Selasa, 19 Julai 2011

UiTM mahu lahir majikan berjaya

Rujukan : Utusan Online

SHAH ALAM 18 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhasrat menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mampu melahirkan majikan berjaya pada masa depan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, selama ini UiTM cukup dikenali kerana berjaya melahirkan golongan profesional yang sentiasa menjadi pilihan industri, namun pihak majikan kebanyakannya masih terdiri daripada bukan bumiputera.

''Dengan meningkatnya kemasukan pelajar berkualiti ke UiTM, kita percaya mereka mampu dibentuk sebagai pemimpin dan seterusnya menjadi majikan yang berjaya pada suatu hari nanti," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Bengkel Lima Ciri Kerohanian Graduan dan Latihan Pelatih di sini, semalam.

Bengkel sehari tersebut dihadiri 228 pemimpin mahasiswa yang menjadi perintis ejen perubahan di fakulti masing-masing untuk mewujudkan jiwa kepimpinan dalam kalangan hampir 200,000 mahasiswa UiTM di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan