Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..
Zaman
persekolahan ada kalanya merupakan zaman "enjoy" bagi sesetengah
golongan pelajar ..sebabnya apa ye..tanyalah diri sendiri tapi mungkin (pada
pendapat Puan Sha) disebabkan keputusan Lulus /Gagal setiap tahun dari
Tingkatan 1- 5 , pelajar tetap dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah
sehingga peperiksaan SPM.
Bila
dah dapat result SPM biasanya baru kelam kabut skit... terfikir nak sambung kat
mana ..nak kerja atau sebagainya. Sekiranya anda pelajar aliran Sains dan
keputusan SPM kurang baik ..tak dapat 5 kredit untuk melayakkan anda terus
melanjutkan pelajaran di UiTM atau Diploma UiTM ...usah risau dan gusar.
Anda
masih berpeluang untuk bergelar sebagai mahasiswa/mahasiswi UiTM di UiTM dengan
walaupun mempunyai 3 kredit SPM. Anda ambil dahulu Pra Diploma Sains.
Syarat
Kelayakan Menyambung ke Pra Diploma Sains seperti berikut :
Mendapat mana-mana 3 Kepujian termasuk Kepujian dalam mata pelajaran:
- Matematik / Matematik Tambahan
DAN
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Sejarah
SERTA
Lulus SATU (1) daripada
mana-mana mata pelajaran berikut:
- Fizik / Kimia / Biologi /
Sains Tambahan
*Syarat Am
Universiti
Lulus SPM atau yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian
termasuk Bahasa Melayu.
Semasa Pra Diploma Sains (1 semester - 6 bulan ) pengajian, anda
akan diberi pilihan samaada ingin mengambil Pra Diploma Sains Fizik atau
Biologi.
Antara matapelajaran yang akan anda belajar semasa Pra Diploma
Sains ialah:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik 081 - (Silibus Matematik Moden SPM + sedikit
modul Matematik Tambahan SPM)
c) Matematik 084 - Silibus modul Matematik Tambahan SPM + Maths U
asas
d) Fizik
e) Kimia
Pelajar yang mendapat keputusan akhir Pra Diploma Sains CGPA 3.5 ke
atas, Layak dipertimbangkan untuk terus diterapkan ke Diploma UiTM di UiTM.
Best kan ... Jika CGPA anda antara 2.00 - 3.49, anda masih boleh meneruskan
pengajian diperingkat Diploma UiTM tapi di Kolej Bersekutu.
Susah ke nak dapat CGPA 3.5 nih ? Tak susah sebenarnya. Sistem
pembelajaran di Kolej/ IPT berlainan dari sekolah . Pensyarah yang komited dan
mahir dalam matapelajaran yang diajar akan menyebabkan anda "Senang
Faham" ..PERCAYALAH akan wujud perasaan selepas belajar diperingkat
Pra DiplomaSains ini ingin mengambil semula kertas
Fizik/Kimia/Biologi/Matematik Tambahan SPM...
Berikut adalah antara senarai Program Diploma UiTM yang anda boleh
ambil jika melepasi Pra Diploma Sains ini . Untuk senarai penuh sila layari http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016
1)
AS - Fakulti Sains Gunaan 7
|
AS113 DIPLOMA
TEKNOLOGI POLIMER
Info >
|
AS114 DIPLOMA
MIKROBIOLOGI
Info >
|
AS115DIPLOMA
KIMIA PERINDUSTRIAN
Info >
|
AS116 DIPLOMA
TEKNOLOGI MAKANAN
Info >
|
AS117 DIPLOMA
INDUSTRI PERKAYUAN
Info >
|
AS118 DIPLOMA
TEKNOLOGI TEKSTIL
Info >
|
AS120 DIPLOMA
SAINS
Info >
|
2)
CS - Fakulti Sains Komputer dan Matematik 4
|
CS110 DIPLOMA
SAINS KOMPUTER
Info >
|
CS111 DIPLOMA
STATISTIK
Info >
|
CS112 DIPLOMA
SAINS AKTUARI
Info >
|
CS143 DIPLOMA
SAINS MATEMATIK
|
3)
PH - Fakulti Farmasi 1
|
PH110 DIPLOMA
FARMASI
Info >
|
4)
HS - Fakulti Sains Kesihatan 6
|
HS110 DIPLOMA
KEJURURAWATAN
Info >
|
HS111 DIPLOMA
TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Info >
|
HS112 DIPLOMA
PENGIMEJAN PERUBATAN
Info >
|
HS113 DIPLOMA
KESIHATAN PERSEKITARAN
Info >
|
HS114 DIPLOMA
FISIOTERAPI
Info >
|
HS115 DIPLOMA
PEMULIHAN CARA KERJA
|
Semoga info ini memberi manfaat untuk anda/ anak anda lepasan SPM.
Berminat memohon ? SMS/Wassup saya Puan Sha 010-5021548 atau mudah klik Daftar Online Intake November 2016
Salam Kasih Sayang .
" Sharing is caring “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan