Memaparkan catatan dengan label *Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label *Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran. Papar semua catatan

Khamis, 16 Januari 2014

Elaun Sara Hidup Peminjam PTPK dinaikkan dari RM 300 ke RM 400

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Untuk makluman adik2 serta ibubapa sekalian, PTPK seperti dilaman web rasminya http://www.ptpk.gov.my/v5/index.php/en/ telah memaklumkan elaun ESH dibawah Program Pinjaman Lepasan Sekolah dinaikkan daripada RM 300 Kepada RM 400 kepada pelatih yang memulakan latihan pada 1 Januari 2014.

Nasihat saya pada adik2 sekalian , gunakanlah elaun sarahidup itu sebaik-baiknya bukan untuk berbelanja  sakan @ mewah  . Sekali sekala ada yang teringin nak makan tuh atau berbelanja takpe asal jangan menyusahkan diri sendiri atau orang lain kena berhutang pulak nanti bila duit elaun dah dihabiskan. Berjimat cermat ok. Ingat ya..PTPK tu wang pinjaman...wang yang dipinjam kena bayar balik lepas habis belajar nanti.

Ok sama-sama kawal perbelanjaan masa harga barang-barang sedang naik nih.. Jimat cermat dan perlu pandai buat pilihan dan keputusan . Simpanan dan amalan bersedekah amat-amat digalakkan untuk manfaat masa depan...

Wallahualam.......

Pn Nabila

Ahad, 10 Jun 2012

Terkini Dari PTPK : Bil Penjamin Pinjaman Hanya 1 orang Sahaja dan ESH Hanya Pilihan

Assalamualaikum...

Berita Baik...!!!

Berita 1

PTPK telah mengeluarkan pekeliling dalam laman web mereka http://www.ptpk.gov.my/ bahawa bagi peminjam utk SKM Tahap 1,2,3 hanya (1) seorang PENJAMIN yang diperlukan berbanding sebelum ini 2(DUA) orang PENJAMIN. Bagi pelajar-pelajar yang telah menerima surat tawaran dari kami, dan menghantar borang maklumbalas kami akan gunakan data/maklumat seorang penjamin sahaja. Saya kira berita ini amat mengembirakan bagai sesetengah pihak kerana dah tak perlu pening kepala sangat memikirkan mencari PENJAMIN.

Berita 2

ESH- Elaun SaraHidup yang diberikan /disediakan oleh PTPK kepada para peminjam merupakan satu pilihan/"optional". Ini bermakna mana-mana pelajar yang ingin membuat pinjaman PTPK yang hanya memerlukan kewangan untuk membayar yuran pengajian dan tidak memerlukan wang pinjaman untuk sarahidup hanya perlu memaklumkan kepada pihak kolej' Pusat Latihan Kemahiran pilihan mereka itu.

Sekian, Untuk Makluman.

Wassalam...

Ahad, 27 Mei 2012

Mari Lihat: Pinjaman PTPTN vs Pinjaman PTPK














Assalamualaikum...

Ramai yang sedar ,tahu dan pernah dengar apa itu PTPTN, tapi bila diberitahu tentang PTPK jawapan yang diterima adalah sebaliknya.

So diharap artikel ini dapat memberi kefahaman tentang Persamaan, Perbezaan dan apa itu PTPTN atau PTPK.


PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

FUNGSI PTPTN :
  • Menguruskan pembiayaan untuk tujuan  pendidikan  tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik  pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan  dan mengurus deposit untuk tujuan  pendidikan  tinggi; dan
  • Melaksanakan  apa-apa fungsi lain yang  diberikan  kepada   PTPTN  oleh  mana-mana  undang-undang bertulis.

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976.
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
  • Akta Pendidikan 1996.
Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
  4. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (5) dan (6), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  9. Tiada penaja lain.
  10. Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
PERHATIAN : PTPTN ini adalah PINJAMAN PELAJARAN untuk pelajar yang mengikuti program aliran akademik
PTPK
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) adalah sebuah jabatan dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia. Pinjaman PTPK  merupakan satu bentuk pinjaman khusus untuk pelajar-pelajar program Kemahiran samaada yang belajar di Pusat Latihan Kemahiran(PLK) awam atau swasta dengan syarat PLK tersebut mendapat kelulusan dan kuota yang diberikan oleh PTPK . PTPK menyediakan pinjaman untuk lepasan sekolah dan pekerja.

Pinjaman yang diberikan oleh PTPK ini meliputi yuran pengajian/yuran kursus (tuisyen fees) dan duit poket/wang saradiri bulanan. Anda perlu membayar semula pinjaman yang diberikan selepas 6 bulan tamat belajar di Pusat Latihan Kemahiran dengan kadar yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman . Kadar tersebut adalah dianggarkan antara RM 84.69 sebulan - RM 200.00 iaitu 3 % setahun untuk caj pentadbiran.

Syarat Kelayakan Pinjaman

1.  Warganegara Malaysia yang Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 - 5 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
 2. Berumur di antara 15 - 25 tahun semasa memulakan latihan.
 3. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada agensi kerajaan lain.
 4. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
 5. Mengemukakan 2 orang penjamin.
 6. Belajar sepenuh masa.

Jumlah Pinjaman

Kadar pinjaman adalah RM 5,000.00 setahap atau dua tahap bagi kursus kombinasi tahap.
Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman.

Penjamin
Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM 1,000.00 sebulan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; danPeminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.Pengecualian :
Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.
* Keputusan ini berkuatkuasa mulai permohonan pinjaman bagi pengambilan Jun/Julai, 2007.

Mekanisma Pinjaman
Bagi peminjam dari penyedia latihan awam, pinjaman disalurkan melalui penyedia latihan.
Bagi peminjam dari penyedia latihan swasta, yuran dibayar terus kepada penyedia latihan dan baki pinjaman dikreditkan ke akaun bank peminjam.

PERHATIAN : PTPK ini adalah PINJAMAN PELAJARAN untuk pelajar yang mengikuti program aliran kemahiran

Rabu, 28 Disember 2011

SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN DI UNIKOP MELAKA ADA TAJAAN PINJAMAN PTPK

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t atas rezeki yang diberikan ... semua program di Kolej Unikop Cawangan Melaka termasuk kursus sistem komputer telah setuju/diluluskan ditaja oleh PTPK.. mulai tahun 2012...

Motivasi kelulusan yang diberikan atas doa dan hasil usaha bersama.... Sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam proses kelulusan ini ..hati saya jadi terharu dan amat gembira tak sedar tiba2 air mata kegembiraan menitis..

Terima kasih kepada semua... Lembaga Pengarah serta Koperasi Polis, Big Boss Kolej Unikop Ybhg Dato CEO Dato' Abd Halim Abd Hamid , Ketua-ketua bahagian terutamanya di bahagian operasi, pentadbiran, kewangan dan Pengurus Kolej Unikop Melaka, ketua akademik Unikop Melaka ,PPD dan PP serta semua kakitangan yang terlibat samaada secara langsung atau tidak...Semoga tahun 2012 dan akan datang kita semua sebagai warga kerja akan berusaha lebih gigih untuk memberikan yang terbaik dari segi mutu kerja dan perkhidmatan kepada semua yang berkaitan untuk manfaat bersama . Tentunya keredhaan Allah s.w.t sentiasa yang kita harap-harapkan...

Tahniah dan sekali lagi buat semua ..Terima kasih juga buat penaja PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ) dan JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) atas sokongan kepada kami...

Wassalam

Rabu, 23 November 2011

Perkhidmatan MYSMS PTPK

MYSMS PTPK merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh PTPK melalui SMS bagi membolehkan kelancaran perkhidmatannya dilakukan dengan mudah,cepat dan praktikal. Sistem ini merupakan projek gerbang SMS kerajaan yang lebih dikenali sebagai MYSMS. Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada 16 Julai 2009 oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Y.B.Datuk Dr.S.Subramaniam.

TALIAN MYSMS PTPK 15888


Berikut adalah perkhidmatan MYSMS PTPK :

1. Semak Senarai Perkhidmatan PTPK

SMS/Taip PTPK MENU dan Hantar ke 15888 


2. Dapatkan Alamat PTPK

SMS/Taip PTPK ALAMAT dan Hantar ke 15888 


3. Semak Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPK

SMS/Taip PTPK CARABAYAR dan Hantar ke 15888 


4. Semak status Permohonan Pinjaman PTPK

SMS/Taip PTPK MOHON dan Hantar ke 15888 


5. Semak No Akaun Pinjaman

SMS/Taip PTPK AKAUN [ NO KP ] dan Hantar ke 15888 


6. Untuk kemaskini Maklumat Peminjam dan Penjamin

SMS/Taip PTPK PNDA [ ALAMAT/TEL/EMAIL][NO KP][PINDAAN] dan Hantar ke 15888 


7. Untuk Aduan

SMS/Taip PTPK ADUAN [ KETERANGAN ADUAN] dan Hantar ke 15888 


8. Semak Baki Pinjaman PTPK

SMS/Taip PTPK BAKI [ NO KP/NO AKAUN]  dan Hantar ke 15888 


 PERINGATAN !!!!

SILA PASTIKAN KOD-KOD DITAIP DENGAN BETUL SEBELUM DIHANTAR

PANDUAN : Bayaran Balik Pinjaman PTPK & Kaedah Pembayaran

Bayaran Balik Pinjaman

*   Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam (6) bukan tamat latihan
*   Tempoh bayaran balik pinjaman adalah di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
*   Ansuran bulanan adalah diantara RM 84.69 sehingga RM 193.12 sebulan tertaklik kepada jumlah pinjaman yang diluluskan


Berikut adalah Jadual Bayaran Balik

Jadual Bayaran Balik Pinjaman  berdasarkan kepada pinjaman yang diluluskan selepas Januari 2004 dan Kajian Semula Pada Januari 2008


Jumlah Pinjaman (RM)

Ansuran Bulanan (RM)

Tempoh (Bulan)

1000
84.69
12
2500
86.6
30
3000
87.24
36
4000
88.54
48
5000
89.84
60
6500
91.84
78
9500
95.88
114
10000
96.56
120
10500
101.39
120
13000
125.53
120
15000
144.84
120
20000
193.12
120

Kaedah Pembayaran Pinjaman 

Terdapat pelbagai pilihan Bayaran Balik Pinjaman antaranya

1) Melalui Pembayaran POS/MEL

Kiriman wang/wang pos/draf bank/"bankers Cgeque" dibayar atas nama " Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan alamatkan kepada:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Aras 3, Blok I (Selatan)
Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara
50530 Kuala Lumpur
(up: Cawangan Kewangan dan Akaun)

2) Bayaran Melalui kaunter

a) Kaunter Bayaran PTPK

Aras 4, Blok I (Selatan)
Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara
50530 Kuala Lumpur

Waktu Urusan :
 Isnin-Khamis : 7.30 pagi -1.00 petang
                        2.00 petang - 5.30 petang

Jumaat            : 7.30 pagi -12.00 tengah hari
                        2.45 petang - 5.30 petang

b) Kaunter Bank Simpanan Nasional (menggunakan borang deposit/bayaran yang terdapat di semua cawangan BSN)
c) Kaunter Pos Malaysia Berhad  (menggunakan borang deposit/bayaran yang terdapat di semua cawangan pejabat POS)


3) Pembayaran Secara Perbankan Internet

A) CIMB Bank - www,cimbclicks.com.my
     Buat pilihan Pay Bills dan Payee List dan pilih "Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran"
     (Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi)

B) POS Online - www.posonline.com.my
     Buat pilihan Open Payment dan pilih jenis bil
    (Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi) 

C) Maybank - www.maybank2u.com
     Buat pilihan Bill Payment dan pilih " Make a one-off payment" , klik pada "All Payee by category dan pilih "Educatin & Educations Loans" pilih "Perbadanan Tabung Pemb Kemahiran" dan teruskan proses hingga selesai . (Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi)
 
 

Rabu, 12 Oktober 2011

PANGGILAN KHAS UNTUK BEKAS PELAJAR KOLEJ UNIKOP MELAKA NEGERI MELAKA - PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI PTPK

Assalamualaikum...

Panggilan khusus buat bekas pelajar Kolej  Unikop Cawangan Melaka terutamanya yang tinggal di Negeri Melaka yang ada membuat pinjaman pelajaran dengan PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)

Satu perjumpaan khas dengan pegawai-pegawai PTPK berkaitan dengan permohonan penangguhan, rayuan permohonan pembayaran balik pinjaman, pertukaran alamat dan sebagainya boleh dilakukan pada tarikh masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh       : 25/10/2011 (Selasa)
Masa          : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat     : Dewan Pelajar Kolej Unikop Cawangan Melaka , Taman Bukit Cheng.

Sebarang pertanyaan tentang perjumpaan tersebut bolehlah anda bekas pelajar menghubungi Pn Nabila di talian 06-31233770 / 017-2547743

Pihak Kolej akan menghubungi melalui panggilan telefon bekas pelajar terbabit yang ada rekod dalam simpanan kami sebagaimana yang diserahkan oleh PTPK.

Harap dapat diambil perhatian tentang perkara ini. Kerjasama anda amat kami hargai

Jumaat, 8 Julai 2011

Syarat Pinjaman PTPK, Jumlah Pinjaman Dan Maklumat Penjamin


Syarat Pinjaman PTPK
Syarat Kelayakan Pinjaman
  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 - 5 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  • Berumur di antara 15 - 45 tahun bagi tahap kemahiran 1-5
  • Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada agensi kerajaan lain.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan 2 orang penjamin.
  • Belajar sepenuh masa.
Jumlah Pinjaman
  • Jumlah pinjaman latihan adalah diantara RM 5,000.00 hingga RM 24,000 (meliputi yuran dan ESH -Elaun Sara Hidup)
  • Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman dan umur pemohon.
Penjamin
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan;
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM 700.00 sebulan;
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;
  • Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; dan
  • Peminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.
  • Pengecualian : Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.

Mekanisma Pinjaman
  • Bagi peminjam dari penyedia latihan awam, pinjaman disalurkan melalui penyedia latihan.
  • Bagi peminjam dari penyedia latihan swasta, yuran dibayar terus kepada penyedia latihan dan baki pinjaman dikreditkan ke akaun bank peminjam. (Maksudnya yuran pengajian pelajar di Kolej Unikop Cawangan Melaka dibayar terus kepada Kolej dan ESH(Elaun Sara Hidup) pelajar dikredit terus dalam akaun CIMB bank pelajar (Komersial)
Perhatian : Permohonan dan perjanjian pinjaman yang tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan.

Isnin, 29 November 2010

Kenali PTPK(Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)


sumber rujukan : http://www.ptpk.gov.my

 Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih-pelatih kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari pusat-pusat latihan  awam dan swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penubuhan TPK ialah untuk menyediakan pinjaman bagi latihan kemahiran agar memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.

Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih-pelatih kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari pusat-pusat latihan awam dan swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penubuhan TPK ialah untuk menyediakan pinjaman bagi latihan kemahiran agar memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.
Sebelum diperbadankan, TPK ditadbirkan oleh Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KSM). Berikutan daripada berkuatkuasanya Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 pada 1 Jun 2006, TPK telah diletakkan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah badan berkanun di bawah KSM..


Berikut adalah VISI, MISI dan OBJEKTIF SERTA DASAR PTPK

VISI
Peneraju utama pembiayaan Latihan Kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri

MISI
  • Menjadi pembiaya utama latihan kemahiran
  • Menguruskan pendaftaran penyedia latihan dengan lebih efisyen
  • Mengurus pinjaman dan pungutan bayaran balik dengan cekap
OBJEKTIF DAN DASAR
  • Menyediakan Dana Tahunan Yang Mencukupi Bagi Membiayai Latihan Kemahiran;
  • Mengutip Bayaran Balik Mengikut jadual;
  • Membangunkan Sistem Perakaunan Pinjaman Yang Mantap;
  • Mengambil Tindakan Ke Atas Aduan Dengan Segera;