Assalamualaikum...
Jika anda pembaca akhbar Berita Harian hari ini (14/11/2011) ..tajuk depan berita berbunyi " Corot Punca Jenayah" berdasarkan hasil kaji selidik yang dibuat oleh Jabatan Kebajian Masyarakat"
Saya kurang setuju dengan hasil kaji selidik yang dibuat oleh JKM ini. Pada pendapat saya.ada kelemahan/ruang/soalan2 yang perlu diambil kira sebelum sesuatu kesimpulan dibuat. Sy lebih suka kepada perkataan yang bersifat positif dan sy lebih suka jika dikatakan pelajar/guru/ibubapa/rakan persekitaran positif akan membawa kejayaan buat seseorang individu . Pada saya Corot Bukan Punca Jenayah.
Sy pernah mempunyai pengalaman dimasukkan dalam kelas kategori kelas corot semasa belajar di Sek Men (P) Methodist yg lebih dikenali sbg MGS KL iaitu semasa di tingkatan 2 .Walaupun pada mulanya saya juga khuatir masuk ke kelas itu pada mulanya memandangkan sebelum ini saya sering berada di kelas terbaik tetapi disebabkan bertukar sekolah . Apapun saya dapati rakan2 dikelas saya juga sebenarnya mempunyai semangat sama seperti saya utk berjaya cuma mungkin belum berjumpa formulanya. Alhamdulillah dengan izin Allah, berkat usaha positif yg dibuat. bersama-sama , kami berkongsi dan bertukar-tukar ilmu dengan mereka terutama utk 2 matapalejaran yang paling ditakuti oleh kawan-kawan iaitu matematik dan bahasa inggeris dan saya pula menerima ilmu dari mereka dari segi pergaulan , kasih sayang, ambil berat antara kawan-kawan. Hasilnya alhamdulillah semasa tingkatan 3 sy terus melompat ke kelas terbaik , begitu juga beberapa org rakan turut melompat ke kelas lebih baik dan alhamdulillah kini rata-rata rakan2 dari kelas yg dianggap corot dulu telah berjaya memegang diploma/ijazah dan berjaya dalam kerjaya serta hidup masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan terdapat pandangan rendah/negatif sesetengah pihak kepada kami tapi bg sy itu tidak menjadi halangan.Kenangan indah bersemadi apabila kumpulan kami (saya dan 2 lagi rakan ) hasil tunjuk ajar seorang guru pelatih dan doa semoga orang kami berjaya memenangi pertandingan perbahasan Bahasa Malaysia tahun 1988 Sekolah Menengah (P) Methodist KL /MGS KL tersebut...mengalahkan beberapa orang pelajar dari kelas-kelas terbaik dan kegembiraan berganda apabila saya diisytiharkan sebagai "pembahas terbaik"
Tujuan saya menulis bukan untuk membangga diri jauh sekali untuk menunjukkan kononnya sy bijak tidak Ikhlas saya ingin memberitahu dan membuka mata dan teling masyarakat diluar sana disekeliling pelajar samaada rakan/guru/ibubapa/pihak JKM/ sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pendidikan bahawa COROT BUKAN PUNCA JENAYAH . Saya juga ingin menyeru kepada adik2 para remaja diluar sana untuk bangkit muhasabah diri perkasakan diri dan mula berfikir menentukan halatuju hidup . Segala-galanya datang/dengan izin dari Allah s.w.t atas usaha yang dilakukan.. Ingat jangan engkar pada Allah, ibubapa, guru-guru, peraturan sekolah. Ingatlah akademik bukan segala-galanya anda perlu utamakan agama dan kemahiran insaniah.. masih ada ruang pilihan untuk anda BERJAYA iaitu salah satu daripadanya..dalam bidang KEMAHIRAN dan VOKASIONAL. Kami di Kolej Unikop Cawangan Melaka dan semua pusat-pusat latihan kemahiran yang ada di Malaysia ini sentiasa mengalu-alukan anda dan dapat menggilap anda menjadi PERMATA berharga..
Yang penting para remaja...Hindari Jenayah.. ... Positif positif..positif..anda kena berubah ........Insyaallah anda akan BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT...
Saya juga berasal dari keluarga yang sederhana..duduk di flat yg biliknya hanya ada 2 buah...adik beradik 11 orang namun alhamdulillah ibubapa saya terutamanya arwah ibu seorang yang amat positif dan prihatin tentang pendidikan anak-anaknya Beliau tak perlu tunggu masa ambil kad laporan pelajar baru nak jumpa guru Bila2 sahaja beliau fikirkan perlu beliau akan turun padang berjumpa dengan guru dan bertanya perkembangan pelajaran anak2nya. Bukan pada saya sahaja tapi untuk semua anak-anaknya.
Sekarang nih kan zaman teknologi lagi canggih dengan adanya telefon ,email, facebook, twitter dll....jadi mak ayah dah mudah nak hubungi cikgu/pihak sekolah . Mak ayah kenalah prihatin dan ambil berat tentang perangai dan pelajaran anak2.Selalu2 lah tanya khabar dgn para guru.Ingat tanggunjawab anak2 adalah tanggungjawab BERSAMA.
Yang PENTING sekali lagi , anda remaja JANGAN HANCURKAN MASA DEPAN SENDIRI positif , positif, positif carilah guru/rakan/orang yang positif yang dapat MEMBANTU ANDA MENJADI POSITIF. banyakkan bacaan bahan2/tontonan yang positif bukan yg melalaikan.
Wallahualam........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan