Bertarikh : 15 Januari 2011
SUMBER : http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/pekeliling-perkhidmatan-bilangan-1.html
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.
DASAR BARU
Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:
(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan