Isnin, 20 Jun 2011

Sedekah Pintu Barakah

Assalamualaikum semua....

Semoga dirahmati Allah s.w.t sentiasa

Jika ditanya pada kebanyakkan umat Islam tentang Rukun Islam.. pasti ramai yang tahu menjawabnya..

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Membezakan antara seorang umat Islam dengan umat yang lain adalah iman dan amalannya..

Untuk kali ni saya nak sentuh sikit tentang Rukun Islam yang ke 4 iaitu mengeluarkan Zakat...

Ramai yang akan teringat bab zakat ni masa nak raya ajer... Zakat fitrah...dan ramai juga yang mungkin terlupa/tak tahu atau tak pasti bahawa zakat harta (KWSP, emas berlian ,zakat pendapatan, perniagaan dan lain-lain yang cukup haulnya/perkiraannya) adalah sesuatu yang WAJIB dilakukan...

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
“ (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. ”

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
“ Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. ”

Zakat adalah sedekah iaitu sedekah yang WAJIB .

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda " Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya . Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya. (Riwayat Muslim)

Sebagai manusia seringkali terlupa atau tidak sedar bahawa kitadan seluruh kepunyaan kita adalah milik Allah s.w.t . Oleh yang demikian, apabila Allah s.w.t mengekehendaki kita agar berzakat pasti ada manfaat disebaliknya... Semuanya menjadi rahsia Allah dan hanya akan dapat kita rasai/kesan natijahnya apabila amalan bersedekah dan berzakat itu sudah menjadi kelaziman pada diri.

Berikut dapatlah di tuliskan beberapa kelebihan berzakat ini :-

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan