Isnin, 20 Mei 2019

~ PERBEZAAN ALIRAN AKADEMIK DAN ALIRAN KEMAHIRAN YANG PELAJAR LEPASAN SEKOLAH PERLU TAHU~


~ PERBEZAAN ALIRAN AKADEMIK DAN ALIRAN KEMAHIRAN YANG PELAJAR LEPASAN SEKOLAH PERLU TAHU~
Sebagai manusia, kita ada kalanya taksub dengan tawaran menarik yang ditawarkan oleh mana-mana IPT/Pusat Latihan Kemahiran tanpa memikirkan kelayakan , kemampuan , kos perbelanjaan dll. Ini menyebabkan kadangkala secara sedar atau tidak kita terpedaya dengan maklumat tidak tepat dan benar yang dimaklumkan kepada kita .
Disini saya kongsikan sedikit garis panduan PERBEZAAN ALIRAN AKADEMIK DAN ALIRAN KEMAHIRAN . Garis panduan ini mungkin tidak tepat kerana saya tidak melakukan kajian secara sistematik, menggunakan model2 kajian tertentu dan didokumentasikan. Garis panduan ini hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama lebih 15 tahun dalam pendidikan lepasan sekolah . Saya pernah bertugas sebagai pensyarah dan pemasaran.
BERIKUT ADALAH PERBEZAAN ALIRAN AKADEMIK DAN ALIRAN KEMAHIRAN YANG SAYA KENAL PASTI :
1. Terdapat 2 jenis aliran dalam pendidikan iaitu aliran akademik dan aliran kemahiran
Aliran akademik mengandungi elemen 70% teori, 30 % praktikal. Maksudnya apa ? Aliran ini lebih melibatkan pemahaman nota-nota didalam kelas. Tugasan2 bertulis dan praktikal. Kuiz dan ujian serta peperiksaan akhir juga adalah bertulis .
Aliran kemahiran mengandungi elemen 70% praktikal , 30% teori . Dalam aliran ini pelajar diberikan pengetahuan asas tentang sesuatu topik @ tugasan seterusnya tenaga pengajar @ pensyarah akan menunjukkan cara kerja atau bagaimana melakukan sesuatu. Di dalam peperiksaan /tugasan ianya diuji berdasarkan kebolehan pelajar melakukan sesuatu tugas sebenar apa yang dipelajari.
Contoh bidang @ program aliran akademik di Kolej Unikop seperti Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Administration, Diploma in Policing & Investigation.
Contoh bidang @ program aliran kemahiran adalah perhotelan, masakan , jahitan, membaiki kereta (automotif) dll
2. Kelayakan Masuk
Kelayakan masuk untuk aliran akademik adalah LULUS SPM (Lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah) dan ada sekurang-kurangnya 3 Kepujian dalam Peperiksaan SPM. Ini sekiranya pelajar berminat memohon masuk bagi program peringkat Diploma dan Pra Diploma UiTM (Untuk rujukan IPT yang tawarkan program Akademik sila rujuk laman web MQAwww.mqa.gov.my)
Kelayakan masuk untuk aliran kemahiran adalah sekurang-kurangnya memiliki 4 M iaitu minat, tahu membaca, menulis dan mengira serta berumur lebih dari 16 tahun (Untuk rujukan Pusat @ Tempat latihan yang tawarkan program Kemahiran sila rujuk laman web JPK www.dsd.gov.my)
Bagi mereka yang tidak ada kelayakan akademik PMR/PT3/SPM tetapi memiliki pengalaman kerja dalam tempoh tertentu anda boleh memasuki/diiktiraf oleh bidang pendidikan melalui kaedah APEL (Untuk aliran akademik) atau melalui kaedah PPT (Untuk aliran kemahiran). Bagi maklumat lanjut sila pergi@ rujuk ke laman web MQA atau JPK yang saya sebutkan diatas.
3. Tempoh Pengajian :
Tempoh minimum bagi Diploma Akademik adalah 2 tahun 3 bulan, Untuk program Kemahiran pelajar perlu melepasi pembelajaran Sijil Kemahiran Malaysia yang bermula dari Tahap 1 hingga Tahap 5. (Tahap 4 adalah juga dikenali sebagai Diploma Kemahiran Malaysia dan Tahap 5 dikenali sebagai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia). Tempoh untuk Tahap 1- 6 bulan, Tahap 2 & 3 - 12 bulan setiap satunya. Tahap 4 - 15 bulan dan Tahap 5 - 24 bulan. Bagi maklumat lanjut sila pergi@ rujuk ke laman web MQA atau JPK yang saya sebutkan dalam perkara 2.
4. Penaja Pinjaman Pelajaran dan Kos Pengajian
Untuk aliran akademik pinjaman pelajar ditaja / dibiaya oleh PTPTN manakala pinjaman aliran kemahiran pula adalah PTPK
Kebiasaanya yuran pengajian sesebuah IPT / Pusat Latihan Kemahiran dikawal @ diselaraskan oleh Penaja Pinjaman. Namun, untuk sesetengah kursus yang lebih berelemen praktikal serta diketahui peralatan dan alat guna habis yang akan digunakan bagi program tersebut tinggi, yuran pengajian tinggi. Bagi program2 yang yuran pengajian tinggi, selain daripada pelajar meminjam dari PTPTN, ibubapa biasanya akan menggunakan akaun kedua KWSP mereka untuk menampung sebahagian lagi yuran pengajian anak2 mereka. Perlu diingati perbelanjaan PTPTN akan diberikan secara berperingkat setiap semester mengikut tahap pencapaian pelajar. Pelajar yang memperolehi gpa kurang dari 2.00 pada sesuatu semester tidak akan dibaiayai PTPTN pada semester tersebut dan hal ini juga menyebabkan ibubapa biasanya mengeluarkan pembiayaan untuk membayar yuran pengajian pelajar dari akaun kedua KWSP.
Untuk aliran akademik kos pengajian yang tinggi kerana bahan rujukan adalah terhad dan harga setiap satu adalah tinggi malahan ada yang mencecah lebih dari ribuan ringgit sebuah. Untuk aliran kemahiran pula kos pengajian tinggi disebabkan oleh bahan guna habis @ peralatan yang digunakan sepanjang berkursus.
--------------------------------------
Itu sahaja buat masa ini yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat.

Sharing is Caring
PuanSha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan