Sabtu, 28 Jun 2014

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan - Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435 H (2014)


Assalamualaikum.............

Alhamdulillah Insyaallah esok umat Islam di Malaysia dan beberapa negara yang lain akan menyambut Bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini, Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Ramadhan memberikan kita kekuatan luarbiasa kerana Rahmat Allah terbuka luas. Ramadhan seharusnya menjadikan kita lebih tekun berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dimuka bumi ini samaada dalam konteks hubungan kita dengan Allah s.w.t tatapi juga dalam konteks hubungan dengan sesama manusia.  Kenapa ..kerana semasa berpuasa kita akan berusaha untuk menahan diri dari tidak lalai melaksanakan amanah, kita berjaga-jaga dan khuatir andai terkurangnya pahala puasa lantaran itu kita akan cuba pastikan puasa tidak terbatal .

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaj boleh didapati beberapa hikmah Ramadhan antaranya
1. Ibadat puasa yang sempurna dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, mampu menjana sifat muraqabah (sifat merasakan diri dalam perhatian dan penguasaan Allah s.w.t). Walaupun orang lain tidak mengetahui adakah seseorang itu berpuasa atau tidak., namun menerusi keesedaran bahawa Allah sentiasa memerhati, maka kebiasaannya seseorang hamba itu terus menahan pujukan nasfsunya dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan

Pengumuman : Isnin (30/6/2014) merupakan cuti UMUM untuk Kolej Unikop dan Negeri Melaka.

Wassalam...

SELAMAT BERPUASA

Insan Kerdil,
Pn CtNorNabila

1 ulasan:

  1. Salam akk sy perlukan khimat nasihat akk sy betul2 buntu skrg harap akk dpt mmbntu sy. Boleh sy daptkan email akk untuk bercerita lebih dekat?? Ini email sy awan.inf@gmail.com tolong sy kakak

    BalasPadam