Alhamdulillah....hari ini genap 22 hari umat Islam di Malaysia dan beberapa negara lain menunaikan ibadah puasa. Jika diikutkan dari kiraan, malam ini terletak antara 10 malam yang terakhir . Seharusnya pada malam-malam sebegini sebelum tibanya bulan Syawal kita gunakan untuk mencari malam yang mempunyai kelebihan lebih baik dari 1000 bulan.
Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini antaranya bersolat sunat , membaca Al-Quran, berdoa , bertahajud dan banyakkan berzikir mengingati kebesaran Allah s.w.t . Ramadhan bulan menginsafi diri...ah...betapa kerdilnya diri ini yang sentiasa membuat dosa..tapi sesungguhnya Kasih Sayang Allah terlalu besar nikmatnya. Keredhaan Allah , kekuatan dalam mengharungi suka duka kehidupan ,ketenangan hakiki serta dipermudahkan segala urusan itulah yang diinginkan..Ya...beroleh kebahgiaan di dunia dan di akhirat...
Dunia ini hanya sementara ... banyak bukti yang Allah telah tunjukkan dan beri pedoman pada kita dan tentunya melalui Al-Quran dan Hadis tentang pahala serta dosa serta balasan-balasan yang menimpa umat manusia yang lupa, lalai dan leka daripada tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi untuk beribadat dan mengabdikan diri mencari keredhaannya. Ramai yang masih lalai leka...lebih asyik pada 10 malam yang terakhir ini untuk " bershopping " sakan baju2 dan kuih raya...terutamanya pada waktu malamnya kerana "Seronok"
Bagi Puan CT , tidak rasa setenang dan sekuat ini di bulan-bulan lain ....boleh bangun jam 4 pagi tanpa deringan jam loceng untuk masak bersahur dan alhamdulillah biarpun masih bertatih untuk Qatamkan Tafsir Al-Quran , Allah beri kekuatan dan ruang masa untuk cuba ambil peluang dalam bulan yang penuh keberkatan ini..
Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua...dan memberi kebahgiaan dunia dan akhirat dan masukkan kita ke dalam syurga firdaus dan dijauhi dari Api Neraka yang amat AZab...
Wassalam
Pn CtNorNabila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan