Selasa, 18 Januari 2011

Salah Tanggapan Tentang Semua Kolej Swasta Bayaran Mahal...

Kolej Unikop salah sebuah dari Kolej - kolej Bersekutu (KKB) yang menjalankan usahasama dengan UiTM yang dulunya dikenali sebagi ITM (Institut Teknologi Mara).. Silibus, modul pembelajaran, cara penilaian, pemarkahan , kertas soalan, format dll semuanya berdasarkan garis panduan dari UiTM malahan soalan-soalan peperiksaan akhir tiap2 semester juga adalah soalan yang sama seperti yang diambil oleh pelajar-pelajar UiTM sendiri dikampus induk atau kampus cawangan.

Apa yang berbeza? Lokasi...tenaga pengajar ... cara komunikasi...interaksi... kepadatan bilangan pelajar di dalam sesebuah  kelas...dan yang sama lagi...diploma/ijazah diambil dimasa yang sama...iaitu semasa upacara konvokesyen UiTM bersama-sama dengan pelajar UiTM sendiri...

Ramai yang salah anggap...dengar ajer Kolej swasta sure MAHAL dan tak mampu bayar . SILAP tu... Kolej Unikop kampus induk (KL) yang menjalankan program Diploma UiTM hanya mengenakan  yuran pendaftaran sebanyak RM 800 (untuk semester pertama) ...dan hanya RM 500 untuk semster berikutnya manakala untuk yuran pengajian adalah ditanggung /ditaja sepenuhnya (Tajaan/Tanggungan ini bukan juga pinjaman yang anda perlu bayar balik dengan syarat anda tamat dengan jayanya pengajian anda) so jika dilihat dari kadar bayaran tersebut jauh lebih murah dari sebilangan IPTA sendiri...kalau tidak PERCAYA buatlah penyelidikan sendiri..

Pinjaman MARA/PTPTN memang disediakan tetapi BUKAN untuk yuran pengajian (Ingat...Yuran Pengajian Ditanggung tanpa perlu bayar balik ) Pinjaman ini merupakan pilihan dan disediakan untuk saradiri/duitpoket pelajar/duit makan yang jumlahnya lebih RM 600 sebulan ...wow... kayoo... student2 nih berbelanja ...kalah orang yang bekerja ...So tentukan sendiri pilihan dalam tangan anda dan keluarga .Jadi pada pendapat saya sekiranya keluarga anda mampu memberi anda tiap2 bulan RM 300 ... rasanya tak payah buat pinjaman pun takpe... belajar2 gunapakai duit yang keluarga bagi RM300 dengan jimat cermat .... tapi kalau nak pinjam juga...guna dengan cermat dan jangan lupa diri untuk bayar balik lepas tamat pengajian nanti.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan