Selasa, 15 Mei 2012

Sekadar Berkongsi : UNTUK YANG TAKUTKAN MATEMATIK

Assalamualaikum...

Matematik merupakan salah satu dari matapelajaran kegemaran mama. Mama masih ingat lagi walaupun ianya telah lebih dari 25 tahun berlalu sebab dan punca mama minat sangat matapelajaran ini...Ianya berpunca dari cikgu yg mengajar ketika mama berumur 10 tahun dan atas tunjuk ajar kakak mama..kak Mashuri.. Cikgu mama ketika itu memotivasikan kami dengan cara pencapaian terbaik tugasan yang diberikan akan diberi penghargaan .Nama pelajar berkaitan akan dipamerkan di papan kenyataan dalam kelas. Cara pendekatan yang digunakan telah berjaya menarik minat mama dan rakan-rakan sekelas untuk berlumba-lumba antara satu sama lain dan cuba buat yang terbaik untuk dapatkan markah tertinggi. Akhirnya pada satu hari mama berjaya dapat markah terbaik dalam salah satu tugasan . Kalau tak silap cikgu tersebut juga ada berikan kami hadiah gula2/coklat sebagai penghargaan.

Sejak hari itu alhamdulillah minat makin bercambah terhadap matapelajaran matematik. Kebiasaanya Gred A1 (markah 90 ke atas) dalam gengaman . Semasa tingkatan 2 , Mama berpindah sekolah dari Sekolah Men Puteri Wilayah (Kg Baru) ke Sekolah Men (P) Methodist KL/MGS KL. Mama tidak ditempatkan ke kelas yang sepatutnya iaitu kelas yang terbaik berdasarkan keputusan Tingkatan 1 atas sebab penuh dan belum diuji sepenuhnya disekolah yang baru...Apapun mama redha dan gembira bersama rakan-rakan walaupun ditempatkan ke kelas dalam kategori terkebelakang 2R3. Mama hanya mencapai markah 70 (gred B/C4) untuk matematik semasa ujian awal tahun . Markah yang pada mama agak rendah tersebut membuatkan mama menangis tiba-tiba dalam kelas tika menerima keputusan. Kawan-kawan sekelas mama terkejut dan hairan ..selepas itu baru mama tersedar... mereka kalau ikutkan lagi sedih sebab tak lulus pun matapelajaran tersebut dan tidak menangis. Dari situ mama belajar kita tidak boleh sentiasa pandang ke atas serta menerima ketidaksempurnaan. Mama cuba berkongsi ilmu dengan kawan-kawan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk selesaikan soalan-soalan matematik. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan baik dan tingkatan 3 mama ditempatkan ke kelas terbaik. Semasa peperiksaan SRP , matapelajaran Matematik tersebut mama dapat keputusan yang diharapkan iaitu Gred A1.

Apa yang mama nak kongsi disini kisah sumbangan kecil mama membantu seorang rakan yang pernah jadi rakan sekelas semasa 2R3. Dukacitanya semasa keputusan peperiksaan SRP yang sama dengan mama dia gagal dan mendapat F9 untuk matematik. Namun mama kagum dengan semangatnya yang ingin mencuba sekali lagi dan sanggup mengulang . Dia minta bantuan mama yang ketika itu berada di tingkatan 4. Alhamdulillah dengan izin Allah, dengan usaha yang dia sendiri lakukan dan sedikit bantuan mama mengajar selepas waktu kelas tamat..Norli lulus matapelajaran matematik pada tahun itu dan yang membuatkan mama gembira ..dia bukan setakat LULUS cukup2 makan tapi berjaya mendapat A2 untuk matapelajaran itu..

Sejak itu  mama berazam untuk menjadi pensyarah matematik dan mengambil jurusan Matematik di Universiti nanti. Sebenarnya mama pernah ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Matematik dari UPM dulu ..tapi mama tolak....  jodoh dengan Sains Komputer pulak nampaknya..hehehe..tuh yg bertemu jodoh suami pun orang IT jugak...... Mungkin anak2 kot akan sambung cita mamanya nih nanti...sebabnya minat mama sekarang nak sambung belajar bidang komunikasi/motivasi dan pendidikan Islam pulak...dok jengok-jengok tempat belajar yang sesuai dan masa yang sesuai.

Mama harap cerita ini dapat memberikan motivasi..siapapun anda..anda boleh berjaya dengan Izin dari Yang Maha Esa dan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari anda. Matematik sebenarnya bukanlah susah sangat cuma kena tahu formula, macam mana nak guna dan kira.....

mana agaknya kawan mama tuh..apapun mama harap dia berjaya dunia dan akhirat dan gembira selalu...

Wassalam........

catitan ini mama tulis di blog mamanabila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan