Salam ..
Psstt.. Anda seorang Prihatin ??
Kenal tak sesiapa yang anda lihat
Bila suruh buat kerja2 buka pasang, repair atau kerja tangan ni , dia akan fokus... Berhasil
Tapi kalau suruh dia pergi kelas, mengadap baca buku, bercakap ..sure dia angkat tangan tak nak .
Sedarkah anda.. orang sebegini ada potensi bergelar tenaga mahir?
Negara Malaysia amat perlukan sebagai menjayakan Misi "Wawasan 2020"
Jadi, apakata tunjukkan peluang agar mereka dapat buktikan siapa mereka, kebolehan yang ada serta bantu mereka realisasikan cita-cita mereka.
Apapun sebagai langkah pertama, mereka kena ada ilmu...hadir kursus, belajar dan dapatkan Sijil yang diiktiraf.
Sedarkah anda Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dikeluarkan oleh JPK?? Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) ini dibawah Kementerian Sumber Manusia ???
Pemegang SKM LAYAK bekerja dengan kerajaan untuk beberapa bidang. Cuba semak SPA- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka juga diterima oleh industri@syarikat swasta . Mereka yang ada keyakinan diri dan modal boleh jadi usahawan@ memulakan perniagaan. Mereka juga berpeluang menjadi tenaga pengajar di ILK - Institut Latihan Kemahiran.
Tahukah anda, Dengan SKM lulusan boleh ambil DKM - Diploma Kemahiran Malaysia. Dengan DKM, anda LAYAK mengambil ijazah sarjana muda di 16 IPTA di Malaysia?? Betul ke??? Tak Percaya la ??? Apakata
Cuba Google cari @ taip
IPTA Lulusan DKM@ rujuk Kementerian Pengajian Tinggi .
Syarat Kelayakan belajar SKM ni mudah sebenarnya (seperti yang digariskan oleh JPK)...yang penting
Pertama ..Minat ...sebab minat datangkan kesungguhan dan fokus
Lain-lain boleh membaca, menulis dan mengira .
Yuran pengajian bagaimana?? Pinjaman Kerajaan (PTPK - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ) disediakan. Dengan pinjaman ini anda dapat cover yuran pengajian, yuran asrama. Siap disediakan dengan pinjaman PTPK elaun bulanan@duit belanja harian sebanyak RM 400 sebulan . Yang penting...belajar dulu...dah tamat baru bayar
Apapun terpulang pada anda, tindakan seterusnya. Jika maklumat yang disampaikan ini bermanfaat pd anda atau orang lain... Sampaikan... Insyaallah perkara baik yang anda buat , dibalas baik. Nak tengok senarai PLK ni... pergi website JPK(Jabatan Pembangunan Kemahiran) www.dsd.gov.my . Pergi pada menu pilihan pusat bertauliah untuk dapatkan senarai PLK .
Terima Kasih sudi membaca... Saya sekadar menyampaikan...
Ikhlas - Puan Sha 0183677856
#puanshaperundingpendidikan
puanshapendidikan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan