Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan Lulusan Program Kemahiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan Lulusan Program Kemahiran. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

Senarai IPTA dan Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Yang Telah Menerima Lepasan DKM/DLKM

Assalamualaikum...

 Alhamdulillah... berjumpa juga dengan artikel berkaitan dengan peluang lepasan DKM/DLKM untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA

Makluman ini diambil dari laman web rasmi JPK http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/aktiviti/buletin/buletin/item/399-senarai-ipta-dan-program-pengajian-peringkat-ijazah-sarjana-muda-yang-telah-menerima-lepasan-dkm-dlkm berdasarkan sumber maklumat dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi

Jika dilihat dari senarai IPTA tersebut, terdapat 15 IPTA kesemuanya seperti :

UiTM, , UMS, UniMAP, UNIMAS, UPSI, UTeM, UTHM, UTM, UUM , UPM, UMP , USM, UM, UMT dan UKM

Tahniah dan Terima KASIH kepada JPK serta Universiti-universiti Tempatan yang menerima pelajar lepasan DKM/DLKM ini...

Sekadar menyampaikan maklumat...........

Wassalam

Pn Nabila

Isnin, 25 Jun 2012

Peluang Lulusan DKM(Diploma Kemahiran Malaysia) Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTeM

Alhamdulillah...terima kasih atas keprihatinan dan sokongan pihak UTeM (Universiti Teknikal Malaysia) yang telah memberi peluang dan ruang kepada lepasan Diploma Kemahiran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan. UTeM merupakan Universiti Teknikal dan IPTA yang pertama yang menawarkan program Teknologi Kejuruteraan mulai sesi kemasukan tahun 2011/2012 dan ini sesungguhnya merupakan satu peluang akses pendidikan teknikal yang luas bukan sahaja kepada lepasan DKM tetapi juga kepada lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Kolej Teknikal, Politeknik yang selama ini adalah terhad.

Tawaran/peluang melanjutkan pelajaran dibidang Ijazah Sarjana Muda ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada kami di Pusat Latihan Kemahiran yang menunjukkan bahawa Diploma kami memang laku dan boleh digunapakai . Tahniah UTeM kerana sama-sama menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk memperkasakan pendidikan teknikal sebagaimana keperluan negara untuk menyediakan tenaga mahir seterusnya mengarusperdanakan program teknikal bagi mencapai transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan meluaskan kebolehpasaran gunatenaga mahir. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan berterusan dari pihak kerajaan , industri dan semua pihak yang terlibat dan selepas ini Universiti /IPTA lain akan turut mengorak langkah yang sama.

Dibawah ini saya tampalkan syarat kemasukan ke Program Ijazah ini yang saya print screen dan ambil dari laman web rasmi UTeM  http://www.utem.edu.my/ftk/index.php?option=com_content&task=view&id=81&Itemid=121&lang=malay untuk rujukan semua. Saya  fokuskan khusus untuk lepasan pemegang DKM. Kalau anda nak lihat syarat yang lengkap layarilah laman web UTeM

  

Selasa, 29 Mei 2012

Kisah Benar : Pendapatan Lumayan RM 300 sehari Juruteknik Aircond



Assalamualaikum..

Jumaat lalu , berkesempatan berbincang bertukar-tukar pendapat dan maklumat dengan salah seorang kenalan dalam bidang kemahiran . Beliau menceritakan bagaimana semasa belajar di CIAST dengan buat kerja secara part time/separuh masa hari sabtu dan ahad..beliau memperolehi pendapatan kasar RM 300 sehari..

Dewasa ini , banyak didapati rumah-rumah yang telah memasang penghawa dingin /aircond..malahan ada juga yang mampu memasang lebih dari sebuah aircond dirumah. Untuk satu aircond/penghawa dingin yang diservis tidak kurang dari sejam tugasanhanya RM 50 yang dicaj dimana dalam sehari beliau mampu membaiki 6 buah penghawa dingin...jadi 6 x RM 50 = RM 300...sehari..kalau 2 hari RM 600..

Bayaangkan pendapatan yang bakal diperolehi jika sebulan (tolak cuti2 umum dan rehat..katakan 24 hari sahaja bekerja) , potensi pendapatan ialah RM 7200..kalah gaji engineer2 , pensyarah2, pengurus2 , cikgu2, doktor2 dll .... amboi...kalau betul2 usaha dan rajin promosi diri memang kencang poket...

Kata beliau..dengan belajar Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2/3 memang boleh buat duit...so apalagi .. jangan risau untuk tuntut ilmu rebutlah peluang berharga ini.. miliki ilmu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan bina pendapatan lumayan anda.. dengan kemahiran dan imu yang anda miliki..

Sebar-sebarkan... Bertindaklah sekarang...

Wassalam......

Isnin, 28 Mei 2012

Fakta Penemuan Kajian Oleh TEVT Tentang Kebolehkerjaan Graduan Persijilan Kemahiran Malaysia

Rujukan : Buletin Skills Malaysia Edisi 1 : September - Oktober 2011(Issn:2231-9468)
Kajian dibuat oleh TEVT - singkatan  kepada Technical Education and Vocational Training

Tempoh Kajian : April - Jun 2011

FAKTA Penemuan Kajian

*  Sebanyak 76.4% graduan SKM telah berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor swasta. Selebihnya adalah bekerja sendiri
* Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektronik iaitu di bawah NOSS Penyaman Udara dan Penyelenggaraan telah mencapai kesepadanan bidang kursus dan pekerjaan pada kadar tinggi iaitu 88.6% , diikuti bidang bangunan & pembinaan sebanyak 69.8%. Bidang ini juga mempunyai kadar permintaan pasaran pekerjaan yang tinggi.
* Bidang pertanian perlu diperkasakan bagi meningkatkan popularitinya dikalangan belia.
* Sebanyak 86.3% lepasan SKM mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang 6 bulan selepas tamat pengajian.
* Sebanyak 27.2% lepasan SKM mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan selepas tamat pengajian.

Ahad, 15 Januari 2012

Keratan Akhbar/ Online : Peluang belajar setara

Diambil dari http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Peluangbelajarsetara/Article/ atau artikel yang sama di tulis dalam akhbar harian metro bertarikh 16/1/2012 MS A 20

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  
Penulis berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM

MINGGU lalu seorang remaja bertanyakan soalan yang agak sukar untuk saya jawab secara spontan sewaktu membeli kuih untuk minum petang bersama keluarga di Pekan Gelugor, Pulau Pinang. Dia adalah anak Mak cik penjual kuih yang kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Remaja berkenaan menyatakan rasa keliru dan bimbang berhubung jenis kursus atau jurusan yang ingin dipohon.
Maka, saya nyatakan secara ringkas bahawa jurusan yang boleh dia pilih, termasuk terus ke tingkatan enam, mengikuti kursus diploma atau sijil berdasarkan kelayakan serta minat.

Saya bersimpati kepadanya kerana mendapati dia sudah membeli semua borang permohonan, termasuk bidang yang tidak berkelayakan. Remaja ini bertambah risau apabila si ibu secara berseloroh bercadang menikahkan anak gadisnya jika dia tidak lagi berpeluang melanjutkan pelajaran.

Saya yakin kisah seperti di atas adalah senario biasa yang terjadi kepada anak remaja kita yang baru menamatkan tempoh persekolahan wajib sebelas tahun iaitu selepas menduduki peperiksaan SPM.


Sebenarnya hal sedemikian perlu kita tangani secara mendalam. Proses bimbingan terhadap hala tuju kerjaya dan pembelajaran lanjutan bukan saja perlu dijalankan oleh guru di sekolah, bahkan juga oleh ibu bapa, waris serta masyarakat setempat, termasuk NGO seperti persatuan belia.

Remaja juga harus rajin dan proaktif. Jangan hanya berharap orang lain menyampaikan maklumat. Dalam suasana ketembusan media baru yang amat tinggi seperti Internet dan siaran televisyen berbayar, bukanlah satu alasan munasabah untuk mengatakan bahawa remaja sukar untuk mendapatkan maklumat daripada laman sesawang agensi yang berkaitan.

Jangan hanya menghadap skrin komputer semata-mata melayan laman sosial seperti facebook dan leka bermain ‘FarmVille’. Bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka adalah golongan yang lebih bertuah kerana terdapat input berkaitan kerjaya dan hala tuju akademik pasca-SPM dalam modul latihan sepanjang program berlangsung.

Terdapat dua pilihan utama pelajar selepas SPM iaitu sambung belajar atau bekerja (walaupun akan ada yang mencadangkan pilihan ketiga iaitu berkahwin, namun ia boleh dimasukkan dalam opsyen kedua iaitu bekerja).

Saya yakin sekiranya diberikan pilihan sebahagian besar remaja kita akan berusaha menempatkan diri bagi menyambung belajar. Umum mengetahui pilihan utama remaja serta ibu bapa ialah untuk belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG). Jumlah kemasukan yang terhad di IPT awam akan mendorong ibu bapa mengeluarkan belanja yang besar untuk remaja beElajar di IPT swasta.

Bagi sesetengah remaja yang kurang berkemampuan dari segi kelayakan akademik serta keupayaan kewangan, akan terus terjun ke dunia pekerjaan. Hakikatnya terdapat kira-kira 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.

Hal ini amatlah membimbangkan kerana ia seolah-oleh membiarkan seseorang yang pergi ke medan perang tanpa sebarang peralatan dan kemahiran untuk bertempur. Sudah pasti ia akan pulang dengan kecederaan yang menyeksakan atau hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa.

Kepada kumpulan ini, saya menyarankan agar anda terus menumpukan kepada proses pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

Kini di negara kita terdapat banyak kolej kemahiran sama ada yang disediakan kerajaan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), GiatMara serta pusat latihan di peringkat negeri. Malah, terdapat banyak kolej kemahiran swasta yang mengkhususkan dalam bidang tertentu seperti mekatronik, automotif, pertanian dan kecantikan.

Sebenarnya tiada sebab untuk sesiapa pun menyatakan bahawa tidak ada peluang melanjutkan pelajaran yang mencukupi bagi lepasan SPM. Yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan lebih ramai lepasan SPM memilih pengajian dalam bidang kemahiran. Paradoks lama yang mengatakan bahawa pengajian kemahiran adalah pengajian kelas kedua adalah suatu pandangan salah dan harus diketepikan.


Tiada istilah ‘peluang pertama’ bagi pengajian di IPT atau ‘peluang kedua’ bagi pengajian di kolej kemahiran untuk pelajar lepasan SPM. Yang ada ‘peluang setara yang utama’ bagi keseluruhan rakyat Malaysia. Hal ini diakui Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bertajuk “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional”.


Beliau menyatakan, “di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ia dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad”.


Sebagai bukti, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2012 memperuntukkan RM200 juta bagi peningkatan pendidikan kemahiran untuk rakyat khasnya belia. Belia khasnya lepasan SPM harus merebut peluang ini sebaiknya. Tanamkan rasa yakin diri dengan melihat jauh ke hadapan. Tingkatkan ketabahan dengan mencabar diri sendiri agar menjadi yang lebih baik pada setiap waktu. Kejayaan seribu langkah di puncak bermula pada langkah pertama. Biar langkah anda kecil dan lambat, asalkan tiba di garisan penamat.


Anda seharusnya dapat menahan hati dari terus bekerja berbekalkan sijil SPM kerana bayaran yang diterima hanya kira-kira RM3.80 sejam untuk kerja selama 8 jam sehari. Sedangkan jika anda tabah untuk mengikuti latihan kemahiran sehingga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sudah pasti gaji yang diterima berkali-kali ganda daripada angka di atas.


Saya sendiri menyaksikan terdapat anak muda lepasan IKBN dan Kolej Komuniti yang ditawarkan bekerja pada hari akhir peperiksaan dan mendapat gaji yang lumayan.


Bak kata pepatah, “perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan”. Kini terletak pada setiap remaja untuk memilih laluan kerjaya sama ada yang bersifat segera dengan faedah jangka pendek atau yang berasaskan kemahiran khusus dengan ganjaran yang berlipat ganda. Harus diingat, menjelang 2015, warga yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan akan dianggap berpendapatan sederhana rendah kerana sasaran pendapatan per-kapita rakyat melalui Model Baru Ekonomi (MBE) Negara ialah RM49,000 setahun atau RM4,083 sebulan.


Bagi tujuan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah melancarkan Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) pada 2010 dengan mensasarkan agar setiap belia mesti memiliki sijil kelayakan tambahan selepas menamatkan peperiksaan SPM. Kita tidak mahu belia kita merempat di negara sendiri dan terpinggir dari arus perdana pembangunan.


