Memaparkan catatan dengan label * Mencari Hidayah Illahi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label * Mencari Hidayah Illahi. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2012

Iktibar Disebalik Peristiwa Israk Mikraj

Bulan Rejab kini sudah hampir meninggalkan kita. Kedatangannya mengingatkan pada peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa  biasa tetapi ianya mempunyai hikmah dan mesej yang cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Peristiwa tersebut seharusnya membuka pemikiran dan cita-cita manusia sejagat sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas sekalian makhluknya dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.
Janganlah kita pertikai dan persoalkan bila waktu sebenarnya peristiwa israk mikraj ini terjadi  dan juga adakah perjalanan ini roh bersama jasad atau cuma roh semata-mata. Apa yang penting adalah bagaimana kita melihat iktibar yang tersirat disebaliknya dan mengambilnya sebagai panduan untuk mengukuhkan iman dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Rentetan peristiwa tersebut, begitu banyak rahsia tersembunyi yang perlu kita kupas bersama. Setelah kewafatan Saidatina Khadijah RA yang selama ini menjadi pendamping setia, bersama menggenggam tauhid yang kukuh, serta menjadi pendorong utama dalam perjuangan Baginda SAW. Disusuli pula kewafatan Abu Talib yang juga selama ini menjadi pelindung Baginda SAW dari ancaman fizikal oleh kafir Quraisy, cukup memberi kesan besar terhadap Baginda SAW pada tahun kesedihannya.  Pada ketika itu juga dakwah Islam berada dalam keadaan tenat dan merudum, dari segi psikologi Nabi SAW begitu terjejas, bahkan tiada kemasukan baru ke dalam agama Islam dikalangan penduduk Mekah.

Sebagai manusia, baginda merasa sedih dan pedih dengan kewafatan dua insan penting yang banyak berjasa dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun Allah SWT tidak membiarkan kekasihnya terus berada dalam kedukaan, Israk Mikraj merupakan pendekatan menghiburkan setelah RasulNya kehilangan dua tunggak kekuatan.

Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril  yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al Quran, yang bermaksud;

”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS Al-Israk;1)

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW yang hanya berlangsung pada satu malam ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, namun roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih gagal meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam. Semasa ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.

Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.

Ibadat Istimewa Hamba

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS,?sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah, berbeza dengan ibadah khusus yang lain. Begitulah istimewanya ibadah solat yang merupakan mikraj dan medan komunikasi hamba dengan rabbnya.


Menguji Aqidah

Israk Mikraj juga mengandungi falsafah besar menguji diri seseorang dalam memantapkan dan mengukuhkan aqidah atau sebaliknya.??Di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah mengenal Allah iaitu perkara berkaitan aqidah sebelum kita berbicara tentang ibadah dan sebagainya. Jika persoalan aqidah masih bermasalah, bagaimana mungkin kita ingin bicarakan tentang ibadah kepada Allah yang belum kita imani sesungguh hati.

Begitulah pentingnya persoalan aqidah yang wajib didahulukan sebelum perkara-perkara lain sebagaimana fasa dakwah Rasulullah yang dimulai dengan penyebaran tauhid  di Mekah yang menekankah aspek pemurnian aqidah umat Islam, diikuti penekanan syariat di Madinah yang berkaitan kaedah-kaedah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah melalui persoalan ibadat, akhlak dan sebagainya. Bagaimana kita mahu mencintai Allah jika kita belum mengenalNya.

Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj, jika kita singkap dan amati, ada dikalangan pengikut-pengikut Rasulullah saw yang tergoncang aqidah mereka kerana tidak percayakan cerita Rasulullah saw yang telah diisrak mikrajkan ke destinasi yang mengikut hitungan akal manusia yang waras adalah mustahil untuk berlaku dalam masa satu malam.

Apabila mengetahui kisah ini, maka Abu Jahal begitu gembira kerana ini adalah peluang terbaik untuk menghentam Rasulullah saw dan menjauhkan masyarakat daripada dakwah baginda.


Meragui Perkara Ghaib

Apabila warga Mekah diceritakan kisah ini oleh Rasulullah saw, maka ramailah yang tersentak dan mula meragui, bagaimana mungkin mereka dapat mempercayakan cerita Rasulullah SAW itu. Setahu mereka, perjalanan dari Makkah ke Masjidil Aqsa sahaja mengambil masa yang begitu lama, masakan ianya boleh berlaku dalam satu malam.

Tambahan pula bukan hanya ke Masjidil Aqsa tetapi juga naik ke Sidratul Muntaha. "Owh tidak mungkin, mustahil ini boleh terjadi, Muhammad dusta!" Itulah kata-kata yang dihamburkan kepada Rasulullah SAW. Abu Jahal begitu gembira melihat ramai mula meragui dan mempertikaikan kebenaran Rasulullah SAW itu.

Namun, di sebalik suasana gawat itu, tampil seorang lelaki yang berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah. Sekiranya engkau katakan engkau telah pergi lebih jauh daripada destinasi-destinasi itu sekalipun aku akan tetap mempercayakanmu!”??Orang itu, tidak lain tidak bukan adalah Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW walau dalam apa jua keadaan. Subhanallah, begitu kentalnya iman dan kukuhnya aqidah yang dimiliki oleh sahabat agung yang mendampingi Rasulullah SAW ini.

Bagi menduga kebenaran kata-kata Rasulullah saw, maka Abu Jahal bertanyakan mengenai ciri-ciri fizikal Masjidil Aqsa dengan harapan Rasulullah akan memberikan jawapan yang salah. Namun, dengan izin Allah, Rasulullah SAW berjaya menjawab dengan tepat dan ini benar-benar menghairankan Abu Jahal. ??Tidak puas hati dengan kebenaran jawapan itu, Abu Jahal bukannya ingin mengakui kebenaran jawapan Rasulullah saw, sebaliknya menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir!  Begitulah kuatnya tentangan kaum musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW. ??Mana mungkin Rasulullah SAW menipu sedang baginda diakui seorang yang beramanah sehingga digelar Al-Amin. Walaupun hati mereka menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW, musyrikin Makkah masih enggan menerimanya kerana mereka sedar jika mereka mengakui kebenaran Rasulullah SAW, maka perniagaan dan kepentingan mereka yang berasaskan perkara haram akan terjejas.

Maka, mahu tidak mahu dakwah Rasulullah SAW harus ditentang meskipun hati kecil mereka mengakui kebenaran dakwah Rasulullah SAW tersebut.

Perumpamaan yang sama juga wujud pada masa ini, dimana ada pihak yang mengakui kebenaran Islam yang sifatnya syumul dan lengkap, namun amat berat dan sukar untuk menerima dan mengamalkannya kerana dibimbangi kepentingan-kepentingan tertentu samada dalam perniagaan atau pentadbiran akan terjejas kerana terdapat perkara-perkara yang haram.

Oleh yang demikian, sebarang usaha yang boleh membawa kesedaran kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar yakni yang sudah pasti akan terdedahnya penyalahgunaan dan penyelewengan perlu dibendung dan ditentang habis-habisan. Adalah menjadi kehendak mereka supaya masyarakat dibiarkan jahil dalam agama agar kesilapan dan kemungkaran yang mereka lakukan tidak disedari oleh masyarakat

Sehubungan itu, apabila ada pihak yang cuba kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, seperti perlaksanaan hukum hudud, pembenterasan rasuah, persoalan riba, zina dan penutupan aurat, maka ada yang mengatakan ini Islam yang melampau.  Pada anggapan mereka, Islam itu adalah mudah dan harus disesuaikan mengikut kehendak semasa.  Tidakkah semua persoalan hukum-hakam ini datangnya dari sumber Al Quran, melalui nas-nas yang muktabar dan untuk seluruh umat sehingga akhir zaman?. Betapa bencinya segolongan manusia terhadap Islam yang sebenar.

Sudahlah merasai dikekang dalam hal-hal persyariatan, dihasut pula orang lain agar sama-sama mempertikai serta memperlekehkan agama suci ini. Watak ini saling tidak tumpah seperti watak Abu Jahal dalam kisah Israk Mikraj ini yang menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir meskipun hati kecil mereka menyedari dan mengakui kebenaran Rasulullah SAW.

Mengukur Logik Akal

Cuba kita bertanya pada diri sendiri andainya kita berada dalam majlis penerangan oleh Rasulullah SAW berkaitan peristiwa Israk Mikraj ini, adakah kita menyertai Abu Bakar RA yang membenarkan Rasulullah SAW atau kita berada di belakang Abu Jahal yang mendustakan Rasulullah SAW?

Saya sendiri bimbang, dengan situasi diri yang lemah ini, kadangkala amat sukar untuk menjadi sehebat Abu Bakar RA. Tetapi itulah cabaran yang perlu disahut.  Dalam situasi sebegini, jika logik akal menjadi pertimbangan, maka sudah pasti kita akan mendustakan Rasulullah SAW.

Ambillah semangat Abu Bakar RA sebagai contoh dan teladan agar kita sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam serta tidak sekali-kali mempertikaikan apatah lagi memperlekehkannya.
Seterusnya, buangkanlah watak Abu Jahal dari kehidupan kita kerana watak itu tidak seharusnya dijadikan ikutan, malah akan membawa kita jauh daripada agama Islam yang sebenar.

Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu kita. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan melalui jiwa yang suci dan ikhlas.

Terlalu banyak jika mahu disingkap kesangsian dan keraguan umat Islam terhadap agama kita sendiri. Secara kesimpulannya, jika masih terdapat di dalam hati sanubari kita perasaan ragu terhadap Islam samada terhadap hukum-hakam dan syariatnya walau sebesar zarah sekalipun, maka ada suatu yang tidak kena dengan pegangan aqidah kita. Kadang-kadang tanpa disedari, kita memberi komen yang memperlekehkan hukum-hakam Allah dan ini menjejaskan pegangan atau aqidah kita.

Pada bulan Rejab yang penuh berkah ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk memperkasakan pegangan aqidah dengan meningkatkan ilmu dan mengamalkan setiap suruhan Allah SWT tanpa sebarang keraguan. ??Hanya dengan petunjuk dan nurNya yang dapat membolehkan kita membezakan antara haq dan batil, dan bukannya melalui ilmu atau akal yang amat terbatas.  Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta dan sayang kita hasil aqidah dan iman yang mantap kepada Allah.

Semoga Israk Mikraj yang bakal kita sambut dapat memberi satu kesan yang  positif ke arah menjadikan diri kita Mukmin dan Mukminah yang taatkan Allah dan RasulNya insyaAllah.

-----------------------------
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

-Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

-Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

-Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

-Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

-Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

-Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

-Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

-Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

-Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

-Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab.
Allah S.W.T berfirman: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Artikel ini diambil dari

http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=354:tazkirah-iktibar-disebalik-peristiwa-israk-mikraj&catid=1:latest

Coretan Pn Nabila : Semoga artikel ini menjadikan kita lebih teguh dan sedar diri sebagai hamba Allah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna dan terbaik.

Rabu, 23 Mei 2012

Bulan Rejab


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (
صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala


Ahad, 13 November 2011

Assalamualaikum..

Insyaallah ahad nanti 6/11/2011 yang bersamaan dengan 10 Zulhijjah  umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut AidilAdha atau dalam masyarakat di Malaysia memanggilnya sebagai hari raya haj/qurban memandangkan dua ibadah utama yang dilakukan berkaitan dengan 2 perististiwa /perkara yang dikaitkan dengan hari tersebut   iaitu Ibadah Haji dan ibadah Qurban . Selama 3 hari berturut2 kita akan mendengar takbir hari raya Aidiladha ni iaitu pada 10,12 dan 12 Zulhijjah.

Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang ke 5. Ianya wajib dilaksanakan oleh orang Islam yang cukup kiraan/syarat dari segi harta dan kudratnya. Ianya adalah ibadah wajib dilakukan selepas solat, puasa dan  zakat.

Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. 

Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam


Satu perkara yang harap dapat dibetulkan pemikiran dan amalan sebahagian daripada orang Islam iaitu melebihkan solat sunat dari solat wajib.

Untuk makluman dan ingatan kepada semua , solat subuh adalah Wajib dan digalakkan dilakukan secara berjemaah untuk kaum lelaki manakala kaum wanita digalakkan solat subuh awal waktu manakala solat sunat Hari Raya Aidiladha adalah sunat .


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Saya sekadar ingin mengingatkan antara sesama umat Islam agar mengutamakan solat subuh berjemaah  berbanding dengan solat sunat Aidiladha . Buatlah perubahan bermula dalam diri sendiri  dan dalam organisasi/institusi keluarga kita... Ajaklah beramai2 untuk sama-sama berjemaah di masjid/surau bagi solat subuh Sila ambil kesempatan yang banyak keberkatan ini dimulai dengan solat sunat sebelum Subuh atau disebut juga solat sunat Fajar  atas kelebihannya dimana  disebutkan oleh riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat sunat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.


Selepas solat subuh ... .sarapan/jamu2 apa yg patut untuk dapatkan tenaga dan kekuatan ..bersiaplah dengan pakaian yang cantik dan bersih barulah sekali lagi beramai-ramai ke masjid/surau untuk solat sunat aidiladha pula..

Khamis, 10 November 2011

Senyumlah … Semoga HatiMu Akan Berbunga Riang dan Ceria Sepanjang Hari

Senyum adalah riak wajah yang biasanya ditunjukkan oleh seseorang ketika gembira ..atau sedang berada dalam bunga-bunga bahagia.

Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Mungkin ada yang bertanya bagaiman pula senyuman itu boleh menjadi sedekah? Cuba fikirkan sejenak bukankah dengan senyuman itu dapat orang lain untuk turut tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang maksudnya “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”
(HR Ibnu Abi Dunya)

Dalam satu lagi hadis lain pernah diriwayatkan , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Dalam Riwayat Tirmidzi pula ada menyebut  “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.”.

Jadi amal-amalkan selalu senyum… walaupun hati berduka ..ada bebanan/tekanan tertentu di dada.. Tarik nafas… dan senyum seketika..biarlah orang lain pelik melihat perlakuan kita senyum sorang diri.. yang penting tekanan kita hilang seketika… Ingatkan diri pada saat itu kenangan yang manis .. bertemu dengan si buah hati tersayang… melihat ibubapa gembira kejayaan/kepulangan kita ke kampong atau apa-apa sahaja..yang boleh jadi pemangkinnya…
Berdasarkan kajian sains ,semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.

Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.

Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.

Banyak lagi penemuan-penemuan sains berkaitan dengan senyum antaranya ialah:
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
 Selain daripada itu, samaada secara sedar atau tidak
  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cobalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  4. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  5. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencobanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  6. Senyum mengeluarkan endorphins (mengurangkan rasa sakit secara alami) dan serotonin. Senyum memang obat yang alami/semulajadi.
  7. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
  8. Senyum membuat anda tampak sukses/berjaya. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rekan-rekan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.
  9. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Tentu Sulitkan? Ini Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan singal ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.
JADI SENYUMLAH.. SEMOGA IANYA MEMBAWA KEBAHGIAAN KEPADA ANDA DAN MEREKA YANG BERADA DISEKELILING ANDA

Salah satu amalan yang mungkin anda boleh praktikkan supaya pada hari tersebut ceria… anda mulakan pergerakan senyum dahulu sebelum memberi salam… contohnya pada waktu pagi sebelum anda masuk ke pejabat..anda tidak pasti ada rakan anda dalam pejabat yang telah tiba lebih awal..tapi anda tetap..senyum dahulu dan berikan salam… cuba amalkan..lama kelamaan ia akan jadi satu kebiasaan. ..Elakkan dari yang biasa kita buat…bagi salam dulu baru tersenyum.

Minggu lepas, ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur pada 3hb November 2011, singgah sebentar di stesyen minyak SHELL Alor Gajah.. Seronok dan rasa gembira sebab tiba-tiba juruwang …tersenyum sambil memberi salam "Assalamualaikum" mengejutkan saya yang sedang mencari-cari barang untuk dibeli…bagusnya...tahniah buat pengurus disitu mempunyai pekerja seperti itu...

Jadi jom ..Mari sebarkan senyuman...............


(sebahagian dari nota diatas diambil dari internet)

opss..sebelum berhenti menulis sy teringat satu lagu penuh nostalgia masa saya zaman kanak2 dulu..lagu senyum-senyumlah nyanyian anuar dan ellina


Em..harap2 betul kot lirik kat bawah nih..lagu pujaan hati masa umur bawah 12 tahun

Lirik  : Senyum Senyumlah  (Anuar & Ellina)

P          :           Dari Mana Hendak Kemana
                        Boleh saya tumpang bertanya
                        Senyumanmu bang..manisku pandang
                        Apa petua apa rahsia

L          :           Senyuman manis wajah berseri
                        Bukan petua bukan rahsia
                        Senyum diberi ikhlas dihati
                        Kawan pun ramai, musuh tiada

P & L  :           Senyumlah hai senyum jangan masam muka
                        Nanti orang tak suka
                        Berikan senyuman kepada semua wajah manis
                        Orang suka

P          :           Senyummu bang manis sekali
                        Siapa memandang akan tertawan
                        Tapi mengapa sejaklah tadi
                        Sukarnya benar hendak ketawa

L          :           Senyumku dik seikhlas hati
                        Janganlah kau merasa sangsi
                        Tapiku takut..hendak ketawa
                        Kerana Gigi..hai dah tiada…

Ulang P & L....

Senyumlah..senyum yang manis...(2x)

Senyum Sokmo - Pn Nabila

Isnin, 22 Ogos 2011

Rebut Peluang 10 malam terakhir bulan Ramadhan untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....hari ini genap 22 hari umat Islam di Malaysia dan beberapa negara lain menunaikan ibadah puasa. Jika diikutkan dari kiraan, malam ini terletak antara 10 malam yang terakhir . Seharusnya pada malam-malam sebegini sebelum tibanya bulan Syawal kita gunakan untuk mencari malam yang mempunyai kelebihan lebih baik dari 1000 bulan.

Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini antaranya bersolat sunat , membaca Al-Quran, berdoa , bertahajud dan banyakkan berzikir mengingati kebesaran Allah s.w.t . Ramadhan bulan menginsafi diri...ah...betapa kerdilnya diri ini yang sentiasa membuat dosa..tapi sesungguhnya Kasih Sayang Allah terlalu besar nikmatnya.  Keredhaan Allah , kekuatan dalam mengharungi suka duka kehidupan ,ketenangan hakiki  serta dipermudahkan segala urusan itulah yang diinginkan..Ya...beroleh kebahgiaan di dunia dan di akhirat...

Dunia ini hanya sementara ... banyak bukti yang Allah telah tunjukkan dan beri pedoman pada kita dan tentunya melalui Al-Quran dan Hadis tentang pahala serta dosa serta balasan-balasan yang menimpa umat manusia yang lupa, lalai dan leka daripada tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi untuk beribadat dan mengabdikan diri mencari keredhaannya. Ramai yang masih lalai leka...lebih asyik pada 10 malam yang terakhir ini untuk  " bershopping " sakan baju2 dan kuih raya...terutamanya pada waktu malamnya kerana "Seronok"

Bagi Puan CT , tidak rasa setenang dan sekuat ini di bulan-bulan lain ....boleh bangun jam 4 pagi tanpa deringan jam loceng untuk masak bersahur dan alhamdulillah biarpun masih bertatih untuk Qatamkan Tafsir Al-Quran , Allah beri kekuatan dan ruang masa untuk cuba ambil peluang dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua...dan memberi kebahgiaan dunia dan akhirat dan masukkan kita ke dalam syurga firdaus dan dijauhi dari Api Neraka yang amat AZab...

Wassalam

Pn CtNorNabila

Ahad, 7 Ogos 2011

Elak Puasa sia-sia tanpa Keberkatan

Assalamualaikum...

Hari ini masuk hari ke 8, umat Islam di Malaysia dan beberapa negara lain berpuasa . Semoga puasa pada tahun ini lebih berkat, lebih nikmat kelazatan Iman dan Taqwa yang dirasai. Puasa yang merupakan rukun Islam ke 3 bukan sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar(subuh) hingga terbenam matahari ( maghrib). Puasa juga bererti menahan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan kemungkaran dan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Puasa yang sia-sia ialah puasa yang semata-mata menahan diri dari lapar dan dahaga... puasa yang tidak dapat mengajak diri, hati dan tingkah laku dari meninggalkan perkara-perkara yang selama ini dilarang Allah untuk dilakukan samaada berkaitan dengan hubungan dengan Allah atau hubungan dengan manusia. Apabila puasa sia-sia ini berlaku, kita mungkin tidak merasai apa-apa perbezaan yang nyata tapi sekadar lapar dan dahaga sebab tidak makan dan minum... Sebaliknya puasa yang berkat kita akan sentiasa merasa dekat dengan Allah dan takut akan seksaannya. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk tinggalkan perkara-perkara mazmumah ( sifat yang menghilangkan kebahgiaan dalam hati) . Jika sifat mazmumah masih ada dalam diri seperti pemarah, hasad dengki, ego, pendendam, bakhil, tidak sabar , riak dan mencintai dunia .

Sesungguhnya memang banyak kelebihan yang Allah s.w.t berikan dalam bulan ramadhan ini. Banyak hadis-hadis nabi yang ada menyebut tentang kelebihan bulan ramadhan antaranya:-

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

Semalam , saya berkesempatan melihat rancangan "Iktibar dari Tanah Suci" 106 Astro, Ustad dalam rancangan tersebut ada berkata ..untuk mendapat pahala ni sebenarnya mudah...kita  hanya perlu pandangan perkara-perkara berikut . Pandanglah dengan mata hati :-

1. Memandang Al-Quran - walaupun hanya memandang dan tidak menyentuh atau membacanya Allah berikan pahala

2. Memandang Kaabah - gambar/lukisan 
3. Memandang Kedua Ibubapa
4. Memandang Air Zam-zam
5. Memandang Ciptaan Allah...


Lantaran itu, sama-samalah kita rebut peluang ini sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan tingkatkan amal serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t semoga kita mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan ahli syurga.
Yang penting solat 5 hari sehari semalam jangan sekali-kali ditinggalkan dan dilengah-lengahkan bila masuk waktunya... jangan kita puasa tapi tak solat.... akan jadi puasa yang sia-sialah jawabnya. Dikesempatan ini, jika ada masa terluang ...yang tidak mencuri waktu bekerja ...buatlah solat sunat /berzikir/membaca Al-Quran/mendengar ceramah@perkara2 yang baik2 yang mengingatkan kita tentang KEESAAN Allah s.w.t .

Wassalam.......

Ikhlas,
Pn Sha

Khamis, 28 Julai 2011

Majlis Bacaan Yaasin & Ceramah Ihya Ramadhan di Unikop Melaka 29 Julai 2011 Bahagian 2

Alhamdulillah...

Sebagaimana yang direncanakan.. pada jam 11 tengah hari pagi tadi (29/7) telah diadakan satu majlis bacaan yaasin, tahlil dan ceramah Ihya Ramadhan yang diketuai oleh Ustad Idris Bin Abdullah ( Tenaga Pengajar Kolej Unikop Cawangan Melaka) bersama-sama dengan Pengurus Kolej Unikop Melaka, kakitangan dan pelajar-pelajar.

Berikut adalah intipati ceramah yang telah disampaikan diharap menjadi pengajaran dan amalan kita semua untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba ini

1. Bulan ramadhan sebagai bulan penuh Keberkatan dan Rahmat Allah s.w.t sepatutnya digunakan sebagai bulan untuk merebut peluang menjadi Umat Islam yang lebih bertakwa.

2. Untuk menjadi manusia bertakwa kita perlu memperbetulkan niat untuk berpuasa. Kita mulakan dengan niat untuk berpuasa harian dan bulanan

3. Kita juga perlu Menjaga 7 anggota . Yang dimaksudkan dengan 7 anggota termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan kemaluan

a) Menjaga Mata.

Pandanganlah paling banyak mengalih manusia kepada maksiat dari itu haruslah berjaga-jaga dalam pandangan mata kita kerana mata akan dipertanggungjawabkan ke atas manusia yang tidak menjaganya dari maksiat. Elakkanlah dari mengintai keaiban orang lain. Tutuplah aib orang jika ianya mendatangkan kemudaratan dan jauhkan dari penyelidikan. Ingatlah pandangan itu adalah pandangan anak iblis. Meninggalkan pandangan tidak elok dengan penuh keimanan kepada Allah nescaya Allah akan campakkan kelazatan iman dalam diri kita kepada Allah SWT.

b) Menjaga Telinga.

Pendengaran kita ada kait mengait dengan mata dan mulut maka kalau sesuatu yang tidak boleh dipandang mata, maka mulut dan telinga (pendengaran) turut sama tidak boleh terlibat. Tiada anggota yang boleh mendatangkan kecederaan yang sangat parah kepada jasad selain mata dan mulut ialah pendengaran. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (di dalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

c) Menjaga lidah.

Lidah adalah anggota yang paling berkesan ke atas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Hendaklah kita bersedia untuk bercakap benar dan carilah cara yang terbaik untuk tidak menyakiti orang lain dengan lidah baik secara terang atau secara sembunyi dan berusahalah untuk meninggalkan bercakap lebih-lebihan. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban ke dalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Pesan Nabi s.a.w lagi, "Barangsiapa yang boleh menjamin bagiku akan lidah dan kemaluannya maka aku akan jamin syurga baginya."

d) Menjaga perut.

