Untuk menjejakkan kaki ke IPTA/IPTS atau Pusat Latihan Kemahiran selepas SPM/STPM anda perlu bersedia menukar "mind set" pemikiran anda supaya lebih BERDIKARI..
Di IPTA/IPTS atau Pusat Latihan Kemahiran anda seharusnya menjadi pelajar yang PROAKTIF dan sentiasa mencari peluang timba ilmu dan bukan disuap semata-mata.
Adakalanya PENSYARAH/PENGAJAR anda mengajar yang minima/asas dan memerlukan anda membuat carian maklumat sendiri tidak seperti disekolah menengah yang disediakan buku teks dan memang menunggu nota dari guru semata-mata...
Anda juga perlu peka akan keperluan kursus, sentiasa kemaskini maklumat dan pengetahuan. Ambil peluang berjumpa dengan tenaga pengajar jika kurang faham dan jangan bersikap sambil lewa.
Sebagai persediaan apa yang boleh anda lakukan ialah seperti berikut:
1. Dapatkan maklumat silibus yang bakal dipelajari semester tersebut.
2. Dapatkan/rapatkan diri dengan pelajar lebih senior. Dapatkan nota daripada mereka berserta soalan-soalan.
3. Dapatkan soalan-soalan semester2 terdahulu daripada perpustakaan/sumber manusia
4. Gunakan kemudahan perpustakaan/internet dll untuk mencari maklumat...
KEJAYAAN/KEGAGALAN adalah pilihan Anda..Anda TENTUKAN berdasarkan USAHA dan doa yang diLAKUKAN...
Ingat...Buang budaya disuap... terlampau bergantung pada Pensyarah/Guru... Inilah masanya untuk anda berdikari .
Wassalam
PuanSha Unikop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan