Khamis, 7 Mac 2013

Pra Diploma UiTM

Assalamualaikum..

Nak bercerita sedikit tentang Pra Diploma UiTM. Pogram Pra Diploma ini hanya memerlukan kelulusan 3 kredit sahaja bagi matapelajaran tertentu peringkat SPM. Program Pra Diploma ini merupakan program persediaan sebelum ke peringkat Diploma dimana ia akan berjalan selama 1 hingga 2 semester bergantung pada keputusan pelajar semasa semester 1. Setahu CT terdapat 3 Program peringkat Pra Diploma UiTM yang ditawarkan iaitu Pra Diploma Sains, Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Perakaunan.
 
CT dengan bangganya nak bagitau CT merupakan bekas pelajar Pra Diploma UiTM di kampus Arau Perlis. Tempat seribu kenangan..tempat pertemuan pertama CT dan husband tercinta. Teringat lagi masa mula-mula mohon belajar melalui UPU(unit pusat universiti) . Kalau dilihat dari keputusan SPM , CT layak mohon program Diploma terus tapi sebab khuatir dan tak yakin daripada tak dapat masuk belajar kat mana-mana CT ambil keputusan mohon Pra Diploma Sains dan alhamdulillah diterima. Rupa-rupanya ramai juga kawan-kawan lain macam CT...Munir rakan sebilik ada bagitau CT program Pra Diploma nih seakan-akan matrikulasi  la... Em dalam pada tuh sebelumnya CT ada menerima tawaran belajar program NCC anjuran MARA dan IPM tapi CT tolak .

Untuk program Pra Diploma Sains , CT belajar matematik,matematik tambahan, fizik kimia dan english ( 5 matapelajaran sahaja). Seronok dan bersemangat sangat-sangat sebabnya pensyarah-pensyarahnya yang berpengetahuan dan mempunyai teknik kemahiran mengajar yang  terbaik... terutamanya matapelajaran kimia... terima kasih banyak-banyak...Puan Rozita pensyarah kimia, pensyarah Fizik Tuan Hamidi...dan lain-lain(maaf tak ingat nama)pun memang best-best . Alhamdulillah tidak disangka mudah rupanya subjek kimia tu dan alhamdulillah dengan usaha ,doa dan pengajaran pensyarah-pensyarah CT dapat score A untuk kimia dan english , A+ untuk matematik dan A- untuk Fizik manakala Matematik Tambahan B+ . CT risau sebenarnya untuk matapelajaran matematik  tambahan bukan apa masa peperiksaan akhir tetiba CT jadi panik dan blank.. rasa nak menangis sangat-sangat padahal masa buat latihan past semester dan ujian di kelas ok dan score.  Tak pasti kenapa samaada terlalu over confident ..apapun CT yakin ujian Allah itu atas sebab tertentu yang CT tak tahu.

Alhamdulillah rakan-rakan serumah semuanya lulus ke peringakat diploma lepas melalui pra diploma tu. CT dan rakan sebilik linda ambil Diploma Sains Komputer di ITM Kuantan Pahang, Munir Diploma Sains di ITM Arau Perlis, Leeny- Marzatul dan roomate lelain ramai yang ambil Diploma Engineering di ITM Shah Alam. Lulusan Pra Diploma Sains boleh pilih mana-mana diploma yang ada berkaitan dengan sains yang mereka suka.

Kalau tidak silap CT, sekarang nih UiTM sedang buat promosi khusus yang dipanggil mengubah destinasi anak bangsa untuk golongan keluarga berpendapatan rendah ke sederhana dimana pelajar-pelajar ini mengambil Pra Diploma . Jadi jika ada yang berminat layarilah laman web rasmi UiTM

So adik-adik ..jika layak mohon program Pra Diploma nih dan memang minat program akademik boleh mohon dengan Kolej Unikop Kuala Lumpur...

Selamat Maju Jaya... Jika ada sebarang pertanyaan ..boleh sms saya....

Wassalam..

24 ulasan:

  1. kakak ct,,,bleh nak tanye,,,pelajar pra diploma akan buat diploma dkat UITM juga kerr???

    BalasPadam
  2. Wassalam Hafizzudin,

    Pra Diploma di tawarkan di UiTM sendiri dan di Kolej-Kolej Bersekutu(KKB) seperti Unikop nih. Bagi mereka yang ambil Pra Diploma di UiTM , setelah lulus mereka akan diserapkan terus belajar peringkat Diploma di UiTM manakala untuk pelajar yang belajar di KKB yang Lulus semua kursus Layak dipertimbangkan untuk penerapan ke
    Program Diploma di UiTM dengan syarat mereka mencapai Julat HPNG 3.50 - 4.00
    sahaja . Ini berdasarkan maklumat yang dicatitkan dalam Peraturan Akademik Program Pra Diploma - (Pindaan 2011) dalam Jadual 2b : Jadual Lulus Naik Taraf (LNT) bagi pelajar Pra Diploma Sains .

    Untuk Pra Diploma di UiTM itulah yang dinamakan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dimana secara dasarnya menumpu kepada segala usaha universiti mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

    SYARAT KEMASUKAN MDAB :
    1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan.

    2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini.

    3. Bumiputera Warganegara Malaysia.

    4. Lepasan SPM tahun : 2008 hingga 2012

    SYARAT AM & KHAS PROGRAM :
    PD0002 (Pra Diploma Perdagangan)

    1. Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
    2. Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
    3. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
    4. Lulus Bahasa Inggeris

    ALAMAT PERHUBUNGAN:
    YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA
    7-3, Jalan Setia Prima (S)
    U13/S, Setia Alam, Seksyen U13,
    407170 Shah Alam, Selangor.
    TEL : +603-5518 0808
    FAKS : +603-5519 1999

    OK diharap maklumat yang dipaparkan memberi kecerahan pada persoalan..

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bg mereka yang belajar Pra Diploma di KKB (Kolej-Kolej bersekutu) yang lulus semua matapelajaran dan mencapai HPNG /CGPA 2.00-3.49 mereka berpeluang melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Kolej Unikop@KKB yang mereka ambil Pra Diploma

      Padam
    2. kalau lulusan pra diploma sains polteknik dapat diploma apa?

      Padam
  3. mcm mana nk thu sama ada kita dpt ke x program nie..diorang akn call/sms or mcm mana...

    BalasPadam
  4. salam kak...kalo pra perdagangan dier blaja subjek ape jer???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...

      Sepengahuan saya ada dalam 4 subjek jer.. BI, Math, CU dan subjek pilihan samaada akaun (untuk pelajar yang nak ambil Diploma perakaunan) atau management (untuk pelajar yang nak ambil Diploma Pengajian Perniagaan atau Office Management). tapi untuk final exam 3 subjek ajer tak termasuk CU

      Padam
    2. Asalam kak boleh tnya sebb knapa tak dpat PRA DIPLOMA yang dimohon

      Padam
  5. Assalammualaikum kak CT... saya dah dapat surat tawaran rasmi program Pra-diploma sains di Unikop... saya layak.. jika saya menerima tawaran ni, apa langkah yg saya kena buat ya.. TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... mohon rujuk pada surat tawaran yang adik terima tuh...tentu ada arahan yang diberikan. jika tidak hubungi terus unikop kl 03-61867936

      Padam
  6. Assalamualaikum bleh sya tahu tempoh pengajian pradiploma sains berapa lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Pra diploma akan ambil masa 1 atau 2 semester bergantung kepada keputusan peperiksaan pelajar

      Jika pelajar semasa sem 1 baik(CGPA 2.00-4.00) dan semua subjek yang diambil lulus pelajar akan ditawarkan ke Diploma

      Jika keputusan pelajar ada matapelajaran yang gagal pelajar kena sambung ke sem 2 pra Diploma

      Padam
  7. akak, betul ke kalau dah habis pra diploma ni, bila amik diploma nanti terus masuk sem 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak betul... kena mula dari sem 1 peringkat diploma pulak dik...

      jadi tempoh masa jadi ---> pra diploma + diploma
      contoh --> 1 sem pra diploma + 6 sem program diploma = 7 sem semuanya

      Padam
  8. Akak ,boleh tak kalau memohon pra diploma tapi gaji ibu bapa lebih dari Rm3000 ?Tak tau nak sambung mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. em... maaf tapi akak tak berapa faham..apa kena mengena gaji ibubapa dengan program pra diploma atau program2 lain? kelayakan masuk belajar berdasarkan kelayakan pelajar tersebut..bukan ibubapanya...

      Padam
    2. Untuk gaji lebih RM 3000, boleh mohon di Kolej Bersekutu seperti Unikop

      Padam
  9. Hi cik CT, anak saya dpt tawaran ke poli - Pra dip Sains. Apakah kursus2 yg bakal ditawarkan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf puan, saya tidak pasti pra diploma politeknik dan pra diploma uitm tak sama puan... organisasi yang berbeza. apakata puan terus hubungi politeknik utk bertanyakan ttg hal ini

      Padam
  10. salam cik CT nak tanya, kalau gagal bi boleh ke apply pra diploma ni? atau tidak boleh.

    BalasPadam
  11. salam puan, saya nak tanya semasa nak beli wang pos tu pekerja pejabat pos tu dia akan beri borang untuk diisi sebelum membeli wang pos. dekat borang tu dia ada tulis (nama penerima dan alamat penerima). jadi saya nak tanya, nak isi alamat penerima guna alamat uitm shah alam atau guna alamat institud pendidikan neo uitm shah alam?
    harap puan dapat membalas pertanyaan saya.

    BalasPadam
  12. salam,diploma sains UITM UNTUK pra dploma UITM je ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelajar pra Diploma sains UiTM boleh memilih pelbagai Diploma seperti Diploma Sains, Diploma Sains Komputer, Kejuruteraan dll. Hanya pelajar Pra Diploma UiTM yang diterima menyambung Diploma di UiTM. Jika dari lain2 institusi, mereka boleh menyambung diinstitusi berkaitan sahaja.

      Padam