Memaparkan catatan dengan label Pengisian Rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengisian Rohani. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Mei 2019

Berkhalwat Bawa Brown Kepada Islam

Assalamualaikum...

Dulu...setiap kali hari khamis...saya pasti tidak sabar untuk mendapatkan dan membaca akhbar utusan Malaysia ....dan mata saya pasti akan tercari-cari ruangan Ikhwan Muslimin. Di ruangan ini diceritakan kisah-kisah mereka yang telah mendapat hidayah Allah dan memeluk agama Islam... Antara kisah yang saya ingati dan membuatkan airmata ini berguguran adalah dibawah tajuk seperti di atas. Artikel tersebut ditulis bertarikh 16/6/2011 oleh Siti Ainiza Kamsari . Sekalung penghargaan terima kasih buat penerbit dan penulis ruangan tersebut yang berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amat baik sekali..

Saya ringkaskan dan ambil sedikit petikan akhbar

Dr. Laurence Brown merupakan seorang doktor yang tidak beragama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. (Atheis). Pada masa kelahiran anak perempuannya yang ke 2 yang bernama Hannah, dia telah diuji dimana Hannah dilahirkan dengan keadaan pembuluh darah ke jantung yang sempit menyebabkan peredaran dan aliran darah tidak lancar.

Sebagai usaha menyelamatkan Hannah, doktor terpaksa melakukan pembedahan di dada dan sebagai seorang doktor, Dr Brown amat memahami risiko dan peluang pembedahan yang sangat tipis.

Sebagai kelazimannya, doktor pakar akan menerangkan prosedur dan implikasi kepada keluarga pesakit sebelum pembedahan dijalankan dan si pakar juga tidak lupa meminta Dr Brown untuk banyak berdoa kepada Tuhan. Sebagai seorang yang tidak mempercayai adanya Tuhan, tentu sahaja saranan Dr pakar tersebut merupakan satu pukulan yang hebat kepada Dr. Brown.

Saat kebingungan sedih dan takut dia tetap menuju ke ruangan yang dikhaskan untuk berdoa. dan dalam keadaan acuh tak acuh dan setengah hati, Dr. Brown berkata " Jika Tuhan itu memang ada, benar-benar wujud , dipinta agar anaknya diselamatkan. Dr Brown juga berkata , sebagai balasannya jika anaknya selamat, dia berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hatiNya.

Setelah 10-15 minit berbicara dengan Tuhan, dia dipanggil oleh Dr pakar, dan dalam keadaan yang berdebar, tiba-tiba dia amat terkejut apabila Dr. pakar tersebut memaklumkan bahawa anaknya seolah-olah seorang bayi ajaib... tiada sebarang masalah malah dua hari selepas itu anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah .
Sejak hari itu Dr Brown mula mencari tuhan...dari satu agama ke satu agama dan akhirnya mengenal AlQuran dan Islam dan memeluk agama Islam dan menjadi muslim sejak 10 tahun yang lalu. Semua soalan tentang permasalahan manusia dan dunia ,ternyata AlQuran dapat menjawab persoalan yang dicari-cari jawapannya selama ini.

Semoga kisahnya ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua agar sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t dan bersyukur dengan segala Rahmat dan Kasih sayangNya serta menjadi umat manusia yang beriman dan bertaqwa....

wassalam
Pn Sha

Khamis, 23 Mei 2019

Kisah MOTIVASI - Jika Terlalu Sibuk

Cerita ini saya ambil sumbernya dari laman internet yang saya lupa alamatnya..maaf.... Semoga sama-sama mendapat manfaat dan peringatan.

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..” Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”



Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.

Jumaat, 17 Mei 2019

Kisah MOTIVASI Hijrah kepada Islam - Amir Junaid Muhadith @ Loon

Assalamualaikum..

Subhanallah.... Besarnya hikmah Hidayah yang diterima dari Allah s.w.t yang tidak terduga dek akal fikiran manusia..betapa seorang manusia yang terkenal dengan imej budak jahat melalui album serta penampilannya iaitu Chauncey Lamont Hawkins @ Loon yang merupakan seorang rappers yang bernaung dibawah label bad boy Records milik taikun hiburan, P.Diddy yang terkenal dengan lagu I Need A Girl (keluaran tahun 2001) berubah dan meninggalkan sama sekali bidang muzik serta imej jahat setelah memeluk agam Islam dengan  nama Islamnya Amir Junaid Muhadith..dan alhamdulillah beliau telah berjaya menunaikan umrah.. Beliau berhijrah menjadi seorang Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..

Kini beliau menumpukan tugas sepenuh masa sebagai pendakwah dengan menggunakan kisah serta penghijrahan nya sebagai pedoman untuk dikongsi bersama.


Apabila terpandang sahaja imej dan ceritanya yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 27/11/2011 yang lalu tidak semena-mena air mata saya tertumpah....rasa gembira melihat keajaiban yang Allah s.w.t turunkan..


Sedar-sedarlah wahai mereka-mereka yang memang dilahirkan Islam... muhasabah diri...Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa sentiasa... Insyaallah kebahagiaan dan kejayaan hidup akan sentiasa anda rasai...

Sesungguhnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah terlalu luas untuk kita semua dan tiada tolok bandingannya...Cara kita bersyukur dan menghargai akan segala Rahmat dan Nikmat Allah s.w.t adalah dengan mencari keredhaannya ..melaksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ..jadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup... perhatikan setiap amal perbuatan/tindakan kita., pakaian....dll.....

"Alhamdulillah ...Terima Kasih Ya Allah atas segala Rahmatmu..dan semoga kejayaan dan kebahgiaan dunia dan akhirat diperolehi olehku dan pembaca blog ini ...amin"

Wassalam