Memelihara daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah." Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas'ud berkata, Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

e) Menjaga Kemaluan.

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

f) Menjaga Dua Tangan.

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain. Apabila kamu mempunyai kuasa janganlah gunakan ianya untuk menyakiti orang bawahan kamu atau kepentingan kamu sendiri, kerana kuasa yang ada pada tangan kamu itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

g) Menjaga Dua Kaki.

Memelihara kedua kaki dari berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati di atas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

4. Pelihara dan jaga hati . Banyakkan berzikir

5. Lakukan perubahan terutama dikalangan ahli keluarga terlebih dahulu. Digalakkan berbuka, bersahur, solat jemaah bersama-sama seisi keluarga.

6. Usahakan pada malam 10 yang terakhir menghadirkan diri ke Masjid dan berusaha mendapatkan malam lailatulqadar..jangan pulak sibuk buat kuih raya dan fikirkan tentang hendak sambut raya sahaja.

7. Memperbanyakkan membaca Al-Quran

8. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

9. Melakukan solat sunat tarawih

10. Banyakkan bersedekah

Diakhir majlis tadi di buat sedikit jamuan makan nasi ayam dan buah-buahan. Semua yang hadir turut diberikan sedikit buah tangan cenderahati berupa surah yaasin dan coklat.

Semoga ramadhan Tahun 2011 ini menjadi ramadhan terbaik dan berkualiti yang dapat tingkatkan iman, amal dan ketakwaan kita semua....amin

Diumumkan juga..Isnin ini (1/8) Kolej Unikop Cawangan Melaka akan bercuti umum. Harap maklum

Wassalam..

Pn CtNorNabila

Khamis, 7 Julai 2011

Program Muhasabah Diri Hari Jumaat - 8/7/2011

Alhamdulillah...

Pagi tadi (8/7/2011) telah sempurna diadakan sekali lagi program muhasabah diri hari Jumaat yang disampaikan oleh Ustad Haji Idris bin Abdullah , salah seorang kakitangan Kolej Unikop Cawangan Melaka di surau Musolla Taufiq Al Hidayah. Tajuk yang telah disampaikan ialah Kelebihan/Fadhilat Bulan Syaaban...

So untuk perkongsian bersama....apa yang dapat diambil catitannya dari program pagi tadi adalah seperti berikut...

1. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

3. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

4. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

5. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

6. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

Keistimewaan bulan syaaban ini adalah bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban yang sewajarnya kita amalkan adalah seperti berikut :

1. Memperbanyak puasa sunat.

Dikatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa




Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.

Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:

Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Isnin, 20 Jun 2011

Sedekah Pintu Barakah

Assalamualaikum semua....

Semoga dirahmati Allah s.w.t sentiasa

Jika ditanya pada kebanyakkan umat Islam tentang Rukun Islam.. pasti ramai yang tahu menjawabnya..

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Membezakan antara seorang umat Islam dengan umat yang lain adalah iman dan amalannya..

Untuk kali ni saya nak sentuh sikit tentang Rukun Islam yang ke 4 iaitu mengeluarkan Zakat...

Ramai yang akan teringat bab zakat ni masa nak raya ajer... Zakat fitrah...dan ramai juga yang mungkin terlupa/tak tahu atau tak pasti bahawa zakat harta (KWSP, emas berlian ,zakat pendapatan, perniagaan dan lain-lain yang cukup haulnya/perkiraannya) adalah sesuatu yang WAJIB dilakukan...

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
“ (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. ”

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
“ Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. ”

Zakat adalah sedekah iaitu sedekah yang WAJIB .

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda " Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya . Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya. (Riwayat Muslim)

Sebagai manusia seringkali terlupa atau tidak sedar bahawa kitadan seluruh kepunyaan kita adalah milik Allah s.w.t . Oleh yang demikian, apabila Allah s.w.t mengekehendaki kita agar berzakat pasti ada manfaat disebaliknya... Semuanya menjadi rahsia Allah dan hanya akan dapat kita rasai/kesan natijahnya apabila amalan bersedekah dan berzakat itu sudah menjadi kelaziman pada diri.

Berikut dapatlah di tuliskan beberapa kelebihan berzakat ini :-

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita.

Isnin, 14 Februari 2011

Rasullullah... Idola Sepanjang Zaman

Insyaallah... esok (15/2/2011) bersamaan 12 Rabiulawal ...warga Malaysia dan Dunia akan menyambut hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman... yang sememangnya menjadi idola...ikutan dan tauladan yang baik kepada kita semua sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Ahzab ayat 21. yang berbunyi

" Sesungguhnya pada rasul Allah (Muhammad) ada ikutan yang baik iaitu bagi orang-orng yang mengharapkan( pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak mengingati Allah"

Nabi s.a.w menyampaikan petunjuk Allah s.w.t di dalam Al-Quran kepada umat manusia, bukan semata-mata dengan perkataan sahaja bahkan dengan memperlihatkan tauladan yang baik sebagai ikutan bagi merek baik dari segi perbuatan, budi pekerti yang tinggi dan amalan-amalan yang dilakukan....

Pagi tadi sempat mendengar soal jawab ustaz di TV 9... bermacam cara untuk kita mengingati idola ini (Rasullullah ) dan berikut apa yang boleh kita sama-sama amalkan..

1. Berselawat ke atan Nabi Muhammad s.a.w ( Biasakan hati dan lidah menyebut selewat...biasakan apabila menderngar perkataan rasullullah...kita sambung dengan s.a.w)

2. Miliki dan dapatkan dan pelajari sirah rasullullah.... hadis 40

3. Amalkan selalu sunnah rasullullah dalam perbuatan kita... contohnya Rasullullah menggalakkan bersolat jemaah .

JOM Muhasabah diri dan banyakkan berselawat ke atas kekasih Allah s.w.t ini...Ikuti dan contohi perbuatan. amalan, budi pekerti nya... Rasullullah Idola sepanjang zaman..

Ahad, 30 Januari 2011

SYUKUR... SEMAKIN RAMAI YANG MENDAFTAR MASUK... JANGAN LEPASKAN PELUANG

Alhamdulillah...

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada pelajar baru yang mendaftar masuk atau membuat permohonan kemasukan untuk sesi Januari 2011... Sambutan memang menggalakkan...Saya ada sebab untuk gembira...semakin ramai bererti semakin meriah keadaan di Kolej Unikop Cawangan Melaka ini..dan peluang perancangan pelbagai aktivit untuk pelajar dapat diadakan...ialah..semangat lebih sikit...

Alhamdulillah...memang pada setiap pagi hari jumaat diadakan tazkirah khusus untuk pelajar Islam...dan apa yang menarik ada pelajar bukan Islam yang turut mendengar tazkirah...

Minggu lepas Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Unikop Cawangan Melaka telah menyampaikan sendiri tazkirah bertajuk "Kepentingan Bersolat".. Beliau juga telah menyampaikan maklumat tentang hikmah solat 5 waktu... berdasarkan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan rahsia disebalik setiap waktu solat... bermula dari waktu subuh (aura/spektrum biru muda) ke waktu Isyak (aura/spektrum warna indigo)...

Puan Pengurus juga tidak lupa menyelitkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Sheila Majid " Hitam Putih Kehidupan" Sebagai caranya... Berdakwah/ Menyampaikan Ilmu Melalui Pendekatan Lagu.... memang beliau suka menyanyi...dan setiap kali apabila Puan Pengurus yang memberikan tazkirah pasti ada lagu-lagu tertentu yang dinyanyikan sebagai ingatan...katanya "Lagu biasanya lebih mudah diingati disebabkan melodi dan lirik...lebih dekat dengan hati manusia ... so sekurang-kurangnya apabila mendengar lagu..akan terus teringat tazkirah yang disampaikan seterusnya akan muhasabah diri..dan tingkatkan amalan...Insyaallah...

Disebabkan masih menerima permohonan kemasukan juga...pendaftaran masih dibuka dan dilanjutkan sehingga 8/2/2011... So jangan berlengah lagi...hubungi saya segera atau daftar online...

Wassalam.....

-------------------------------------------------------------------------------

Berikut antara Rahsia Solat Di Awal Waktu yang telah disampaikan oleh Puan Pengurus.Kolej Unikop Cawangan Melaka.. katanya artikel di ambi dari internet

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

• Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

• Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

• Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

• Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

• Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Lirik lagu Hitam Putih Kehidupan Sheila Majid


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan