Isnin, 21 November 2011

Bercinta semasa masih belajar ? Boleh ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CINTA perkataan keramat yang seringkali membuatkan sesiapa sahaja yang sedang melalui saat dalam alam bercinta angau ,lupa diri seketika, tersenyum sendiri dan lain-lain. CINTA satu perasaan halus kurniaan Illahi yang sukar dimengertikan. Lahir tanpa dipinta . Biasanya lahir dari pertembungan MATA /pandangan. Ada sesuatu tarikan luarbiasa /berbeza dari seorang individu kepada individu lain yang menyebabkan perasaan ini berputik samaada wajahnya, perwatakannya, gaya, cara pakaian, cara percakapan, pergerakan.

Isu yang saya ingin kongsikan di sini ialah bercinta semasa masih belajar. Boleh ker ? Saya pernah mengalami situasi jatuh CINTA semasa di belajar di ITM dulu. Hati terpaut pada seseorang dalam diam kerana terpesona dengan perwatakannya alim dan sopan . Dalam masa yang sama seorang rakan sekursus juga cuba-cuba mencuri hati dan CINTA saya dan sering berkirim salam melalui rakan sebiliknya.

CINTA masa zaman 10-20 tahun lalu tak macam sekarang. Walaupun jatuh CINTA dan hati sering merindu maruah diri dan adab pergaulan sebagai seorang wanita Islam tetap terjaga. Berbicara dan bertemu bukan selalu mungkin seminggu sekali dan seketika...dalam 10 minit sahaja dan pasti berteman dengan seorang muhrim. Jika ada perkara-perkara yang ingin diperkatakan/ditanyakan ..surat  menjadi penghubungnya.. masa tuh adalah posmen tak bertauliah yang sudi menjadi orang tengah. Ada juga kalanya surat akan dipos seperti biasa..bersetem terutama untuk hari tertentu seperti hari raya/hari lahir .

Bila sedang dalam bibit-bibit CINTA kalau tidak bertemu dengan sijantung hati tapi nampak kawan-kawan sekelasnya atau terlihat basikal/motor tuannya pun jadi...hehehhe... anehkan. Apa sahaja tentang dirinya ingin kita ambil tahu ..siapa kawan-kawan dia, dia suka makan apa, dia akan pakai baju warna apa hari ini, kokurikulum yang dia sertai dll yang kadangkala bukan agenda PENTING sebagai seorang pelajar yang sepatutnya mengutamakan pelajaran dan tanggungjawab kepada Allah.

Jelas menunjukkan CINTA semasa belajar sebenarnya tidak banyak membantu dalam kehidupan sebagai pelajar dan pelajaran. Memang tidak dapat dinafikan mungkin ada manfaatnya iaitu dari segi motivasi diri atau nota-nota/kertas jawapan peperiksaan/kejayaan si dia sebagai pemangkin untuk kita tapi seandainya kita kalah dengan diri sendiri dan terlalu pentingkan agenda CINTA , ia akan memakan diri. Sakit hati, kecewa, marah , api cemburu antara perkara-perkara yang mungkin berlaku semasa tempoh percintaan samaada akibat salah faham atau hasutan/maklumat dari orang ketiga atau diri sendiri terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat dipenuhi/difahami oleh pasangan kerana kekangan masa serta keadaan.

Dalam keadaan yang dikatakan canggih dengan teknologi ini dengan kemudahan ICT dan telefon bimbit perhubungan CINTA menjadi makin mudah tapi silap langkah menyebabkan PARAH.

Jadi, boleh ker BERCINTA masa BELAJAR ? Pada pendapat saya, Ya Boleh ..dengan SYARAT ...


1. Gunakan duit sendiri  untuk bercinta dan jangan menyusahkan mak ayah atau penjaga untuk minta wang tambahan /bayar lebih semata-mataa nak topup telefon @ belanja pakwe/makwe @bagi hadiah dll . Pandai-pandai jimat dan agih-agihkan wang yang diberikan setiap bulan . Apapun jangan sampai ikat perut/tak makan kerana nak berbelanja. (Sebab tuh tak digalakkan bercinta masa belajar nanti guna duit mak ayah juga)

2.  BERCINTA bukan tiket untuk menjadi salah satu dari ahli/golongan kumpulan SYAITAN yang memang bijak menghasut . Yang perempuan , jangan nak bercakap manja-manja/mengada-ngada , dedahkan aurat, jangan bersentuh-sentuhan biarpun sekadar memegang tangan (TAK boleh) ..jangan hampiri zina atau memulakan zina . Kalau nak jumpa jugak sekejap jer ..jangan lebih 15 minit dan bawaklah seorang kawan yang baik amalannya kalau nak berjumpa.

3. SOLAT wajib 5 kali sehari jangan ada satu pun yang tinggal . Solat ini mencegah manusia dari melakukan perkara-perkara mungkar yang Allah larang. Solat sebagai pendinding , sebagai tiang agama. Kalau solat tak cukup 5 waktu ....usahakanlah tunaikan tanggungjawab kepada Allah

4. Anda kena jadi KUAT - kuat hadapi api cemburu, kecewa, sedih, menangis dan akan bangkit segera selepas itu dan pastikan bahawa pelajaran tetap jadi keutamaan. Ingat ...harapan mak ayah/penjaga dan keluarga yang telah bersusah payah menyediakan perbelanjaan untuk anda belajar. Juga jangan lupa kepada pihak berkaitan yang telah menyediakan biaya/pinjaman pelajaran anda. Jangan sebab anda lemah..bila dilanda kekecewaan BERCINTA..akan sebabkan anda gagal dalam pelajaran/dibuang /lain-lain yang mengecewakan semua orang.

Anda perlu jelas SEBAB apa dan TUJUAN anda BERCINTA.. kalau sekadar suka-suka, ikut kawan  dan semakin menyusahkan hidup ..nasihat kak CT baik tak payah BERCINTA masa belajar. Nanti dah habis belajar - bekerja sendiri dan punya duit sendiri ...bercintalah untuk matlamat mencari pasangan hidup sebagai suami/isteri. Banyak lagi pilihan yang mungkin anda jumpa ..kat tempat kerja, tempat anda berkursus jangka masa pendek, kawan seminat, rakan dalam perjalanan pergi tempat kerja dll. Anda pun boleh buat pilihan hidup.

 
 Allah s.w.t ada berfirman :
 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)
maka amat penting untuk anda menjaga diri anda sebagai individu yang berakhlak jika anda inginkan pasangan yang mempunyai akhlak yang baik. Jaga solat, jaga iman, jaga agama, jaga diri. Jangan terlalu murah dan mudah dengan hasutan nafsu dan pengaruh jin syaitan . 
so buat adik2 fikir2lah...jangan silap langkah.  Ingat ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu  tapi ikut ajaran AlQuran , Hadis dan Agama kebahgiaan dan kegembiraan di dunia dan di akhirat yang bakal dirasa/terima.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Lebih Indahnya BERCINTA selepas dinikahkan/sah menjadi isteri/suami kepada seorang yang lain . Saya amat setuju dengan tulisan Prof Dr Harlina Halizah Hj Siraj dalam Majalah Solusi Isu 37. Katanya CINTA itu RaSa Ingin Bertanggungjawab , tanggungjawab tentang siapa dan apa yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang terlibat dalam BERCINTA.

    Dalam AlQuran ayat 34 surah Al-Nisa jelas menunjukkan bahawa lelaki/suami/bapa ialah "qawwamun(pelindung,pembela, penyara dan penjaga) bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) dari sebahagian yang lain(wanita) disebabkan mereka(lelaki) telah memberikan nafkah daripada hartanya"

    BalasPadam