Semua maklum, ekonomi dunia dan negara sejuk ketika ini. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan semakin sejuk jumlah pendapatan berbanding perbelanjaan ...langkah penjimatan dan hati2 perlu diambil.
Walau apapun keadaan, pendidikan@Ilmu masih relevan dan amat diperlukan. Ilmu sentiasa mempunyai nilai yang tinggi. Biar kurang harta, tapi jangan kurang ilmu. Ilmu tak semestinya diperolehi secara formal melalui IPT, kelas, kursus dll tapi dari pengalaman orang lain, pengamatan, masjid dll ilmu juga boleh diperolehi. Insyaallah bila keadaan ekonomi pulih nanti, peluang kerjaya lebih luas.
Saya pun pernah memilih menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1997/1998 semasa ekonomi sejuk. Masa tu saya bekerja sebagai programmer@ pengaturcara komputer dengan gaji bulanan RM 1600 yang diterima dari kelayakan Diploma Sains Komputer ITM. Agak lumayan sebenarnya kalau difikirkan tentang gaji atau duit je mahu kalau stay lama gaji mungkin naik RM 5000 sebulan atau sebaliknya.Tapi saya tetap memilih jalan selamat menyambung pelajaran dan demi memenuhi impian peribadi.
Saya memilih menyambung di UTM, Skudai untuk bertukar angin ..yelah nak rasa jadi student "U" . Masa tu ITM belum dinaik taraf sebagai Universiti seperti sekarang. Alhamdulillah ...biarpun struggle masa di ITM dengan banyak subjek yang dipelajari setiap sem ianya amat berbaloi sebab boleh transfer kredit. Hanya 1 1/2 tahun diperlukan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Saya fikir, kalau ketika itu ITM adalah UiTM mungkin saya memilih UiTM atas faktor kos perbelanjaan. Yuran pengajian UiTM merupakan IPTA dengan yuran termurah dan amat berpatutan. Insyaallah sasaran tahun depan 2017 nak sambung master di UiTM...tentunya. Kos belajar, kualiti , komitmen, kaitan dengan kerja sekarang perlu difikir dihubung kaitkan agar ada kesinambungan kerjaya. Lihat screen shoot dr web JPA berkaitan yuran antara IPTA.
UTM, UiTM dan mana2 IPTA memang bagus dari segi kualiti pembelajaran, pensyarah, prasarana@fasiliti dll. Setiap satu ada kelebihan masing2. Di UTM, saya belajar mengubah corak dan rentak belajar. Pesaing adalah warganegara Malaysia daripada pelbagai bangsa melayu, cina dan india. Jika di UiTM khusus untuk Bumiputera. Itu bezanya.
Saya bertuah dan bersyukur dapat merasai pembelajaran di ITM dan UTM. Kualiti pembelajaran didalam negara setanding dengan luar negara dengan kos yang jauh lebih rendah, tak perlu tanggung hutang belajar banyak2.
UiTM turut menawarkan pengajian secara PJJ-Jarak Jauh dan pelbagai pilihan program serta cawangan Universiti berada diseluruh Malaysia. Itu sebab saya bgtau terbaik terutama dr segi kos perbelanjaan dan kualiti pembelajaran.
Sekadar berkongsi Info.
PuanSha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan