Semoga semua calon pelajar dan sahabat maya dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
Hari ini Puan Sha nak berkongsi maklumat lagi tentang Pra Diploma UiTM .. Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan
Maklumat Tentang Pra Syarat Kelayakan, Subjek yang diambil dan Senarai Program Diploma yang boleh dipilih... Banyak pilihan rupanya.. Biarlah gambar berbicara...
Jika anda LAYAK memohon , ada 3 kepujian dalam SPM seperti syarat di atas, JOM Mohon Program Pra Diploma UiTM
Ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk mengikuti program UiTM di KKB, hubungi PuanSha 018-3677856.
Sharing is Caring
#pnshaperundingpendidikan 018-3677856
pnsha.blogspot.com
Puan Sha merupakan perunding Pendidikan Freelance yang suka berkongsi maklumat dan cerita berkaitan halatuju pendidikan untuk lepasan sekolah menengah. Semoga sama-sama beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan UiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan UiTM. Papar semua catatan
Selasa, 18 April 2017
Jumaat, 14 April 2017
Berminat Bidang Kedoktoran ? Program UiTM ada caranya..
Bismillah..
Jika diluar sana ada pelajar lepasan SPM aliran SAINS TULEN (belajar Fizik,Kimia, Bioloogi dan Matematik Tambahan) yang berminat dalam bidang kedoktoran tak kiralah nak jadi doktor @ pembantu perubatan dan seangkatan dengannya . .meh saya tunjukkan caranya @laluannya melalui program yang UiTM @ Kolej-Kolej Bersekutu UiTM sediakan.
Ada cara @laluan..
1) Anda ambil Program Diploma Sains dimana syaratnya ialah anda WAJIB Bumiputra yang mendapat sekurang-kurangnya 5 Kredit @KEPUJIAN diperingkat SPM dimana anda perlu LULUS SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia termasuk :
i) Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii) Kepujian Bahasa Inggeris
iii) Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
iv) DAN Dua(2) Kepujian lain dimana dan Satu (1) Lulus dalam matapelajaran berikut :
(a) Fizik (b) Kimia (c) Biologi
ATAU LULUS Pra Diploma Sains
Jika ANDA hanya ada 3 kredit@Kepujian SPM dan memenuhi syarat berikut :
i) Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii) Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
iii) LULUS salah satu dalam matapelajaran berikut :
(a) Fizik (b) Kimia (c) Biologi (d) Sains Tamabahn
iv) DAN LULUS Bahasa Inggeris
Anda LAYAK mengambil Pra Diploma Sains
Pra Diploma Sains --> Diploma Sains --> Ijazah Sarjana Muda UiTM
Ingin Mohon Program Pra Diploma Sains @ Diploma Sains di Kolej-kolej Bersekutu UiTM? Boleh je hubungi saya PuanSha 018-3677856
JANGAN LEPASKAN PELUANG...
Sharing is Caring
PuanSha
Jika diluar sana ada pelajar lepasan SPM aliran SAINS TULEN (belajar Fizik,Kimia, Bioloogi dan Matematik Tambahan) yang berminat dalam bidang kedoktoran tak kiralah nak jadi doktor @ pembantu perubatan dan seangkatan dengannya . .meh saya tunjukkan caranya @laluannya melalui program yang UiTM @ Kolej-Kolej Bersekutu UiTM sediakan.
Ada cara @laluan..
1) Anda ambil Program Diploma Sains dimana syaratnya ialah anda WAJIB Bumiputra yang mendapat sekurang-kurangnya 5 Kredit @KEPUJIAN diperingkat SPM dimana anda perlu LULUS SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia termasuk :
i) Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii) Kepujian Bahasa Inggeris
iii) Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
iv) DAN Dua(2) Kepujian lain dimana dan Satu (1) Lulus dalam matapelajaran berikut :
(a) Fizik (b) Kimia (c) Biologi
ATAU LULUS Pra Diploma Sains
Jika ANDA hanya ada 3 kredit@Kepujian SPM dan memenuhi syarat berikut :
i) Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii) Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
iii) LULUS salah satu dalam matapelajaran berikut :
(a) Fizik (b) Kimia (c) Biologi (d) Sains Tamabahn
iv) DAN LULUS Bahasa Inggeris
Anda LAYAK mengambil Pra Diploma Sains
Pra Diploma Sains --> Diploma Sains --> Ijazah Sarjana Muda UiTM
Ingin Mohon Program Pra Diploma Sains @ Diploma Sains di Kolej-kolej Bersekutu UiTM? Boleh je hubungi saya PuanSha 018-3677856
JANGAN LEPASKAN PELUANG...
Sharing is Caring
PuanSha
Khamis, 13 April 2017
Kelebihan Program Usahasama UiTM di KKB
Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) adalah satu kumpulan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) yang diiktiraf serta mendapat persetujuan dari
UiTM untuk menjalankan program UiTM dan mendapat kelulusan daripada Kementeriam
Pengajian Tinggi serta MQA untuk menjalankan program Pra- Diploma dan Diploma.
Kelebihan
Program Usahasama UiTM Di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB)
=====================================
*
Lulusan Diploma di KKB berpeluang melanjutkan pelajaran di UiTM atau IPTA lain
dengan mudah jika memenuhi syarat bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda
*
Lulusan Pra Diploma Sains (6 bulan sahaja) dari KKB yang mendapat cgpa 3.50
keatas berpeluang melanjutkan pelajaran dperingkat DIPLOMA di UiTM . Lulusan Pra Diploma Perdagangan pula boleh menyambung pelajaran DIPLOMA UiTM di mana-mana KKB pilihan.
*
Pelajar yang TAMAT pengajian DIPLOMA di KKB akan dianugerahkan Diploma sama
dengan sahabat-sahabat yang belajar di UiTM dan mereka diraikan@dianugerahkan
DIPLOMA dalam Istiadat Konvokesyen di UiTM
*
Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang di jalankan di KKB sama seperti
di UiTM, malahan tarikh, masa, soalan peperiksaan akhir diambil @disediakan
oleh UiTM dengan kawalan keselamatan yang ketat.
* Tenaga
Pengajar di KKB terdiri daripada mereka yang berkelayakan mengikut syarat yang
ditetapkan oleh UiTM
*
Kualiti KKB sentiasa di pantau oleh UiTM secara berterusan melalui audit
kualiti tahunan
* KKB
menawarkan pinjaman PTPTN @pengeluaran KWSP
* TERKINI
untuk Intake 2017, UiTM menyediakan BIASISWA untuk yuran pengajian peringkat
Pra Diploma Sains@Perdagangan dan Diploma di KKB bagi keluarga penerima BRIM (Pendapatan di
bawah RM 3800). Melalui BIASISWA ini pelajar yang LAYAK ditanggung sepenuhnya
Yuran Pengajian (100%@ PERCUMA) bagi peringkat Pra Diploma Sains dan hanya
perlu membayar 50% (separuh dari Yuran Pengajian) bagi peringkat DIPLOMA.
PERBEZAAN
KKB dan UiTM
===============
Beza
dari segi lokasi@tempat belajar , persekitaran , yuran pendaftaran dan
cabaran... ..
Jika anda terlepas@tidak mendapat tempat di UiTM sendiri, boleh mohon belajar di KKB.
Ada pertanyaan hubungi saya Puan Sha 018-3677856
Sharing is Caring
Selasa, 20 Disember 2016
Program UiTM PILIHAN TERBAIK , BERKUALITI dan MENJIMATKAN
Semua maklum, ekonomi dunia dan negara sejuk ketika ini. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan semakin sejuk jumlah pendapatan berbanding perbelanjaan ...langkah penjimatan dan hati2 perlu diambil.
Walau apapun keadaan, pendidikan@Ilmu masih relevan dan amat diperlukan. Ilmu sentiasa mempunyai nilai yang tinggi. Biar kurang harta, tapi jangan kurang ilmu. Ilmu tak semestinya diperolehi secara formal melalui IPT, kelas, kursus dll tapi dari pengalaman orang lain, pengamatan, masjid dll ilmu juga boleh diperolehi. Insyaallah bila keadaan ekonomi pulih nanti, peluang kerjaya lebih luas.
Saya pun pernah memilih menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1997/1998 semasa ekonomi sejuk. Masa tu saya bekerja sebagai programmer@ pengaturcara komputer dengan gaji bulanan RM 1600 yang diterima dari kelayakan Diploma Sains Komputer ITM. Agak lumayan sebenarnya kalau difikirkan tentang gaji atau duit je mahu kalau stay lama gaji mungkin naik RM 5000 sebulan atau sebaliknya.Tapi saya tetap memilih jalan selamat menyambung pelajaran dan demi memenuhi impian peribadi.
Saya memilih menyambung di UTM, Skudai untuk bertukar angin ..yelah nak rasa jadi student "U" . Masa tu ITM belum dinaik taraf sebagai Universiti seperti sekarang. Alhamdulillah ...biarpun struggle masa di ITM dengan banyak subjek yang dipelajari setiap sem ianya amat berbaloi sebab boleh transfer kredit. Hanya 1 1/2 tahun diperlukan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Saya fikir, kalau ketika itu ITM adalah UiTM mungkin saya memilih UiTM atas faktor kos perbelanjaan. Yuran pengajian UiTM merupakan IPTA dengan yuran termurah dan amat berpatutan. Insyaallah sasaran tahun depan 2017 nak sambung master di UiTM...tentunya. Kos belajar, kualiti , komitmen, kaitan dengan kerja sekarang perlu difikir dihubung kaitkan agar ada kesinambungan kerjaya. Lihat screen shoot dr web JPA berkaitan yuran antara IPTA.
UTM, UiTM dan mana2 IPTA memang bagus dari segi kualiti pembelajaran, pensyarah, prasarana@fasiliti dll. Setiap satu ada kelebihan masing2. Di UTM, saya belajar mengubah corak dan rentak belajar. Pesaing adalah warganegara Malaysia daripada pelbagai bangsa melayu, cina dan india. Jika di UiTM khusus untuk Bumiputera. Itu bezanya.
Saya bertuah dan bersyukur dapat merasai pembelajaran di ITM dan UTM. Kualiti pembelajaran didalam negara setanding dengan luar negara dengan kos yang jauh lebih rendah, tak perlu tanggung hutang belajar banyak2.
UiTM turut menawarkan pengajian secara PJJ-Jarak Jauh dan pelbagai pilihan program serta cawangan Universiti berada diseluruh Malaysia. Itu sebab saya bgtau terbaik terutama dr segi kos perbelanjaan dan kualiti pembelajaran.
Sekadar berkongsi Info.
PuanSha
Selasa, 29 April 2014
10 sebab kenapa adik-adik wajib masuk UiTM @ Menyambung Belajar Program UiTM
Artikel di diambil dari http://akubypojie.blogspot.com/2010/05/10-sebab-kenapa-adik-adik-wajib-masuk.html
Assalamualaikum....
Saya tidak mengubahsuai artikel ini untuk mengekalkan keasliannya seperti yang ditulis oleh penulis
Sunday, May 2, 2010
10 sebab kenapa adik-adik wajib masuk UiTM.
1.Sedia maklum yang UiTM merupakan IPTA, so memang comfirm-comfirm semua jurusan yang ada dalam UiTM di iktiraf di peringkat antarabangsa.The only University yang dibuka kepada bumiputera! dan yang paling best yuran pengajian ada yang murah di Malaysia. Jadi jika adik-adik dari golongan yang susah, jangan khuatir sebab tidak membebankan para ibubapa untuk menangung yuran pengajian adik-adik jika masuk ke UiTM kelak.
2.UiTM merupakan top 5 university di Malaysia. Dengan di anugerahkan 4 bintang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.So tak payah ragu dengan kemampuan University Teknologi Mara!!!
3.Semua perantaran ketika pembelajaran adalah Bahasa Inggeris. So kepada adik-adik tu, nie la time untuk polish english adik-adik. Aku dulu pun tak de la hebat sangat English, but bila dah almost 5 year kat UiTM, bila nak interview tu nak comunicate dalam English tu tak ada masalah la. Sebab hari-hari kene practice english, presentation, jumpa lecture semua in english. Kan bagus tu.
4.Keseimbangan kokurikulum dan akademik.Semua pelajar UiTM di wajibkan menyertai any unit kokurikulum semasa berada di semester 1 dan 2. Ini kerana untuk membentuk jati diri yang mantap di dalam setiap diri student UiTM.
5.Beratus-ratus program UiTM tawarkan. Faculty Perubatan, Faculty Sain Gunaan, Faculty Perhotelan, Faculty Kejuruteraan, Faculty Peniagaan, Lawyer and banyak lagi sampai la Faculty Seni Persembahan. Jadi bidang-bidang yang di tawarkan tidak terhad.
6.Student-student UiTM Multi-talented , contoh Yuna, Farid Kamil, Dynas, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Awal Ashari, Zatil Iman (Atlet Bowling negara),Dato' Azalina Othman, Fizo Omar,Hanis Zalikha dan ramai lagi.(1st student University menakluki Everest)
7.UiTM berada di mana-mana, setiap negeri mempunyai cawangan UiTM. Jadi lebih memudahkan kepada student-studentya.Johor,Melaka,Sarawak,Sabah,Kelantan, and banyak lagi cawangannya.
8.Graduat UiTM terhangat di pasaran. Ini kerana setia setahun, pihak university akan mengajurkan pesta kerjaya dan interview terbuka di Dewan Sri Budiman UiTM,Shah Alam.
9.Perkhidmatan Bus FREE!!!
10.Student UiTM ada bahasa ketiga. Korea,Jepun,German,Mandarin,France,Arabic. [Semua free!!!]
Saya Puan Sha sebagai bekas pelajar ITM dan pemegang Diploma ITM bersyukur dan bangga dengan keupayaan UiTM terutama barisan tenaga pengajarnya dalam membentuk dan mendidik pekerja yang berkualiti dan cemerlang serta setanding dengan IPTA yang lain yang ada di Malaysia.. Yes... ITM@UiTM sentiasa di Hatiku ...
So untuk adik2 @ bakal pelajar jika tidak ditawarkan tempat terus di UiTM , jangan putus asa, anda masih boleh menjadi@bergelar pelajar UiTM dengan belajar di tempat kami di Kolej Unikop Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada Kolej Bersekutu UiTM
Wassalam
Puan Sha 010-5021548
Isnin, 31 Mac 2014
Jom Tengok Kelebihan UiTM : Tabung Pendidikan Alumni UiTM.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140219/re_02/Tabung-Pendidikan-Alumni-UiTM#ixzz2yFx9KDFV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh Zaini Hassan
UiTM atau Universiti Teknologi Mara ialah sebuah universiti yang cukup berjaya dalam menghasilkan siswazah yang berketerampilan, versatil dan hands-on.
Rata-rata para siswazahnya boleh membuat kerja pada hari pertama mereka mendaftar sebagai pekerja.
Ini bukan omongan, tapi realiti. Ada jugalah yang gagal. Tetapi 70 peratus daripada para siswazahnya berjaya mendapat kerja sebaik sahaja habis belajar. Kadar kebolehpekerjaan (employability) siswazah UiTM cukup tinggi jika diambil kira dengan nisbah populasi yang dihasilkan setiap tahun. Setiap tahun ia menghasilkan kira-kira 30,000 lulusan dalam pelbagai bidang.
Setakat ini terdapat lebih 530,000 siswazahnya melata di dalam dan luar negara. Dalam jumlah itu ada yang dihasilkan oleh Pusat Latihan RIDA semasa penubuhannya dari 1956-1965, Kolej Mara (1965-1967) dan ITM (1967-1999) sebelum dinaik taraf sebagai universiti dan UiTM sendiri.
Angka 500,000 itu dikenali sebagai alumni atau bekas pelajar di alma mater itu.
Jumlah itu cukup besar. Ia cukup kuat sebagai sebuah badan alumni. Jika ditukar menjadi badan siasah, ia adalah kuasa kedua terbesar selepas UMNO.
Walaupun selepas menerima diploma dan masing-masing ada yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah di institusi dalam dan luar negara, semangat RIDA/ITM/UiTM mereka cukup teguh di sanubari masing-masing.
Semangat lagu Warisan Anak Kecil Main Api yang dinyanyikan semasa minggu orientasi melekat utuh di jiwa mereka sampai bila-bila.
Gelaran budak Engine, budak Law, budak Masscomm, budak Hotcat, budak A.D, budak Business dan lain-lain terlekat di dahi mereka, walaupun masing-masing kini sudah bercucu-cicit!
Itulah jiwa UiTM. UiTM Tetap di Hatiku, cogankata Naib Canselornya sekarang, Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga budak Engine (Kejuruteraan).
Baru-baru ini Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan program kebajikan membantu mangsa banjir di Kuantan yang turut disertai oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Dalam ucapannya, Idris dengan bangga berkata, "Saya juga alumni UiTM. Walaupun saya belajar sekerat jalan semasa mengikuti kursus Eksekutif MBA program Ohio di ITM pada 1984 dulu, tapi semangat saya untuk menjadi alumninya cukup kuat."
Beliau berjaya menyuntik semangat baru di sanubari kami semua. Gerakkan semangat wakaf di kalangan alumni. Gerakkan semangat memberi balik (spirit of giving back) di jiwa mereka.
"Kita kutip RM1 bilion daripada para alumni," cabarnya.
"RM1 bilion?" saya selaku Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia tercengang. Saya tanya lagi "Seribu juta ringgit?"
"Ya RM1 bilion. Apa susah sangat," katanya.
Ilmu Hisab mudah beliau begini: Alumni UiTM ada 500,000. Setiap seorang menginfak, menderma, bersedekah, berwakaf sebanyak RM2,000. Dalam setahun alumni boleh mengumpul dana endowmen atau dana wakaf berjumlah satu ribu juta ringgit. Atau 500,000 alumni x RM2,000 = RM1 bilion.
"Sebagai permulaan saya sendiri akan mengumpulkan daripada adik-beradik saya alumni UiTM. Setiap seorang akan menginfak RM2,000.
"Saya sendiri akan memberi RM10,000. Susahkah itu?" tanya Idris.
Saya kata tidak. "Kita akan gerakkan."
Dalam tempoh beberapa hari ini sahaja, hasil semangat wakafer di jiwa Idris beliau telah menggerakkan kempen melalui kumpulan Whatsapp dan SMS. Hasilnya lebih RM50,000 berjaya dikutip dan akujanji akan menderma.
Semangat wakafer Idris bukanlah asing. Sebelum menyertai Kabinet, beliau telah menggerakkan apa yang dikenali sebagai gagasan Wakaf Korporat melalui platform Yayasan Iqra.
Saya sendiri juga terbabit dalam gerakan itu. Kami menggelar diri kami sebagai wakafer, atau penggerak wakaf.
Dana RM1 bilion ini akan dikenali sebagai Tabung Pendidikan Alumni UiTM.
Di universiti terkemuka Harvard misalnya, dana seperti ini bukan asing lagi. Ia digerakkan oleh para alumninya sehingga berjaya mengumpul dana endowmen berjumlah lebih AS$20 bilion.
Dana wakaf ini digunakan untuk memberi biasiswa, menyalur bantuan kebajikan, penambahbaikan kurikulum fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendapatkan pakar dalam pembelajaran, membiayai operasi universiti dan sebagainya.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera terbesar di negara ini, mengapa tidak kita mulakan budaya "memberi balik" ini?
"Jika Harvard berjaya kutip RM100 bilion dana endowmen, kita kutip dahulu RM1 bilion pertama, insya-Allah.
"Adakah kita hanya selama-lamanya akan menjadi bangsa penerima tongkat semata-mata?" kata Idris penuh semangat, semasa berhenti rehat untuk satu lagi program UiTM di Kuantan baru-baru ini.
Setakat ini semua begitu teruja dengan cadangan itu. Persatuan Alumni UiTM Malaysia akan menyelaras penubuhan sebuah panel penasihat yang dianggotai oleh pakar-pakar dan kapten-kapten industri kalangan alumni sendiri untuk mengawal selia dana ini mengikut konsep wakaf, secara telus.
Sebagai wakafer, Idris kelihatan puas. Puas untuk melihat budaya memberi balik ini berjaya memartabatkan ummah secara keseluruhan. Ternyata pandangannya merentas masa.
Beliau banyak belajar daripada budaya masyarakat Turki yang `memberi balik kepada ummah melalui wakaf dan infak. Daripada situ mereka membiayai pembinaan sekolah, madrasah, institusi kebajikan ke seluruh dunia sejak zaman Khalifah Uthmaniah lagi.
"Kita mulakan di UiTM dahulu kerana ia adalah institusi yang unik," katanya.
Benar, ia juga boleh menjadi contoh sejauhmana kita semua sebagai ummah alumni UiTM benar-benar faham mengenai erti memberi balik - menginfak, bersedekah, menderma kepada institusi keramat Melayu/Bumiputera ini.
Siapalah Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (PNB) tanpa ITM?
Siapalah Datuk Kamaruddin Maranun (AirAsia), siapalah Datuk Seri Shazzalli Ramly (Celcom), siapalah Datuk Aminar Rashid (Perodua), siapalah Tan Sri Mohd. Khamil Jamil (DRB-Hicom), siapalah Datuk Seri Zukri Samat (Bank Islam), siapalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (Boustead Holdings)? Siapalah Datuk Seri Panglima Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) tanpa ITM?
Siapalah Datuk Richard Malanjum (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak), siapalah Datuk Zaid Ibrahim (ahli politik/peguam), siapalah Datuk Seri Ir. Zin Mohamed (bekas menteri), Datuk Seri Azalina Othman Abas (bekas menteri) dan banyak lagi.
Tanpa institusi keramat ini, siapalah "budak-budak" itu hari ini?
Penulis juga ialah Presiden Alumni UiTM Malaysia
Isnin, 4 April 2011
Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) , Kelebihan KKB
Kolej Unikop Kuala Lumpur merupakan salah sebuah daripada Kolej Swasta yang dikenali sebagai Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) dimana KKB adalah satu kumpulan Institus Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) yang diiktriaf serta mendapat kelulusan daripada Kementeriam Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra- Diploma dan Diploma secara usahasama dengan UiTM
Kelebihan Program Usahasama Di Kolej-Kolej Bersekutu
* Pelajar akan TAMAT pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat Konvokesyen di UiTM
* Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang di jalankan di KKB sama seperti di UiTM
* Tenaga Pengajar di KKB terdiri daripada mereka yang berklelayakan dan mendapat latihan pengajaran serta kursus daripada UiTM
* Kualiti KKB sentiasa di pantau oleh UiTM secara berterusan melalui audit kualiti tahunan
* KKB menawarkan pinjaman MARA dan PTPTN
Kelebihan Program Usahasama Di Kolej-Kolej Bersekutu
* Pelajar akan TAMAT pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat Konvokesyen di UiTM
* Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang di jalankan di KKB sama seperti di UiTM
* Tenaga Pengajar di KKB terdiri daripada mereka yang berklelayakan dan mendapat latihan pengajaran serta kursus daripada UiTM
* Kualiti KKB sentiasa di pantau oleh UiTM secara berterusan melalui audit kualiti tahunan
* KKB menawarkan pinjaman MARA dan PTPTN
Langgan:
Catatan (Atom)