INFO





  • Hakikatnya terdapat kira-kira 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran
  • Majlis Belia Malaysia (MBM) mempunyai Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) yang menyasarkan setiap belia mesti memiliki sijil kelayakan tambahan selepas menamatkan peperiksaan SPM

    Pesan Puan Sha 0183677856 :
  • Untuk para ibubapa/pelajar...fikir2 dan ambil peluang yang terbuka luas ini demi masa depan anda/anak anda... Jangan ketinggalan........

    Khamis, 12 Januari 2012

    386 perintis Program Asas Vokasional

    Oleh Noor Azlina Zainudin
    bhnews@bharian.com.my
    2012/01/13

    15 sekolah menengah terpilih mula sistem pembelajaran beri kemahiran pada usia muda

    PUTRAJAYA: Seramai 386 pelajar Tingkatan Satu menjadi perintis Program Asas Vokasional (PAV) membabitkan 15 sekolah menengah terpilih di seluruh negara selepas memulakan pembelajaran mereka sebaik sesi persekolahan baru dibuka dua minggu lalu.
    Melalui program itu, pelajar didedahkan bidang kemahiran yang juga asas vokasional pada usia lebih muda, seterusnya melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga kelak.
    Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata sekolah perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan di Perak yang menawarkan kursus Automotif; SMK Sungai Rawang, Sepang, Selangor (Tanaman) serta SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang; SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Beaufort, Sabah bagi kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan.

    Sekolah lain ialah SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor dan SMK Simpang Kuala, Alor Star, Kedah bagi kursus Pembuat Perabot; SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan (Visual dan Animasi); SMK Seri Pengkalan, Melaka (Pakaian dan Jahitan) dan SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara).

    SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang pula menyediakan kursus Menservis Motosikal; SMK Arau, Perlis (Pakaian dan Jahitan); SMK Belaga, Sarawak (Pendawaian Elektrik); SMK Saujana, Setiu, Terengganu (Akuakultur) dan SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (Hiasan Dalaman).

    “Sepanjang enam bulan pertama ini, pelajar didedahkan dengan pengurusan diri, asas kemahiran selain diperkenalkan dengan bengkel serta peralatan yang akan digunakan kelak.
    “Pembelajaran dijalankan secara hands on sepenuhnya selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi pada masa depan,” katanya, di sini.

    Ahmad Tajudin berkata, tenaga pengajar membabitkan guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sedia ada yang sudah diberi kursus PAV yang baru diperkenalkan.

    Katanya, silibus turut membabitkan beberapa mata pelajaran teras, selain diterapkan komponen jati diri, keusahawanan dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

    “Kementerian bercadang memperluaskan PAV ke 150 sekolah membabitkan 20 pilihan kursus tahun depan.

    “Keutamaan diberikan kepada pelajar lemah akademik, tetapi jika ada kekosongan, pelajar memiliki akademik sederhana yang berminat dipertimbangkan,” katanya.

    CATITAN Puan Nabila :
    Alhamdulillah, kepentingan Sijil Kemahiran Malaysia ini semakin diambil perhatian... Walaupun menjadi pesaing kepada kami terutamanya Pusat Bertauliah Swasta..tetapi Persaingan Yang Sihat Insyaallah..membawa kepada manfaat bersama dan untuk NEGARA serta masa depan REMAJA...

    Rabu, 11 Januari 2012

    Permintaan Pekerja Mahir Dijangka Berterusan - Kelly Malaysia


    So untuk mereka yang telah terlibat /berkecimpung dalam bidang kemahiran ini atau bakal pelajar program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) sila rebut peluang yang tersedia luas untuk masa depan anda...Usah Berlengah lagi..!!!

    Selasa, 10 Januari 2012

    Kelayakan Minima UPSR/SRP/PMR/ SPM boleh belajar Sijil Kemahiran Malaysia?

    Ya... semua orang boleh belajar dan mendapat pengiktirafan dalam pendidikan... Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) memberikan peluang kepada lepasan UPSR/SRP/PMR/PMR yang berminat program Kemahiran dan BUKAN AKADEMIK untuk meningkatkan harga diri , meningkatkan martabat Sijil Anda disamping menambah kemahiran anda yang boleh menjamin MASA DEPAN anda dalam KERJAYA pada masa akan datang.

    Mungkin ada yang tidak tahu bahawa syarat umum untuk mengikut program Sijil Kemahiran Malaysia ini adalah 4 M ...apa itu 4 M ? MINAT , MAMPU MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA . Jadi jika anda mempunyai kelayakan tersebut tidak ada sebab anda tidak sambung belajar.... dan merealisasikan impian anda

    Tidak ramai yang sedar bahawa berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2... seseorang mampu memperolehi pendapatan setanding dengan pemegang ijazah akademik (RM 1600 keatas) ...melalui sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja pada lokasi atau tempat2 tertentu... Ini semua kerana Kemahiran dapat MENJAMIN KERJAYA anda...

    Mengapa hal ini berlaku ?
    1. Sistem pembelajaran Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang 70% berorientasi praktikal dan 30% teori mendidik dan melatih pelajar kerja sebenar ..
    2. Syarikat/industri tak payah pening2 kepala sangat nak train pelajar-pelajar berbanding jika sekadar teori lebih banyak dari praktikal


    Artikel lain berkaitan yang mungkin menarik minat anda :

    1. TAMAT darjah 6/ GAGAL PMR peluang untuk dapatkan SKM

    2. KISAH BENAR PENDAPATAN LUMAYAN LULUSAN

    Isnin, 24 Januari 2011

    PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM JPA 11/1/2011

    Bertarikh : 15 Januari 2011

    SUMBER : http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/pekeliling-perkhidmatan-bilangan-1.html

    TUJUAN

    1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

    LATAR BELAKANG

    2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
    memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
    Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
    vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
    Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
    dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
    industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
    aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
    memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
    jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

    DASAR BARU

    Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
    yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
    adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
    pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
    yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
    kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
    tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
    4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
    syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
    Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
    Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
    perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
    diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
    telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
    berikut:
    (a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
    (b) Ahli Muzik Gred B17;
    (c) Ahli Fotografi Gred B17;
    (d) Jurusolek Gred B17;
    (e) Pengajar Kraf Gred E17;
    (f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
    (g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
    (h) Pembantu Perikanan Gred G17;
    (i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
    (j) Pelukis Pelan Gred J17;
    (k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
    (l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
    (m) Juruaudio Visual Gred N17.

    Selasa, 11 Januari 2011

    PELUANG LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 2 UNTUK TERLIBAT DALAM PROGRAM SISWAZAH PERANTIS PUNB

    Sumber : Harian Metro Online bertarikh 11/1/2011

    PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yakin dapat menambah kira-kira 500 lagi perantis tahun ini di bawah Program Siswazah Perantis (PSP) yang diperkenalkan sejak Mac 2009.
    Pengurus Besar Bahagian Pelaburan PUNB, Dzulkifli Fadzilah berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan ia peluang terbaik untuk lepasan siswazah menceburi bidang keusahawanan.

    Katanya, syarat menyertai program PSP juga sangat mudah iaitu perlu berusia tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon dan pemegang ijazah, diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi diiktiraf kerajaan.

    “Syarat lain adalah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan serta sanggup menjalani latihan sepenuh masa dan perantis juga diberi pendedahan dalam mengurus perniagaan secara langsung selain menerima elaun sara diri RM800 sebulan.

    “Perantis dibimbing selama enam atau 12 bulan. Selepas tamat program, mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dipanggil bagi sesi konsultansi untuk menyediakan rancangan perniagaan,” katanya kepada Bisnes Metro.

    Menurutnya, setakat November 2010, seramai 2,473 siswazah menyertai program itu dengan purata usia 25 tahun.

    Dzulkifli berkata, kelebihan program ini adalah perantis berpeluang mendalami selok-belok perniagaan di samping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan rancangan perniagaan. Malah, jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan khususnya Skim Prosper Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.

    Beliau berkata, mentor yang dipilih membimbing perantis juga sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB selain syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
    “Peserta program ini berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja mahir.

    Program ini bukan saja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik, tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan. “Ia juga memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran selain menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah,” katanya.

    Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh menghubungi talian bebas tol PUNB, 1300-13-7862 atau melayari www.punb.com.my.

    Oleh yang demikian.... bakal pelajar /pelajar yang sedang belajar di Pusat Bertauliah terutamanya di Kolej Unikop Cawangan Melaka jangan lepaskan peluang ini.