Assalamualaikum...
Saya tidak pasti samaada fakta yang saya tulis ini betul atau tidak...sekadar ditulis berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada ayah saya yang kini berusia 76tahun yang merupakan anak jati Kampung Cheng, Melaka.
Kata ayah..Cheng diambil dari perkataan LOCENG... Terdapat satu loceng besar diatas bukit pokok getah( bukit ini telah tiada dan digantikan dengan deretan rumah kedai 2 tingkat dan kawasan taman perumahan berhampiran dengan Klinik Rahimah ) Loceng tersebut dikatakan akan dibunyikan pada waktu tertentu.
Dahulunya (masa saya zaman kanak2 sekitar tahun 1980an) , kawasan bukit pokok getah diusakan oleh keluarga India. Teringat pengalaman yang menyeronokkan mengutip ranting pokok getah(dijadikan bahan bakar dapur kayu rumah nenek)dan buah getah dijadikan sebagai penganti guli main congkak tanah. Tambah seronok sebab saya berpeluang melihat pokok getah dan bagaimana ia ditoreh serta bagaimana getah sekerap dibuat...( Rumah kat KL masa tuh..so peluang balik kampung dan tengok pokok2 getah depan mata memang pengalaman yang BEST)
Berhampiran kawasan Kg Cheng ini - terdapat sebuah kuil hindu yang masih popular dikunjungi setiap tahun oleh penganut agama hindu semasa perayaan Thaipusam. Kuil tersebut terletak dibelakang sekolah rendah kebangsaan Cheng Melaka...
Itulah cerita ayah asal nama CHENG...
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan