Jumaat, 18 Mac 2011

KESILAPAN YANG PERLU DI ELAKKAN KETIKA MEMILIH KURSUS

Assalamualaikum...

Pemilihan kursus yang betul perlu di teliti oleh mana-mana calon bakal pelajar sebelum membuat permohonan ke mana-mana institusi pengajian tinggi / pusat pembelajaran. Kesilapan memilih atau mengisi borang permohonan kemasukan boleh menyebabkan permohonan ditolak atau tidak diterima atau mungkin juga menyebabkan seseorang pelajar belajar separuh jalan...

Terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam membuat pemilihan kursus dan berikut adalah kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan daripada berlaku.

1. Tidak memenuhi syarat minima kelulusan yang diperlukan

Agak mengejutkan apabila dalam permohonan untuk program yang memerlukan keputusan SPM kepujian ada pelajar yang mendapat gred G memohon... Mungkinkah pelajar tersebut gagal/tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kepujian atau sekadar main isi sahaja. Kepujian merujuk kepada keputusan Gred LULUS dengan Gred sekurang-kurangnya C ( Keputusan A+ - C adalah dipanggil KEPUJIAN)

2. Tidak memenuhi syarat dari segi umur , bangsa dll (Jika Berkaitan)

3. Memilih kursus berdasarkan populariti Bukan Pilihan Hati

Adalah penting untuk ada mendapatkan maklumat dan halatuju selepas menjalani kursus kelak . Sesuatu kursus yang popular tidak semestinya kursus yang banyak peluang kerjaya . Apapun tidak salah mencuba...

So untuk bakal pelajar yang berminat belajar di KOLEJ UNIKOP , SILA TELITI MAKLUMAT BERIKUT SEBELUM membuat permohonan kemasukan.

1. Untuk Program Peringkat DIPLOMA UiTM (Kursus diadakan di Kolej Unikop K. Lumpur)
Anda WAJIB ada KELULUSAN MINIMA 5 KEPUJIAN . Maksudnya anda perlu ada 5
matapelajaran di PERINGKAT SPM yang LULUS dengan Gred sekurang-kurangnya C

2 Untuk Program Peringkat Pra DIPLOMA UiTM / Sijil Persediaan Diploma(Kursus
diadakan di Kolej Unikop K. Lumpur).Anda WAJIB ada KELULUSAN MINIMA 3 KEPUJIAN . Maksudnya anda perlu ada 3 matapelajaran di PERINGKAT SPM yang LULUS dengan Gred sekurang-kurangnya C

3. Untuk Program Peringkat Persijilan Kemahiran Malaysia - SKM (Kursus diadakan di
Kolej Unikop Cawangan Melaka).Anda PERLU sekurang-kurangnya tamat PMR/SRP.

Segala maklumat ada diberikan dalam panduan program UiTM dan SKM atau anda boleh hubungi saya di talian 017-2450939 untuk pertanyaan lanjut

Sekian,

CTNORNABILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan