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

Kini di negara kita terdapat banyak kolej kemahiran sama ada yang disediakan kerajaan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), GiatMara serta pusat latihan di peringkat negeri. Malah, terdapat banyak kolej kemahiran swasta yang mengkhususkan dalam bidang tertentu seperti mekatronik, automotif, pertanian dan kecantikan.

Sebenarnya tiada sebab untuk sesiapa pun menyatakan bahawa tidak ada peluang melanjutkan pelajaran yang mencukupi bagi lepasan SPM. Yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan lebih ramai lepasan SPM memilih pengajian dalam bidang kemahiran. Paradoks lama yang mengatakan bahawa pengajian kemahiran adalah pengajian kelas kedua adalah suatu pandangan salah dan harus diketepikan.


Tiada istilah ‘peluang pertama’ bagi pengajian di IPT atau ‘peluang kedua’ bagi pengajian di kolej kemahiran untuk pelajar lepasan SPM. Yang ada ‘peluang setara yang utama’ bagi keseluruhan rakyat Malaysia. Hal ini diakui Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bertajuk “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional”.


Beliau menyatakan, “di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ia dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad”.


Sebagai bukti, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2012 memperuntukkan RM200 juta bagi peningkatan pendidikan kemahiran untuk rakyat khasnya belia. Belia khasnya lepasan SPM harus merebut peluang ini sebaiknya. Tanamkan rasa yakin diri dengan melihat jauh ke hadapan. Tingkatkan ketabahan dengan mencabar diri sendiri agar menjadi yang lebih baik pada setiap waktu. Kejayaan seribu langkah di puncak bermula pada langkah pertama. Biar langkah anda kecil dan lambat, asalkan tiba di garisan penamat.


Anda seharusnya dapat menahan hati dari terus bekerja berbekalkan sijil SPM kerana bayaran yang diterima hanya kira-kira RM3.80 sejam untuk kerja selama 8 jam sehari. Sedangkan jika anda tabah untuk mengikuti latihan kemahiran sehingga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sudah pasti gaji yang diterima berkali-kali ganda daripada angka di atas.


Saya sendiri menyaksikan terdapat anak muda lepasan IKBN dan Kolej Komuniti yang ditawarkan bekerja pada hari akhir peperiksaan dan mendapat gaji yang lumayan.


Bak kata pepatah, “perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan”. Kini terletak pada setiap remaja untuk memilih laluan kerjaya sama ada yang bersifat segera dengan faedah jangka pendek atau yang berasaskan kemahiran khusus dengan ganjaran yang berlipat ganda. Harus diingat, menjelang 2015, warga yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan akan dianggap berpendapatan sederhana rendah kerana sasaran pendapatan per-kapita rakyat melalui Model Baru Ekonomi (MBE) Negara ialah RM49,000 setahun atau RM4,083 sebulan.


Bagi tujuan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah melancarkan Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) pada 2010 dengan mensasarkan agar setiap belia mesti memiliki sijil kelayakan tambahan selepas menamatkan peperiksaan SPM. Kita tidak mahu belia kita merempat di negara sendiri dan terpinggir dari arus perdana pembangunan.


INFO





  • Hakikatnya terdapat kira-kira 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran
  • Majlis Belia Malaysia (MBM) mempunyai Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) yang menyasarkan setiap belia mesti memiliki sijil kelayakan tambahan selepas menamatkan peperiksaan SPM

    Pesan Puan Sha 0183677856 :
  • Untuk para ibubapa/pelajar...fikir2 dan ambil peluang yang terbuka luas ini demi masa depan anda/anak anda... Jangan ketinggalan........

    Khamis, 12 Januari 2012

    386 perintis Program Asas Vokasional

    Oleh Noor Azlina Zainudin
    bhnews@bharian.com.my
    2012/01/13

    15 sekolah menengah terpilih mula sistem pembelajaran beri kemahiran pada usia muda

    PUTRAJAYA: Seramai 386 pelajar Tingkatan Satu menjadi perintis Program Asas Vokasional (PAV) membabitkan 15 sekolah menengah terpilih di seluruh negara selepas memulakan pembelajaran mereka sebaik sesi persekolahan baru dibuka dua minggu lalu.
    Melalui program itu, pelajar didedahkan bidang kemahiran yang juga asas vokasional pada usia lebih muda, seterusnya melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga kelak.
    Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata sekolah perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan di Perak yang menawarkan kursus Automotif; SMK Sungai Rawang, Sepang, Selangor (Tanaman) serta SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang; SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Beaufort, Sabah bagi kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan.

    Sekolah lain ialah SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor dan SMK Simpang Kuala, Alor Star, Kedah bagi kursus Pembuat Perabot; SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan (Visual dan Animasi); SMK Seri Pengkalan, Melaka (Pakaian dan Jahitan) dan SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara).

    SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang pula menyediakan kursus Menservis Motosikal; SMK Arau, Perlis (Pakaian dan Jahitan); SMK Belaga, Sarawak (Pendawaian Elektrik); SMK Saujana, Setiu, Terengganu (Akuakultur) dan SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (Hiasan Dalaman).

    “Sepanjang enam bulan pertama ini, pelajar didedahkan dengan pengurusan diri, asas kemahiran selain diperkenalkan dengan bengkel serta peralatan yang akan digunakan kelak.
    “Pembelajaran dijalankan secara hands on sepenuhnya selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi pada masa depan,” katanya, di sini.

    Ahmad Tajudin berkata, tenaga pengajar membabitkan guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sedia ada yang sudah diberi kursus PAV yang baru diperkenalkan.

    Katanya, silibus turut membabitkan beberapa mata pelajaran teras, selain diterapkan komponen jati diri, keusahawanan dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

    “Kementerian bercadang memperluaskan PAV ke 150 sekolah membabitkan 20 pilihan kursus tahun depan.

    “Keutamaan diberikan kepada pelajar lemah akademik, tetapi jika ada kekosongan, pelajar memiliki akademik sederhana yang berminat dipertimbangkan,” katanya.

    CATITAN Puan Nabila :
    Alhamdulillah, kepentingan Sijil Kemahiran Malaysia ini semakin diambil perhatian... Walaupun menjadi pesaing kepada kami terutamanya Pusat Bertauliah Swasta..tetapi Persaingan Yang Sihat Insyaallah..membawa kepada manfaat bersama dan untuk NEGARA serta masa depan REMAJA...

    Rabu, 23 November 2011

    KEPAK 2011 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Ledang Johor pada 24 - 27 Nov 2011

    Assalamualaikum...

    Program oleh JPK Zon Selatan..


    Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

    Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.

    JOM hadir beramai-ramai...

    Terdapat beberapa pengisian sempena program tersebut antaranya


    Kerjaya

    • Peluang-peluang pekerjaan setempat (mengikut daerah di mana program KEPAK dijalankan)
    • Peluang-peluang pekerjaan di kawasan-kawasan lain termasuk Iskandar Malaysia.
    • Pendaftaran percuma maklumat pengunjung ke portal padanan kerja JobsMalaysia.
    • Temuduga terbuka.
    • Taklimat penyediaan butiran peribadi (CV) dan cara-cara menghadapi temuduga.
    • Ceramah berjaya dan sesi soal jawab bersama majikan.
    • Sesi perkongsian pengalaman oleh "role model" terpilih.

    Kemahiran

    • Pameran, padanan dan pendaftaran program-program latihan kemahiran termasuk latihan lanjutan serta latihan semula.
    • Ceramah dan kaunseling kerjaya
    • Ujian tahap kecekapan dan kemahiran

    Khamis, 27 Oktober 2011

    Tamat Darjah 6/Gagal PMR : Masih Berpeluang Miliki Masa Depan & Bina Kerjaya Yang Baik

    Assalamualaikum...

    Buat adik-adikku / ibubapa yang runsing...ketahuilah gagal PMR bukan bererti gagal dalam hidup..


    Sedarkah anda bahawa syarat kelayakan untuk mengikuti program latihan Kemahiran yang diiktiraf dan ditauliahkan oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran), Kementerian Sumber Manusia hanyalah memerlukan minima 4 M iaitu Mampu/boleh Membaca, Menulis, Mengira dan Minat ?

    Sekiranya anda bersungguh dan dapat hadir ke kelas teori dan praktikal dengan jayanya dan mempunyai ciri-ciri 4 M , saya yakin anda boleh pergi lebih jauh...malahan anda mampu memperolehi tangga gaji dan bina kerjaya yang lebih baik dari mereka yang berkelulusan tinggi...
    Resepinya...anda perlu usaha ..dan tidak putus asa serta puas dengan tahap yang anda ada dan sentiasa mencari ilmu pengetahuan memahirkan bidang yang anda minati..

    Di Kolej Unikop Cawangan Melaka ( Pusat Latihan Kemahiran JPK : L00880) , kami sedia memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang minat dalam bidang kemahiran/teknikal/kerja tangan.

    Arahtuju yang bakal anda tempohi adalah seperti berikut :

    Tamat Darjah 6 / Gagal PMR tapi ada 4 M - anda berpeluang sambung belajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dalam bidang Mekanik Kenderaan Motor @ Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara @ Pembuat Pakaian Wanita @ Elektrik. Kursus ini akan berjalan selama 6 bulan
    Selepas tamat SKM Tahap 1 anda berpeluang sambung SKM Tahap 2 seterusnya sambung SKM Tahap 3

    SKM Tahap 2 akan mengambil masa 6 bulan dan SKM Tahap 3, 12 bulan ...maka keseluruhannya 2 Tahun. Jika anda berumur 16 tahun ketika mengambil SKM Tahap 1...bermakna bila akhir umur 17 tahun(ketika rakan2 sebaya anda baru mengambil peperiksaan SPM) anda berpeluang mempunyai SKM Tahap 3...dan tahukah anda ketika itu tangga gaji anda SKM 3 lebih tinggi dari mereka yang mempunyai kelulusan SPM sahaja ? Nah di sinilah logiknya... bahawa anda mampu membina masa depan.

    Apapun yang dilakukan kena usaha, tekun dan belajar. Doa dan taat pada yang Esa juga pasti tidak boleh dipisahkan.
    Di Kolej Unikop Cawangan Melaka anda bukan setakat belajar ilmu kemahiran semata-mata tetapi kami turut menawarkan dan menyediakan kelas PERCUMA untuk anda membina jati diri dan menambah ilmu pengetahuan melalui kelas kemahiran insaniah , kelas fardhu ain dan kelas komputer yang diberikan peluangnya pada semua pelajar..

    Berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Program-program Kolej Unikop Cawangan Melaka? Sudi-sudilah hubungi saya di talian 06-3123770 (Waktu pejabat Isnin-Jumaat 9.00-5.00 petang). Insyaallah saya sedia membantu...

    Ingat..apapun yang dilakukan...terletak di tangan dan usaha anda serta redha dari Illahi...
    Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk menolak kepentingan PMR tetapi memberi laluan alternatif dan membuka minda kepada mereka yang memang tidak berminat dengan bidang akademik dan hanya berhajat belajar setakat PMR sahaja..

    Wassalam...

    Isnin, 8 Ogos 2011

    Sijil Kemahiran Lebih Singkat

    Sumber Harian Metro:-15/07/2010

    KUALA LUMPUR: 

    Semua lapisan masyarakat termasuk pelajar dan golongan bekerjaya berpeluang memperoleh sijil kemahiran dalam tempoh lebih singkat iaitu antara tiga hingga enam bulan berbanding dua tahun sebelum ini.
    Sijil itu diiktiraf setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua dan tiga ditawarkan Kolej Komuniti mulai tahun ini, menerusi program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan di bawah program pengukuhan institusi kolej terbabit yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, semalam.
    Muhyiddin berkata, dengan pelaksanaan program itu akan memperlihatkan Kolej Komuniti sebagai institusi pendidikan sepanjang hayat yang inklusif selain menjadi pusat pembentukan masyarakat berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.

    “Ketika kita menuju negara maju, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus sekarang kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015.

    “Jadi, melalui penyediaan program latihan berasaskan kemahiran seperti ini, segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum berpeluang mendapat akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti dalam negara.

    “Saya percaya menerusi program yang lebih fokus dalam tempoh lebih singkat, Kolej Komuniti akan menjadi pemangkin utama kepada usaha kita membentuk masyarakat berkemahiran tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pengukuhan Institusi Kolej Komuniti di sini, semalam.

    Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Dr Hou Kok Chung serta Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau turut menggesa warga kolej supaya sentiasa bertindak secara proaktif dalam melakukan inovasi pembangunan kurikulum, latihan sumber manusia, pemantapan struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan kerjasama antara institusi dan industri.

    Katanya, semua itu penting untuk memastikan matlamat program pengukuhan yang mahu memberi peluang dan laluan alternatif kepada semua pihak khususnya pelajar lepasan menengah yang tercicir daripada pendidikan formal dapat dicapai sepenuhnya.

    Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, buat masa ini terdapat 47 kursus modular merangkumi sembilan sektor utama pasaran ditawarkan Kolej Komuniti dengan 50,000 tempat disediakan tahun ini sebelum diperluaskan ke 80,000 tahun depan.

    Selasa, 19 Julai 2011

    KARNIVAL KERJAYA PERNIAGAAN KEMAHIRAN (KEPAK) - MASUK PERCUMA

    Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran (KEPAK)akan diadakan seperti maklumat berikut

    Tarikh : 28-30 Julai 2011 ( 3 hari )
    Masa : 9 pagi - 6 petang
    Tempat : Kompleks Rakan Mudag, Sukan Air & Udara, Desaru Kota Tinggi Johor

    Sesuai untuk lepasan sekolah, pencari kerja, usahawan/peniaga dalam bidang kemahiran atau mereka yang minat dalam bidang kemahiran ini

    Dijangka disertai oleh lebih daripada 150 agensi kerajaan dan swasta

    Pengisian Karnival

    Kerjaya- Padanan Pekerjaan, pendaftaran percuma JobsMalaysia, temuduga terbuka berjadual, taklimat penyediaan resume, tips menghadiri temuduga, ceramah kerjaya

    Perniagaan - Pameran peluang serta perkhdmatan runding cara

    Kemahiran - Pameran, Pendaftaran Program

    MASUK ADALAH PERCUMA

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 07-2666618 / 013-7024711

    Ahad, 17 Julai 2011

    Transformasi pendidikan teknik, vokasional

    Sumber : Utusan Online

    TRANSFORMASI dalam pendidikan teknik dan vokasional perlu dilakukan selari untuk melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir menjelang 2015.

    Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab berkata, pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya bergelar usahawan.

    Menurutnya, pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) tidak perlu merasa rendah diri kerana peluang mereka untuk menjana pendapatan begitu terbuka luas.

    "Bidang pendidikan teknik dan vokasional di negara kita hanya 10 peratus berbanding negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60 peratus daripada pelajarnya menguasai kemahiran vokasional," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Teknik dan Vokasional bertemakan Teknik dan Vokasional - 1 Trasformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

    Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Pembangunan BPTV, Wan Aziz Megat Zainun, Penolong Ketua Pengarah Pengurusan Akademik, BPTV, Norrohani Othman, Ketua Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Melaka, Karim Tumin dan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah, Kasim Mohamad.

    Pada majlis tersebut Ahmad Tajudin turut melawat bengkel katering dan penyajian, bengkel landskap dan bengkel kemahiran hidup.

    Terdahulu Pengetua SMK Rahmat, Zulkapli Othman dalam ucapannya berkata, beliau melahirkan rasa bangga dan bersyukur dengan kesudian Ahmad Tajuddin merasmikan program tersebut.

    "Walaupun berdepan kekangan masa namun masih dapat meluangkan masa untuk hadir serta turun padang melihat sendiri keperluan sekolah di bawah bidang teknik dan vokasional," ujarnya.





    Ahmad Tajudin Jab (kanan) menyatakan sesuatu kepada pelajar SMK Rahmat pada sesi lawatan ke bilik darjah selepas merasmikan Minggu Teknik dan Vokasional di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

    Rabu, 13 Julai 2011

    Info Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia ..Nota 1

    rujukan : laman web rasmi JPK

    Visi JPK

    Peneraju Dalam Pembangunan Sumber Manusia Mahir Bertaraf Dunia

    Misi JPK
    Membangunkan Sumber Manusia Yang Berpengetahuan ( K-Pekerja ) Yang Berdaya Saing.

    Fungsi JPK
    - Menilai keperluan latihan
    - Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan
    - Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran
    - Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu
    - Membimbing pembelajaran / penyelidikan berkenaan latihan kemahiran
    - Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Kebangsaan

    Objektif JPK
    - Menyelaras dan mengawal pelaksanaan latihan
    kemahiran bagi melahirkan K-Pekerja untuk keperluan
    pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
    - Menyelidik dan membangun standard kekompetenan dan pekerjaan kepakaran bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Isnin, 24 Januari 2011

    PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM JPA 11/1/2011

    Bertarikh : 15 Januari 2011

    SUMBER : http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/pekeliling-perkhidmatan-bilangan-1.html

    TUJUAN

    1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

    LATAR BELAKANG

    2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
    memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
    Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
    vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
    Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
    dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
    industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
    aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
    memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
    jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

    DASAR BARU

    Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
    yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
    adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
    pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
    yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
    kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
    tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
    4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
    syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
    Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
    Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
    perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
    diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
    telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
    berikut:
    (a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
    (b) Ahli Muzik Gred B17;
    (c) Ahli Fotografi Gred B17;
    (d) Jurusolek Gred B17;
    (e) Pengajar Kraf Gred E17;
    (f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
    (g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
    (h) Pembantu Perikanan Gred G17;
    (i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
    (j) Pelukis Pelan Gred J17;
    (k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
    (l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
    (m) Juruaudio Visual Gred N17.

    Isnin, 29 November 2010

    Kenali PTPK(Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)


    sumber rujukan : http://www.ptpk.gov.my

     Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih-pelatih kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari pusat-pusat latihan  awam dan swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penubuhan TPK ialah untuk menyediakan pinjaman bagi latihan kemahiran agar memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.

    Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih-pelatih kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari pusat-pusat latihan awam dan swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penubuhan TPK ialah untuk menyediakan pinjaman bagi latihan kemahiran agar memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.
    Sebelum diperbadankan, TPK ditadbirkan oleh Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KSM). Berikutan daripada berkuatkuasanya Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 pada 1 Jun 2006, TPK telah diletakkan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah badan berkanun di bawah KSM..


    Berikut adalah VISI, MISI dan OBJEKTIF SERTA DASAR PTPK

    VISI
    Peneraju utama pembiayaan Latihan Kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri

    MISI
    • Menjadi pembiaya utama latihan kemahiran
    • Menguruskan pendaftaran penyedia latihan dengan lebih efisyen
    • Mengurus pinjaman dan pungutan bayaran balik dengan cekap
    OBJEKTIF DAN DASAR
    • Menyediakan Dana Tahunan Yang Mencukupi Bagi Membiayai Latihan Kemahiran;
    • Mengutip Bayaran Balik Mengikut jadual;
    • Membangunkan Sistem Perakaunan Pinjaman Yang Mantap;
    • Mengambil Tindakan Ke Atas Aduan Dengan Segera;

    Isnin, 15 November 2010

    Apa Itu SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) ?

    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

    SKM kini
    menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

    SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
    SKM Tahap 2
    - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
    SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
    DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
    DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan
    (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
    TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
    MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (M'sia Skills Maister)
    MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (M'sian Skills Technology)


    Sijil Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:
    1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
    Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
    2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
    3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
    Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

    Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
    Persijilan Kemahiran diiktirad oleh industri di Malaysia
    Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
    Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

    Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
    Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

    Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
    Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
    (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

    Sumber :Laman web rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia http://www.dsd.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=470