Bayaran Balik Pinjaman
* Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam (6) bukan tamat latihan
* Tempoh bayaran balik pinjaman adalah di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
* Ansuran bulanan adalah diantara RM 84.69 sehingga RM 193.12 sebulan tertaklik kepada jumlah pinjaman yang diluluskan
Berikut adalah Jadual Bayaran Balik
Jadual Bayaran Balik Pinjaman berdasarkan kepada pinjaman yang diluluskan selepas Januari 2004 dan Kajian Semula Pada Januari 2008
Jumlah Pinjaman (RM) | Ansuran Bulanan (RM) | Tempoh (Bulan) |
1000 | 84.69 | 12 |
2500 | 86.6 | 30 |
3000 | 87.24 | 36 |
4000 | 88.54 | 48 |
5000 | 89.84 | 60 |
6500 | 91.84 | 78 |
9500 | 95.88 | 114 |
10000 | 96.56 | 120 |
10500 | 101.39 | 120 |
13000 | 125.53 | 120 |
15000 | 144.84 | 120 |
20000 | 193.12 | 120 |
Kaedah Pembayaran Pinjaman
Terdapat pelbagai pilihan Bayaran Balik Pinjaman antaranya
1) Melalui Pembayaran POS/MEL
Kiriman wang/wang pos/draf bank/"bankers Cgeque" dibayar atas nama " Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan alamatkan kepada:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Aras 3, Blok I (Selatan)
Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara
50530 Kuala Lumpur
(up: Cawangan Kewangan dan Akaun)
2) Bayaran Melalui kaunter
a) Kaunter Bayaran PTPK
Aras 4, Blok I (Selatan)
Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara
50530 Kuala Lumpur
Waktu Urusan :
Isnin-Khamis : 7.30 pagi -1.00 petang
2.00 petang - 5.30 petang
Jumaat : 7.30 pagi -12.00 tengah hari
2.45 petang - 5.30 petang
b) Kaunter Bank Simpanan Nasional (menggunakan borang deposit/bayaran yang terdapat di semua cawangan BSN)
c) Kaunter Pos Malaysia Berhad (menggunakan borang deposit/bayaran yang terdapat di semua cawangan pejabat POS)
3) Pembayaran Secara Perbankan Internet
A) CIMB Bank - www,cimbclicks.com.my
Buat pilihan Pay Bills dan Payee List dan pilih "Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran"
(Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi)
B) POS Online - www.posonline.com.my
Buat pilihan Open Payment dan pilih jenis bil
(Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi)
C) Maybank - www.maybank2u.com
Buat pilihan Bill Payment dan pilih " Make a one-off payment" , klik pada "All Payee by category dan pilih "Educatin & Educations Loans" pilih "Perbadanan Tabung Pemb Kemahiran" dan teruskan proses hingga selesai . (Caj RM 0.60 (60 sen) dikenakan bagi setiap transaksi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan