Selasa, 14 Mei 2019

Kongsi INFO : Faktor-faktor Yang Mendorong Seseorang Individu Memilih Pekerjaan

Salam ceria semua...

Sewaktu masih kecil, ketika dialam persekolahan Sekolah Rendah.. kerap kali kita ditanya oleh guru mengenai cita-cita bila dewasa nanti @ apa bidang pekerjaan yang ingin diceburi. Ada yang berjaya mencapai cita-cita dan ada juga yang tidak dan terjun ke bidang lain bila dewasa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dibuat dan ditulis oleh En Amir  Awang bertajuk " Formula untuk kejayaan Individu Kerjaya" sebagaimana yang diterbitkan dalam "Majalah Pendidikan dan Perguruan Jilid 1-4 , 1968-1991 Terbitan GMMB", pemilihan pekerjaan ini adalah berdasarkan tingkat umur, latihan-latihan yang telah kita jalani, peluang-peluang pekerjaan yang wujud dan kelayakan seseorang.

Beliau ( En Amir Awang) telah menggariskan beberapa faktor yang mendorong seseorang untuk memilih satu-satu pekerjaan iaitu::
1. Gaji
2. Menurut kehendak ibubapa
3. Ingin membela negara dari anasir2 Jahat
4. Pekerjaan itu memberi peluang kembara
5. Pekerjaan itu beri peluang tinggal dikampungnya
6. Pekerjaan itu menjamin masa depan
7. Pekerjaan itu beri peluang guna daya fikir sendiri
8. Dapat jadi boss sendiri
9. Minat dan Kebolehan dalam satu-satu pekerjaan
10. Ikut nasihat guru
11. Ingin ikut jejak langkah ibu/ bapa
12. Ingin ikut jejak langkah kakak/ abang
13. Supaya dapat bersama rakan-rakan sendiri
14. Kerja itu dipandang mulia
15. Berpeluang buat kebajikan
16. Peluang naik pangkat yang baik
17. Tak tahu pekerjaan lain
18. Kerana nak jadi seseorang yang disanjung (contoh: doktor, guru dll)

Sharing is Caring
PuanSha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan