Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adik-adik, ibubapa yang dikasihi sekalian
Mohon ambil perhatian bahawa ada perbezaan sebenarnya antara Diploma Sains Komputer dan Diploma Sistem Komputer biarpun kedua-duanya ada perkataan diploma dan Komputer.
Perbezaan yang ada ialah
1. Diploma Sains Komputer di tawarkan oleh Kolej Unikop Kuala Lumpur merupakan program berorientasikan/berteraskan akademik usahasama dengan UiTM. Syarat kemasukkannya ialah SPM dengan 5 kepujian untuk matapelajaran tertentu .
Diploma Sistem Komputer pula ditawarkan di Kolej Unikop Cawangan Melaka merupakan program berteraskan vokasional/kemahiran dengan pengiktirafan dari JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) Kementerian Sumber Manusia yang mana syarat kemasukannya pernah menduduki SPM (Tiada kepujian pun tak apa yang penting minat dan kesungguhan)
2. Diploma Sains Komputer menjurus kepada kerjaya sebagai pengaturcara komputer (programmer ) atau juruanalisa sistem (System Analyst) dan lebih kepada software komputer .Antara kepujian WAJIB yang perlu ada dalam peringkat SPM adalah matapelajaran Matematik. Hanya pelajar aliran sains tulen sahaja yang layak memohon kerana sepanjang pengajian Diploma Sains Komputer pelajar-pelajar akan bertemu dengan matapelajaran matematik tambahan (pembezaan,pengkamiran,kalkulus), statistik, ekonomi, perakaunan dan lain-lainyang melibatkan pengiraan.Antara matapelajaran pembangunan software/programming yang diajar ialah C++,Java, PSP, Cobol, Visual Basic
Diploma Sistem Komputer pula menjurus kerjaya sebagai jurutera sistem komputer /maintenance komputer/networking /pengajar dalam bidang hardware komputer .Pelajar turut diajar software iaitu pengaturcaan C dan Visual Basic tapi pada semester akhir sahaja.
Jadi diharap dengan penerangan ini, tiada yang keliru lagi dan silap mengisi borang permohonan yang memungkinkan permohonan anda ditolak. Maklumat terperinci kelayakan masuk ada dinyatakan dalam blog ini pada artikel terdahulu dan diharap dapat dibaca dengan teliti.
Wassalam
Puan CtNorNabila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan