Memaparkan catatan dengan label BERITA Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA Umum. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2016

INFO MENARIK : Anak Didik UiTM dinobatkan Juara Pertandingan Memasak Peringkat Dunia Di Kanada (2016)





Sumber : Siakap Keli

Siapa sangka, seorang demi seorang anak Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, terbaru, kisah yang cukup mengharukan apabila seorang anak muda dari Sabah, Chef Safura Tawil telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Mana tidaknya, beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, Kanada pada 3 November lalu.

Apa yang mengharukan, pada pertandingan akhir, beliau telah menyajikan masakan tradisi Malaysia, iaitu pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang sekaligus menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.



INFO MENARIK : Tempat Ke 3 Dalam Debat Ekonomi Peringkat Dunia, UiTM Cipta Nama Sebaris Universiti Harvard Dan Paris Bar School


Sumber : FB Siakap Keli

Empat pelajar undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili rantau ini pada pusingan akhir dunia baru-baru ini Pertandingan Debat pelaburan langsung asing (FDI) Timbangtara Antarabangsa telah berjaya mangharumkan nama Malaysia.

Mana tidaknya dalam acara yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, menyaksikan pasukan daripada UiTM itu telah meraih tempat ketiga, di belakang Universiti Harvard untuk tempat kedua dan Paris Bar School untuk tempat pertama.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi dan berjaya, mereka ialah Amiza Murad(ketua pasukan), Fathan Alfian, Izzudin Zahidi dan Iffah Yahya.

Kegembiraan ini telah dikongsikan oleh seorang pensyarah undang-undang UiTM Encik Izuan Izzaidi Azmi di laman Facebooknya.
Menjadi satu-satunya pasukan dari asia yang layak ke semi final daripada beratus pasukan seluruh dunia yang bertanding (dari regional round), mara ke peringkat dunia bersama lebih 60 pasukan dari pelbagai university hebat termasuk Kings Kolej & New York University.

Berada pada kedudukan Top 4, mengalahkan Brazil tetapi kalah kepada Paris Bar School yang kemudiannya mengalahkan Harvard University seterusnya meletakkan Malaysia di tangga ke 3 dunia bagi saya adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan buat negara walaupun kita tidak bergelar juara...



{ Keputusan Rasmi }
FDI Moot Oral Finals 2016 
(world round) Buenos Aires, Argentina

1) Paris Bar School, France

2) Harvard Law School, Harvard University USA
3) Faculty of Law, UiTM Malaysia

Terima kasih semua atas doa yg tidak putus-putus buat pasukan UiTM


Tahniah kepada keempat-empat mereka ini dan juga pensyarah yang terlibat. 









Khamis, 10 November 2016

INFO MENARIK : PELUANG LEPASAN SPM ALIRAN SAINS DENGAN 3 KREDIT UNTUK DITERAPKAN KE DIPLOMA UiTM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Zaman persekolahan ada kalanya merupakan zaman "enjoy" bagi sesetengah golongan pelajar ..sebabnya apa ye..tanyalah diri sendiri tapi mungkin (pada pendapat Puan Sha) disebabkan keputusan Lulus /Gagal setiap tahun dari Tingkatan 1- 5 , pelajar tetap dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga peperiksaan SPM.

Bila dah dapat result SPM biasanya baru kelam kabut skit... terfikir nak sambung kat mana ..nak kerja atau sebagainya. Sekiranya anda pelajar aliran Sains dan keputusan SPM kurang baik ..tak dapat 5 kredit untuk melayakkan anda terus melanjutkan pelajaran di UiTM atau Diploma UiTM ...usah risau dan gusar.

Anda masih berpeluang untuk bergelar sebagai mahasiswa/mahasiswi UiTM di UiTM dengan walaupun mempunyai 3 kredit SPM. Anda ambil dahulu Pra Diploma Sains.

Syarat Kelayakan Menyambung ke Pra Diploma Sains seperti berikut :

Mendapat mana-mana 3 Kepujian termasuk Kepujian dalam mata pelajaran:
  • Matematik / Matematik Tambahan
DAN 
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah
SERTA 
Lulus SATU (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
  • Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan
*Syarat Am Universiti 
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Semasa Pra Diploma Sains (1 semester - 6 bulan ) pengajian, anda akan diberi pilihan samaada ingin mengambil Pra Diploma Sains Fizik atau Biologi.

Antara matapelajaran yang akan anda belajar semasa Pra Diploma Sains ialah: 
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik 081 - (Silibus Matematik Moden  SPM + sedikit modul Matematik Tambahan SPM)
c) Matematik 084 - Silibus modul Matematik Tambahan SPM + Maths U asas
d) Fizik 
e) Kimia

Pelajar yang mendapat keputusan akhir Pra Diploma Sains CGPA 3.5 ke atas, Layak dipertimbangkan untuk terus diterapkan ke Diploma UiTM di UiTM. Best kan ... Jika CGPA anda antara 2.00 - 3.49, anda masih boleh meneruskan pengajian diperingkat Diploma UiTM tapi di Kolej Bersekutu.

Susah ke nak dapat CGPA 3.5 nih ? Tak susah sebenarnya. Sistem pembelajaran di Kolej/ IPT berlainan dari sekolah . Pensyarah yang komited dan mahir dalam matapelajaran yang diajar akan menyebabkan anda "Senang Faham" ..PERCAYALAH akan wujud perasaan  selepas belajar diperingkat Pra DiplomaSains ini ingin mengambil semula kertas Fizik/Kimia/Biologi/Matematik Tambahan SPM... 

Berikut adalah antara senarai Program Diploma UiTM yang anda boleh ambil jika melepasi Pra Diploma Sains ini . Untuk senarai penuh sila layari http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016 

1)   AS - Fakulti Sains Gunaan  7
AS113 DIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER
Info >
AS114 DIPLOMA MIKROBIOLOGI
Info >
AS115DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN
Info >
AS116 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
Info >
AS117 DIPLOMA INDUSTRI PERKAYUAN
Info >
AS118 DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL
Info >
AS120 DIPLOMA SAINS
Info >

2)   CS - Fakulti Sains Komputer dan Matematik  4
CS110 DIPLOMA SAINS KOMPUTER
Info >
CS111 DIPLOMA STATISTIK
Info >
CS112 DIPLOMA SAINS AKTUARI
Info >
CS143 DIPLOMA SAINS MATEMATIK

3)   PH - Fakulti Farmasi  1
PH110 DIPLOMA FARMASI
Info >
4)   HS - Fakulti Sains Kesihatan  6
HS110 DIPLOMA KEJURURAWATAN
Info >
HS111 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Info >
HS112 DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN
Info >
HS113 DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN
Info >
HS114 DIPLOMA FISIOTERAPI
Info >
HS115 DIPLOMA PEMULIHAN CARA KERJA

Semoga info ini memberi manfaat untuk anda/ anak anda lepasan SPM.

Berminat memohon ? SMS/Wassup saya Puan Sha 010-5021548 atau mudah  klik Daftar Online Intake November 2016

Salam Kasih Sayang .
" Sharing is caring “





Jumaat, 28 Mac 2014

Tawaran Istimewa Buat IPT yang memerlukan Perunding Akademik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang perunding pendidikan bagi mempromosikan IPT anda berkaitan dengan program2 yang anda tawarkan, saya bersedia membantu.

Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa syarat yang saya tetapkan dan atas persetujuan bersama. Hanya IPT yang berdaftar dengan MQA dan  badan kerajaan yang sah serta yang benar-benar jujur dalam memartabatkan pendidikan@ilmu pengetahun samaada dalam bidang akademik atau Sijil Kemahiran Malaysia sahaja yang Layak diterima untuk bekerjasama dengan saya.

Sila hubungi saya seperti maklumat berikut:

               Puan Sha : 018-3677856
               Email : puansha@yahoo.com
     
Tawaran ini saya buka bagi membantu bakal calon pelajar@ibubapa yang ingin memperolehi maklumat yang tepat dan betul serta tidak tertipu dengan mana-mana sindiket tertentu yang memanipulasikan data peribadi pelajar.

Sekadar membantu sesama manusia untuk mencari redha Allah..

Sharing is Caring,
Puan Sha Perunding Pendidikan