So diharap artikel ini dapat memberi kefahaman tentang Persamaan, Perbezaan dan apa itu PTPTN atau PTPK.
PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
FUNGSI PTPTN :
FUNGSI PTPTN :
- Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
- Akta Institut Teknologi MARA 1976.
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
- Akta Pendidikan 1996.
Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
- Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
- Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (5) dan (6), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
- Tiada penaja lain.
- Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
PERHATIAN : PTPTN ini adalah PINJAMAN PELAJARAN untuk pelajar yang mengikuti program aliran akademik
PTPK
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) adalah sebuah jabatan dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia. Pinjaman PTPK merupakan satu bentuk pinjaman khusus untuk pelajar-pelajar program Kemahiran samaada yang belajar di Pusat Latihan Kemahiran(PLK) awam atau swasta dengan syarat PLK tersebut mendapat kelulusan dan kuota yang diberikan oleh PTPK . PTPK menyediakan pinjaman untuk lepasan sekolah dan pekerja.
Syarat Kelayakan Pinjaman
1. Warganegara Malaysia yang Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 - 5 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
2. Berumur di antara 15 - 25 tahun semasa memulakan latihan.
3. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada agensi kerajaan lain.
4. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
5. Mengemukakan 2 orang penjamin.
6. Belajar sepenuh masa.
Jumlah Pinjaman
Kadar pinjaman adalah RM 5,000.00 setahap atau dua tahap bagi kursus kombinasi tahap.
Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman.
Penjamin
Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM 1,000.00 sebulan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; danPeminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.Pengecualian :
Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.
* Keputusan ini berkuatkuasa mulai permohonan pinjaman bagi pengambilan Jun/Julai, 2007.
Mekanisma Pinjaman
Bagi peminjam dari penyedia latihan awam, pinjaman disalurkan melalui penyedia latihan.
Bagi peminjam dari penyedia latihan swasta, yuran dibayar terus kepada penyedia latihan dan baki pinjaman dikreditkan ke akaun bank peminjam.
Pinjaman yang diberikan oleh PTPK ini meliputi yuran pengajian/yuran kursus (tuisyen fees) dan duit poket/wang saradiri bulanan. Anda perlu membayar semula pinjaman yang diberikan selepas 6 bulan tamat belajar di Pusat Latihan Kemahiran dengan kadar yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman . Kadar tersebut adalah dianggarkan antara RM 84.69 sebulan - RM 200.00 iaitu 3 % setahun untuk caj pentadbiran.
1. Warganegara Malaysia yang Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 - 5 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
2. Berumur di antara 15 - 25 tahun semasa memulakan latihan.
3. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada agensi kerajaan lain.
4. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
5. Mengemukakan 2 orang penjamin.
6. Belajar sepenuh masa.
Jumlah Pinjaman
Kadar pinjaman adalah RM 5,000.00 setahap atau dua tahap bagi kursus kombinasi tahap.
Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman.
Penjamin
Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM 1,000.00 sebulan;
Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; danPeminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.Pengecualian :
Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.
* Keputusan ini berkuatkuasa mulai permohonan pinjaman bagi pengambilan Jun/Julai, 2007.
Mekanisma Pinjaman
Bagi peminjam dari penyedia latihan awam, pinjaman disalurkan melalui penyedia latihan.
Bagi peminjam dari penyedia latihan swasta, yuran dibayar terus kepada penyedia latihan dan baki pinjaman dikreditkan ke akaun bank peminjam.
PERHATIAN : PTPK ini adalah PINJAMAN PELAJARAN untuk pelajar yang mengikuti program aliran kemahiran
Jika saya tak bayar ptpk dan lanjut untuk ijazah....dapat mohon ptptn tak?
BalasPadamPTPK dan PTPTN..2 agensi berbeza. Kalau tak bayar disebabkan oleh sambung belajar dll masalah, saya fikir yang terbaik berboncang dengan penaja pinjaman
Padam