Sabtu, 25 Mei 2019

Berkhalwat Bawa Brown Kepada Islam

Assalamualaikum...

Dulu...setiap kali hari khamis...saya pasti tidak sabar untuk mendapatkan dan membaca akhbar utusan Malaysia ....dan mata saya pasti akan tercari-cari ruangan Ikhwan Muslimin. Di ruangan ini diceritakan kisah-kisah mereka yang telah mendapat hidayah Allah dan memeluk agama Islam... Antara kisah yang saya ingati dan membuatkan airmata ini berguguran adalah dibawah tajuk seperti di atas. Artikel tersebut ditulis bertarikh 16/6/2011 oleh Siti Ainiza Kamsari . Sekalung penghargaan terima kasih buat penerbit dan penulis ruangan tersebut yang berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amat baik sekali..

Saya ringkaskan dan ambil sedikit petikan akhbar

Dr. Laurence Brown merupakan seorang doktor yang tidak beragama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. (Atheis). Pada masa kelahiran anak perempuannya yang ke 2 yang bernama Hannah, dia telah diuji dimana Hannah dilahirkan dengan keadaan pembuluh darah ke jantung yang sempit menyebabkan peredaran dan aliran darah tidak lancar.

Sebagai usaha menyelamatkan Hannah, doktor terpaksa melakukan pembedahan di dada dan sebagai seorang doktor, Dr Brown amat memahami risiko dan peluang pembedahan yang sangat tipis.

Sebagai kelazimannya, doktor pakar akan menerangkan prosedur dan implikasi kepada keluarga pesakit sebelum pembedahan dijalankan dan si pakar juga tidak lupa meminta Dr Brown untuk banyak berdoa kepada Tuhan. Sebagai seorang yang tidak mempercayai adanya Tuhan, tentu sahaja saranan Dr pakar tersebut merupakan satu pukulan yang hebat kepada Dr. Brown.

Saat kebingungan sedih dan takut dia tetap menuju ke ruangan yang dikhaskan untuk berdoa. dan dalam keadaan acuh tak acuh dan setengah hati, Dr. Brown berkata " Jika Tuhan itu memang ada, benar-benar wujud , dipinta agar anaknya diselamatkan. Dr Brown juga berkata , sebagai balasannya jika anaknya selamat, dia berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hatiNya.

Setelah 10-15 minit berbicara dengan Tuhan, dia dipanggil oleh Dr pakar, dan dalam keadaan yang berdebar, tiba-tiba dia amat terkejut apabila Dr. pakar tersebut memaklumkan bahawa anaknya seolah-olah seorang bayi ajaib... tiada sebarang masalah malah dua hari selepas itu anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah .
Sejak hari itu Dr Brown mula mencari tuhan...dari satu agama ke satu agama dan akhirnya mengenal AlQuran dan Islam dan memeluk agama Islam dan menjadi muslim sejak 10 tahun yang lalu. Semua soalan tentang permasalahan manusia dan dunia ,ternyata AlQuran dapat menjawab persoalan yang dicari-cari jawapannya selama ini.

Semoga kisahnya ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua agar sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t dan bersyukur dengan segala Rahmat dan Kasih sayangNya serta menjadi umat manusia yang beriman dan bertaqwa....

wassalam
Pn Sha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan