Puan Sha merupakan perunding Pendidikan Freelance yang suka berkongsi maklumat dan cerita berkaitan halatuju pendidikan untuk lepasan sekolah menengah. Semoga sama-sama beroleh manfaat.
Jumaat, 7 Mac 2014
INFO : SESI TAKLIMAT@PENERANGAN PERCUMA MENGENAI PPT - PENYATA PENCAPAIAN TERDAHULU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sumber Artikel : https://www.facebook.com/jpkselatan
Sukacita dimaklumkan bahawa JPK Wilayah Selatan akan mengadakan Taklimat kepada Individu/Wakil Syarikat bagi Permohonan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) melalui kaedah PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) bagi tahun 2014. Taklimat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Pejabat JPK Wilayah Selatan di Johor Bahru dan Pejabat JPK Wilayah Selatan di UTC Melaka.
Tarikh : Seperti yang tertera
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
*Tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon seperti yang tertera.
Bagi mereka yang kurang jelas apa itu PPT , boleh klik artikel saya terdahulu http://unikopmalaysia.blogspot.com/2010/11/apa-itu-skm-sijil-kemahiran-malaysia.html
Artikel yang saya tulis ada kaitan dengan PPT nih juga adalah http://unikopmalaysia.blogspot.com/2011/07/panduan-buat-calon-tenaga-pengajar.html
jadi jangan lepaskan peluang terutama untuk warga Bahagian Selatan Johor, Melaka, Negeri Sembilan.
Mana-mana yang ada pengalaman kerja bertahun-tahun dan hendak pengikitirafan dalam bentuk Sijil SKM @ DKM @DLKM jangan lepaskan peluang ..
Berikut adalah jadual syarat kelayakan untuk memohon PPT
Ini saya berikan contoh kes untuk memberi penjelasan berkaitan kaedah mendapat SKM@DKM melalui PPT
Kes 1:
Suriya telah bekerja sebagai kerani disebuah syarikat swasta selama 10 tahun . Semasa memohon kerani dahulu Suriya hanya memiliki SPM sahaja. Oleh kerana itu beliau telah dibayar gaji pokok sebanyak RM 800.00 sebulan. Setelah 10 tahun bekerja gaji pokoknya telah meningkat kepada RM 1050.00 sebulan.
Melalui PPT ini jika dilihat dari jadual kelayakan , Suriya Layak mendapat pengiktirafan sehingga DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang setara dengan Ijazah). NOSS yang sesuai untuk jawatan kerani adalah FB-024-23 (Office Administration)
Kemungkinan manfaat yang bakal Suriya perolehi bila ada DLKM tuh
a) Boleh Mengenggam Ijazah biarpun tanpa perlu belajar sepenuh masa dari peringkat Diploma
b)Boleh mohon naik gaji yang setara dengan ijazah dan ini amat praktikal terutama pada organisasi yang meletakkan syarat tangga gaji berdasarkan kelayakan samaada SPM ...Sijil..Diploma Ijazah sekian sekian....
Ok... Fikir2kan lah..jangan lepaskan peluang
Sekadar berkongsi info
Puan CtNorNabila.. Kolej Unikop Cawangan Melaka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan