Ahad, 13 November 2011

Assalamualaikum..

Insyaallah ahad nanti 6/11/2011 yang bersamaan dengan 10 Zulhijjah  umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut AidilAdha atau dalam masyarakat di Malaysia memanggilnya sebagai hari raya haj/qurban memandangkan dua ibadah utama yang dilakukan berkaitan dengan 2 perististiwa /perkara yang dikaitkan dengan hari tersebut   iaitu Ibadah Haji dan ibadah Qurban . Selama 3 hari berturut2 kita akan mendengar takbir hari raya Aidiladha ni iaitu pada 10,12 dan 12 Zulhijjah.

Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang ke 5. Ianya wajib dilaksanakan oleh orang Islam yang cukup kiraan/syarat dari segi harta dan kudratnya. Ianya adalah ibadah wajib dilakukan selepas solat, puasa dan  zakat.

Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. 

Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam


Satu perkara yang harap dapat dibetulkan pemikiran dan amalan sebahagian daripada orang Islam iaitu melebihkan solat sunat dari solat wajib.

Untuk makluman dan ingatan kepada semua , solat subuh adalah Wajib dan digalakkan dilakukan secara berjemaah untuk kaum lelaki manakala kaum wanita digalakkan solat subuh awal waktu manakala solat sunat Hari Raya Aidiladha adalah sunat .


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Saya sekadar ingin mengingatkan antara sesama umat Islam agar mengutamakan solat subuh berjemaah  berbanding dengan solat sunat Aidiladha . Buatlah perubahan bermula dalam diri sendiri  dan dalam organisasi/institusi keluarga kita... Ajaklah beramai2 untuk sama-sama berjemaah di masjid/surau bagi solat subuh Sila ambil kesempatan yang banyak keberkatan ini dimulai dengan solat sunat sebelum Subuh atau disebut juga solat sunat Fajar  atas kelebihannya dimana  disebutkan oleh riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat sunat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.


Selepas solat subuh ... .sarapan/jamu2 apa yg patut untuk dapatkan tenaga dan kekuatan ..bersiaplah dengan pakaian yang cantik dan bersih barulah sekali lagi beramai-ramai ke masjid/surau untuk solat sunat aidiladha pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan