Selasa, 16 Januari 2018

APA ITU MUET?

PERNAHKAH ANDA TERDENGAR TENTANG MUET?
APA ITU MUET?
Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL MUET?
Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

BAGAIMANAKAH FORMAT MUET?
Terdapat empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4
Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 6 yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.

BERAPA KALIKAH MUET DIJALANKAN?
Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup di www.mpm.edu.my.( Pengendali MUET - Majlis Peperiksaan Malaysia
Sharing is Caring
#puanshaunikop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan